Seronoknya jika dapat makan sarapan pagi dengan pelbagai pilihan masakan dan kuih muih tradisional melayu. Bosan juga kalau asyik makan roti canai dan nasi lemak. Lemak pun bertambah-tambah.
Jadi, bila kali pertama kami cuba sarapan pagi di Kafe Jom Tepen Bukit Raja ini, terus terpempan dengan pelbagai kuih-muih tradisional yang ada. Memang impian kami nak cari tempat sarapan begini.
Kedai makan ini kecil sahaja, tapi kecil-kecil cili padi. Ada banyak pilihan kuih-muih tradisional.
Sarapan Pagi di Kafe Jom Tepen
Bukan sahaja banyak pilihan, semua masakannya memang sedap. Seriously!
Masuk sahaja kafe, terus nampak aneka hidangan makanan berat seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Kuey Tiow Goreng & Bihun Goreng. Ada lauk ayam masak merah, ayam goreng, telur goreng, sambal telur rebus, sambal paru dan lain-lain. Favourite kami, nasi lemak tambah dengan sambal tempe ikan bilis!
Nasi lemaknya di bungkus dengan daun pisang. Sambal nasi lemaknya juga beralaskan daun pisang, macam nasi lemak zaman dulu-dulu. Hanya RM1.50 sebungkus. Saiznya ngam-ngam mengenyangkan.
Paling unik, ada lempeng kelapa dan Nasi Ambeng. Jarang-jarang jumpa orang jual di sekitar sini.
Bagi yang suka mee berkuah, ada pilihan mee rebus, lontong, soto & laksa. Kuahnya di letakkan di dalam 2 periuk besar ini, jadi menunya bertukar-tukar setiap hari. Ada hari jumpa mee rebus, ada hari jumpa laksa.
Kuih-Muih Tradisional di Kafe Jom Tepen
Lihatlah hidangan kuih-muih tradisional melayu yang ada. Banyak pilihan, sedap pula tue.
Kuih-muih pun bertukar setiap hari. Semua kuihnya berharga 50 sen seketul, kecuali donut.
My favourite, kuih bingka ubi! Bingka ubi nie susah betul nak jumpa di Setia Alam. Ramai buat kuih bingka pandan (warna hijau tue) je. Kat sini pun tak setiap hari ada. Bila ada tue, tapau berketul-ketul! Hehe…
Kuih keria dan ketayap ini juga antara favourite kami. Kuih keria nya lembut, terasa ubinya. Inti kelapa kuih ketayap pula banyak, cukup manis dan sedap. Terasa keikhlasan orang yang membuatnya.
Cekodok ikan bilis pun ada tau. 5 ketul RM1. Makan dengan sos cili dalam mangkuk tue.
Sengaja close up lagi antara kuih-muih tradisional melayu yang menjadi pilihan ramai. Yummy, kan?
Lokasi Kafe Jom Tepen, Bukit Raja
Setiap pagi, selain makan di kafe, ramai juga yang singgah untuk bungkus makanan dan kuih-muih on the way ke tempat kerja masing-masing. Jadi, makanan cepat habis. Better datang sebelum 8:30 pagi.
Kalau datang sekitar jam 9 tue, biasanya dah licin. Tinggal beberapa ketul kuih-muih. Kalau bernasib baik, ada lagi nasi lemak bungkus, sebab nasi lemaknya dibungkus di dapur kafe.
Nama aje Bukit Raja, tapi lokasi Jom Tepen ini dekat sangat dengan Setia Alam, Shah Alam.
Kafe Jom Tepen ini berada di shoplot Bandar Bukit Raja. Dekat dengan SK Setia Alam, SMK Setia Alam, Hospital Columbia Asia Klang & kawasan perindustrian Bukit Raja. Sebelah gerai Pisang Goreng sedap.
Kafe Jom Tepen
No. 11A, Jalan Singgahsana, Bandar Bukit Raja,
41050 Klang, Selangor.
012-260 1978
Dibuka setiap hari, Isnin – Sabtu, dari 6:30 pagi – 4:00 petang. Hari Ahad kafe tutup.
Ada menu makan tengahari juga. Kalau tak sempat singgah sarapan pagi, boleh datang untuk lunch.