Petang hari begini, nikmatnya jika dapat minum petang dengan sepinggan hidangan pisang goreng sedap panas rangup beserta kopi O panas, atau teh tarik kaw!
Bagi penduduk di sekitar Bandar Setia Alam, port beli pisang goreng dan segala goreng-gorengan untuk minum petang ialah di hadapan CIMB Setia Alam, di Setia Prima. Ada beberapa buah gerai di situ, pilih sahaja yang mana suka. Tapi, di situ boleh beli bungkus sahajalah.
Oh ya, kat situ juga ada gerai Apam Balik yang tersedap di Setia Alam. Serius sedap, mesti tak menyesal beli punya. Yang ini kita cerita di entri lain.
Minum Petang Sedap di Setia Alam & Bukit Raja
Kali ini kami nak kongsikan pisang goreng sedap di Setia Alam dan Bandar Bukit Raja, di mana selain dari beli bungkus, anda juga boleh terus menikmati hidangan pisang goreng panas di situ.
Boleh terus order kopi panas dan teh tarik kaw, sebab gerai menjual pisang goreng ini attach sekali dengan restoran mamak. Jadi, kalau nak tambah order Mee Goreng Mamak ataupun Roti Canai pun boleh.
Bukan sahaja pisang goreng sedap, di gerai ini juga ada menjual keropok lekor, tempe goreng, keledek goreng yang di goreng panas-panas, dan pelbagai aneka kuih muih.
Tapi kalau datang lewat, pukul 6 petang ke atas, biasanya tinggal pisang goreng aje.
Lokasi gerai pisang goreng sedap ini ialah di hadapan Restoran Mamu AK Bistro (Nasi Kandar Penang), yang terletak di Jalan Singgahsana, Bandar Bukit Raja. Lihat gerai bewarna coklat di bawah.
Landmark lain ialah, shoplot ini bersebelahan dengan taman perumahan Bandar Bukit Raja, berdekatan (belakang) Sek. Keb. Setia Alam, Kawasan Perindustrian Bukit Raja & Hospital Columbia Asia Klang.
Walaupun alamatnya Bukit Raja, lokasi kedai ini sangatlah dekat dengan Setia Alam sebab betul-betul di sempadan Setia Alam-Bandar Bukit Raja. Nak mudah, set sahaja di aplikasi Waze.
Pisang Goreng dan Sambal Kicap
Lebih sedap lagi kalau dapat cicah pisang goreng panas tue dengan sambal kicap yang umph!
Bagi saya, definisi sambal kicap yang sedap ialah tak terlalu cair, cukup rasa pedas, masam, manis dan paling utama, tidak menyebabkan sakit perut. Maknanya, cili tersebut dimasak dengan betul.
Siapa makan pisang goreng dengan sambal kicap juga, kita geng! Hehe..
Tidak mengapa jika anda tak biasa makan pisang goreng cicah sambal kicap. Pisang goreng nya sendiri pun memang sedap dan rangup di makan begitu sahaja. Sepinggan tak cukup, gitu.
Jadi, dah decide tak nak minum petang apa hari ini? 😀
Sarapan Pagi Sedap Dengan Kuih Muih Tradisional di Bukit Raja