Selalu bertandang ke Setia City Mall? Pasaraya membeli belah terbesar di bandar Setia Alam, Shah Alam. Pernah bawa anak-anak beriadah di Setia City Park?
Boleh tahan popular juga Setia City Park tue. Kalau hujung minggu, memang sukar nak parkir kereta. Tambahan pula, pemandangan menarik di sekeliling padang ini menjadi pilihan untuk pengantin baru buat photoshoot. Pemandangan biasa kalau nampak banyak pengantin di sini.
Biasanya anda akan makan di mana ya bila berkunjung ke Setia Alam?
Mari kami kongsikan tentang kedai makan Nasi Kukus Boss. Nasi kukus ayam goreng berempah paling sedap di bandar Setia Alam, dengan harga sangat berpatutan. Mesti poket anda gembira. 😀
Nasi Kukus Boss (NKB) di Setia Alam
Kali pertama kami beli Nasi Kukus Boss (NKB), mereka masih buka gerai di tepi jalan sahaja. Walau hanya gerai kecil, panjang tau orang beratur. Sabar semua menanti ayam goreng panas-panas siap.
Alhamdulillah, kini Nasi Kukus Boss dah berpindah di bangunan kedai dengan interior design yang makin lawa, dan fasiliti yang sentiasa di upgrade dari semasa ke semasa. Lawa sangat!
Nasi kukus masih dalam bungkusan, cuma sekarang dah ada ‘alamat’. Coconut shake pun sedap.
Inilah Nasi Kukus Boss kegemaran warga Setia Alam. 1 bungkus RM6.50 sahaja.
Dalam nasi kukus nie ada ayam goreng berempah, acar nenas, sambal kering tempe dan ikan bilis, gulai dan sambal belacan. Ada pilihan ayam percik juga.
Saiz ayam goreng berempah nya besar tau, generous betul tuan kedai. Sedap dan juicy pula tue. Ada juga pengunjung yang makan 2 ketul ayam sekaligus. Untuk kami, seketul pun kenyang sangat. Serius!
Sambal belacan tue boleh bikin kecur liur. Pedas, pedas, masam. Taip pun rasa meleleh air liur nie… 😛
Sedap sangat. Dah banyak kali ulang makan di sini. Macam dapur kedua dah, hehe..
Lokasi Nasi Kukus Sedap di Setia Alam
Sebelum ini menu utama Nasi Kukus sedap sahaja. Sekarang jika anda pergi di waktu malam, dah ada pelbagai pilihan menu lain di ruangan hadapan kedai. Ada nasi lemak berlauk, dan siap ada roti nan.
Jadi, bolehlah pilih makanan lain jika nasi kukus bukan pilihan anda.
Alamat Restoran Nasi Kukus Boss:
No. 107-G Jalan Setia Gemilang U13/BG,
Persiaran Setia Perdana, 40170 Setia Alam, Shah Alam.
No. Telefon: 019-303 6906
Ini pemandangan hadapan kedai di waktu malam. Waze aje lokasi nya…
Bayar kupon parking MBSA dengan Smart Selangor Parking
Tapi seriously, anda wajib cuba rasa nasi kukus ayam berempah ini walaupun sekali. Rugilah jika datang ke kedai nasi kukus, tapi makan makanan lain pula kan. Kami bagi 5 bintang !
Jika anda pergi ke sana, bagitahu lah pada owner kedai yang anda dapat info Nasi Kukus Boss dari blog arniesamsudin.com ok? Mana tahu dapat diskaun tambahan, hehe.. 😀
Noriza Rahman says
InsyaAllah nanti bila sampai ke setia lam nak call arnie la mengeteh kat nasi kukus boss ni..haha
Noriza Rahman recently posted…Keunikan Anggur Muscadine dan Manfaatnya
arniesamsudin says
Boleh punya, Insya Allah.. Nanti hola-hola aje yea… 😉
arniesamsudin recently posted…Anjungan Beach Resort & Spa Hotel Menarik di Pulau Pangkor