Wagyu (和牛) berasal daripada bahasa Jepun yang bermaksud daging lembu Jepun (Japanese beef). ‘Wa’ (和) bermaksud Jepun, manakala ‘gyu’ (牛) ialah lembu.
Biasanya masyarakat Jepun menikmati wagyu dengan cara di panggang. Malah, istilah ‘Yakiniku’ (焼肉) itu sendiri bermaksud daging panggang. ‘Yaki’ (焼) ialah panggang, manakala ‘niku’ (焼肉) ialah daging.
Harga wagyu agak mahal kerana kualitinya. Wagyu mempunyai tekstur marbling yang tinggi (lapisan lemak tak tepu di antara dagingnya), rasa yang enak dan semestinya khasiat yang lebih baik berbanding daging komersial lain. Kualiti ini tiada pada baka lembu lain kerana lembu Jepun diternak penuh istimewa.
Makan Wagyu Halal di Tokyo, Jepun!
Jika ke Jepun, tak lengkap rasanya kalau tak rasai sendiri keenakkan wagyu. Namun, tak banyak tempat ada makanan halal, apatah lagi menjual wagyu halal. Jadi, rancanglah perjalanan sebaik-baiknya.
Di Tokyo, anda boleh menikmati Japanese beef yang halal Restoran Yakiniku Panga yang menyediakan pelbagai set wagyu halal. Restoran ini mendapat sijil Halal dari Japan Halal Foundation (JHF).
Yakiniku Panga mempunyai dua cawangan Restoran Halal di Tokyo iaitu Okachimachi dan Asakusa.
Seronoknya dapat makan wagyu panas-panas. Dah lah boleh panggang sendiri daging tue. Lebih seronok dan terasa sungguh kesegaran wagyu, cair di dalam mulut. Sedappp!
Ini antara set wagyu yang kami pernah cuba di Yakiniku Panga. Yakiniku Panga ini sebenarnya Korean style BBQ. Sebab itu pemanggangnya ala Korea dan ada kimchi dihidangkan sekali dengan setiap set wagyu.
Restoran ini boleh memuatkan sehingga 80 orang di dalam satu-satu masa. Namun, untuk mengelakkan frustration, terutama di waktu kemuncak, lebih baik buat reservations terlebih dahulu.
Lokasi Restoran Yakiniku Panga Okachimachi Tokyo
Yakiniku Panga cawangan Okachimachi terletak lebih kurang 10 minit jalan kaki dari stesen Okachimachi, JR Yamanote Line. Atau, 3 minit jalan kaki dari stesen subway Shin-Okachimachi, Toei Oedo Line.
Kedua-dua cawangan Yakiniku Panga terletak di kawasan tarikan pelancong. Jadi, amat mudah nak cari, dan boleh pergi sendiri tanpa bantuan tourist guide. Ini alamat restoran di Okachimachi, Tokyo:
HALAL Wagyu Yakiniku Panga
3-27-9 Taito, Taito-Ku, T110-0016 Tokyo.
03-3839 8929
panga-panga.com
Walaubagaimanapun, jika ada bajet, lebih baik anda ambil Japan guide sebab mereka fasih berbahasa Jepun dan mahir selok-belok jalan di Jepun. Dapatlah maksima kan masa di Jepun seoptimumnya.
Yang penting, jangan lupa book pocket WiFi sebelum bertolak ke Jepun. Jika ambil Samurai Pocket WiFI nie, boleh pick up device di KLIA atau KLIA2. Sampai Jepun je, boleh terus on data. Senang!
Baca lanjut >>> Pengalaman guna Pocket Wifi Samurai Wifi di Jepun
Sekiranya anda berada di Tokyo terutamanya Ueno, silalah cuba wagyu Halal di Yakiniku Panga tau!