Aeon Shah Alam yang baru sahaja dirasmikan awal tahun 2017 ini, terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Sejak pembukaannya, Aeon Shah Alam sentiasa penuh dengan pengunjung.
Lokasi Aeon Shah Alam pun sangat strategik, senang nak cari. Kalau tahu di mana Stadium Shah alam, pasti tak sesat nak cari jalan ke Aeon Shah Alam nie. Kalau tak jumpa juga, cari sahaja di Waze.
Ada banyak blog yang berkongsi tentang perkara menarik di Aeon Shah Alam. Namun, kami yakin anda pasti belum tahu tentang 3 perkara yang unik ini.
(1) “Japan Street” Di Pasaraya Aeon Shah Alam
Kali pertama datang ke Aeon Shah Alam, kami terkejut dengan suasana Jepun yang dicipta dalam pasaraya ini, kerana hampir serupa dengan suasana sebenar di Jepun. Kami pernah tinggal di negara matahari terbit itu selama 4 tahun. Perasaan yang sama. Serius.
Ada Tokyo Street di tingkat 2, yang menghimpunkan kedai-kedai terkemuka dari negara Jepun. Ada kedai barangan harian, travel agency JTB (Japan Travel Bureau), serta pelbagai pilihan kedai makanan Jepun di sini seperti Sushi King, Mr. Donut, Yoshinoya, Gindaco Takoyaki, Haikara Style Cafe dan lain-lain.
Kedai barangan 100 yen kegemaran ramai, Daiso juga ada di Tokyo Street ini. Dengan saiz yang agak besar, Daiso di Aeon Shah Alam turut menawarkan barangan premium yang tiada di kebanyakkan Daiso lain. Contohnya, koleksi keretapi beserta railway ini.
Selain itu, ada 4 lokasi khas yang menggambarkan 4 musim di negara Jepun iaitu; musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Para pengunjung boleh ambil gambar sambil feeling seolah-olah berada di negara Jepun sebenar.
Anak-anak kami seronok dapat merasa bergambar dengan bunga sakura, di musim bunga Jepun.
Pendek kata, bagi anda yang ingin merasakan suasana seperti sedang membeli-belah di pasaraya Jepun, datanglah ke Aeon Shah Alam. Perasaan bagaikan berada di Jepun sebenar.
(2) Surau Dengan Telekung Berwarna
Secara peribadi, saya suka dengan konsep telekung berwarna di surau wanita. Bukan suka sebab rasa cantik bila pakai telekung warna warni. Tapi, telekung berwarna ini disediakan mengikut hari.
Ini bermakna, ada 7 warna telekung untuk penggunaan 7 hari seminggu. 1 hari, 1 warna telekung yang ditetapkan. Jadi, kita yakin telekung ini betul-betul dibasuh setiap hari.
Ok, cuba teka masa gambar ini diambil, kami pergi ke Aeon Shah Alam hari apa? 😀
Tambahan lagi, ada banyak pilihan surau. Bukan satu tempat sahaja.
Jika anda sedang teman anak-anak main di taman permainan di tingkat 3, surau berada betul-betul bersebelahan taman Molly Fantasy ini. Mudah buat ibu ayah untuk ambil giliran pergi solat.
Kalau anda sedang makan di Foodcourt, surau ada betul-betul bersebelahan aje. Tak payah jalan jauh-jauh, atau naik turun lif. Anak-anak kecil pun tak bosan menunggu, sebab mereka busy makan dan minum.
Nampak sangat yang Aeon Shah Alam sememangnya pasaraya mesra keluarga dan kanak-kanak.
(3) Teh Tarik Sedap di Shah Alam
Oh, point terakhir ini mungkin tidak penting bagi anda yang tak suka minum teh. Tapi, beri impak besar buat kami, para peminum tegar teh tarik nie. Hehehe… 😀
Kali pertama minum teh tarik nie masa saya minum petang berdua dengan anak sahaja. Sebelum minum, tak expect rasanya sedap. Mesti rasa standard macam teh tarik dari vending machine.
Tapi bila dah hirup sekali, terkejut. Sedap sangat! Tak kelat, dan tak terlebih manis. Rasa sedap teh tarik sebenar. Choudo ii, orang Jepun kata. Oh my, oh my, simply delicious… Tak boleh berhenti hirup!
Kali kedua datang ke foodcourt Aeon Mall Shah Alam, belanja secawan teh tarik buat suami. Eh, dia suka jugalah. Dia pun setuju yang teh tarik di foodcourt nie memang sedap!
Sejak dari itu, kami memang sengaja datang Aeon Shah Alam nie sekadar untuk minum petang. Yang pelik tue, rasa teh tariknya tetap sama. Tak berubah. Foodcourt nya pun ohsem! Ada banyak pilihan makanan sedap-sedap, dan yang penting mesra poket, dan kenyangkan perut. Hehe..
Ok, itu sahaja 3 perkara menarik tentang Aeon Shah Alam dari kacamata kami. Semoga perkongsian dari kami ini dapat memberi anda info dari sisi lain tentang Aeon Shah Alam.. 😀
Mommy Blogger,
Arnie Samsudin
reezluv says
AEON ni kalau tengok kat memane lebih kurang sama je.kalau baru bukak tu ada le satu dua kelainan daripada yang lain
reezluv recently posted…Jam Tangan Boy London Menggamit Memori
arniesamsudin says
Benar juga tue.. Foodcourt di Aeon Shah Alam nie paling ohsem so far.. 😀
arniesamsudin recently posted…Rome Grand Mosque Masjid Terbesar Di Italy dan Seluruh Eropah