Meru, Klang, terkenal dengan pelbagai tempat makan yang sedap, tak kira lah untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, mahupun makan anytime.
Cumanya, ada sesetengah kedai makan yang sedap ini terletak sedikit jauh ke kawasan dalam, tidak kelihatan dari jalan besar. Kita cuma akan tahu kewujudannya sama ada kawan-kawan recommend, menjadi viral posts, cari sendiri di google, ataupun baca di blog ini. Eh? Hehe..
Nasi Lemak Hasnor Jalan Nenas Meru Klang
Jadi hari ini kami ingin kongsikan tentang gerai sarapan pagi sedap di pekan Meru, Klang.
Terletak di Jalan Nenas, Meru, gerai makan Nasi Lemak Hasnor ini menghidangkan aneka sarapan pagi yang sedap, lazat dan murah. Ada Nasi Lemak, Lontong, Roti Canai, Murtabak dan kuih-muih.
Biasanya orang beratur panjang untuk tapau sarapan pagi di sini. Memang tak dapatlah gambar cantik macam ini. Namun, kebetulan pula masa gambar ini di ambil, line clear. Terus, klik!
Sepinggan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah di Nasi Lemak Hasnor ini hanyalah RM5 sahaja.
Kebiasaannya harga seketul ayam goreng sekarang ialah sekitar RM4 ~ RM4.50. Harga nasi lemak biasa pula sekitar RM1.50 ~ RM2, kan? Jadi, harga di sini agak murah, berbaloi dengan saiz ayam goreng berempah nya yang agak besar. Sambal nya sedap, nasi nya harum, rasa santan nya just nice. Perfect!
Lontong Istimewa di Nasi Lemak Hasnor
Keunikkan di sini pada kami terletak pada lontong nya. Biasanya, penjual menggunakan nasi impit segera untuk hidangan lontong. Namun, di sini, lontong nya home made, dibungkus dalam daun.
Bukan itu sahaja, kuah lontong nya pun agak unik kerana bukan sahaja ada kuah masak lemak lontong, tetapi di tambah juga dengan sambal, kuah kacang dan serunding. Sooo original!
Sepinggan Lontong Ayam di Nasi Lemak Hasnor ini berharga RM6. Dengan nasi impit home made, kuah lontong yang ditambah dengan 3 lagi side dishes (kuah kacang + sambal + serunding), dan setengah biji telur, gabungan ini sangat sedap dan berbaloi! Lontong favourite kami sekarang ini…
Anda pun wajib cuba Lontong di Nasi Lemak Hasnor. Sekali dah cuba, kami yakin anda juga akan mengatakan inilah lontong paling sedap yang anda pernah cuba… Serius sedap!
Sarapan Pagi di Jalan Nenas Meru
Walaupun terletak di kawasan kampung, kebersihan bukan kompromi. Meja sentiasa di lap bersih. Ada satu meja khas untuk kita ambil sudu, garfu dan tisu. Malah, servis nya juga tip top. Layanan sangat baik.
Untuk ke sini, anda hanya perlu set di Waze, “Nasi Lemak Hasnor”.
Ataupun, dari jalan besar Meru, belok kiri untuk masuk ke Jalan Nenas. Dan, jalan terus sahaja sehingga anda jumpa ada satu gerai di bahagian kanan dengan signboard “Nasi Lemak Hasnor”.
Walaupun terletak di Meru, lokasi gerai sarapan pagi ini agak dekat bagi anda yang duduk di Setia Alam, Puncak Alam, Bukit Raja dan sekitar Klang. Malah, ramai juga yang sanggup datang dari Shah Alam untuk jalan-jalan cari makan di sini. Jadi, selamat menjamu selera!