Jika anda berada di Shah Alam dan mengidam nak makan western food, wajib singgah di Kafe Big Brother & Co (BBNC) yang terletak di bandar Setia Alam, Shah Alam. Sekali makan, pasti nak datang berkali-kali.
Ada pelbagai pilihan western food yang dihidangkan dengan penuh kreatif, volume yang banyak, dan paling utama rasa makanannya pun sedap. Lupakan sahajalah niat nak diet pada hari tersebut. Serius!
Pilihan Hidangan Lazat Asian & Western
Owh ya, di Big Brother nie ada juga makanan Asian selain dari western food.
Mari kami kongsikan beberapa menu yang kami pernah cuba, siap repeat berulang kali.
Appetizer favourite kami ialah Cheesy Nachos. Adakala order ini aje dengan minuman, sambil lepak borak dengan kawan-kawan, atau buat kerja sendiri. Sedap makan masa keju masih panas.
Ya, ya, kami tahu appetizer sepatutnya buah-buahan atau salad, kan? Tapi, tak boleh tahan lah kesedapan Nachos yang disaluti keju cair meleleh tue. Esoklah kita diet, hehe.. Korang cubalah sepinggan, ok.
Menu favourite kami, Nasi Goreng Kambing. Alah, tulis pun dah kecur air liur di buatnya. Sedappppp!
Bagi penggemar burger home made macam saya, Big Brother Burger ini recommended sangat. Juicy!
Ini pula Grilled Chicken Salad, untuk yang on diet tapi tetap nak enjoy makanan sedap. Sepinggan sayuran dan salad segar, beserta ayam grill yang lazat, dan cheesy Mozarella. Makan tanpa rasa bersalah.
Satu lagi menu ayam yang sedap, Spring Chicken. Ayam dara dengan perapan sos istimewa.
Untuk peminat daging kambing, wajib cuba Lamb Grill ini. Resepi original dengan sos homemade.
Ini menu paling rare tapi sedap, Arabiata Petai. Spaghetti dan petai? Betul-betul West meets East!
Ada banyak lagi hidangan lazat yang ditawarkan di Kafe BBNC. Ini antara beberapa menu yang kami pernah cuba. Kadang-kadang tue terus makan, tak sempat pun nak snap gambar, hehe…
Jangan risau, harga western food yang ditawarkan di sini berpatutan dengan rasa dan saiz hidangan.
Ini Perkara Menarik Tentang Big Brother & Co
Anda boleh buat private event di sini. Suasana cafe yang cozy, sesuai sangat.
Nak buat birthday party ke, surprise party ke, farewell party ke, makan beramai-ramai dengan rakan sepejabat, atau makan besar dengan ahli keluarga, semua pun sesuai. Call aje untuk reservations.
Banyak kali juga lokasi penggambaran drama di lakukan di kafe ini.
Antaranya ialah drama popular terbitan Astro, Kan Ku Kejar Cinta Kamu (KKCK) lakonan Fendy Bakry dan Amyra Rosli. Scene yang dilakonkan di sini ialah babak di mana Raiyan makan dengan bakal madu Alma.
Lokasi Kafe Big Brother & Co Setia Alam
Haa pasti dah meleleh air liur tengok gambar-gambar makanan yang menyelerakan di atas, kan?
Bagi yang tinggal di bandar Setia Alam, Bukit Raja, Meru dan kawasan sekitarnya, boleh terus order food delivery dari kafe BBNC dengan menggunakan aplikasi FoodPanda. Senang!
Bagi yang di luar kawasan pula, capai sahaja kunci kereta, dan terus drive ke alamat ini:
Big Brother & Co
No.54-G Jalan Setia Perdana BB/U13,
Seria 88 Business Centre, Setia Alam,
Shah Alam, Selangor.
03-3359 8156
FaceBook: Big Brother & Co
Ok, selamat menikmati western food sedap bersama insan tersayang… pasti tersenyum riang! 😉