Penetapan pusat mengundi pilihan raya biasanya mengikut alamat kad pengenalan (MyKad) kita.
Tiada masalah jika kita masih menetap di tempat yang sama. Namun, agak payah juga sekiranya kita sudah berhijrah dan bermastautin di negeri yang lebih jauh beratus kilometer dari alamat MyKad.
Lebih mencabar bagi pasangan yang sudah berkahwin. Buatnya suami perlu mengundi di selatan, manakala si isteri pula perlu mengundi di pantai timur, boleh bikin gaduh tue!
Cara Tukar Pusat Mengundi
Ada 3 pilihan untuk kita tukar pusat mengundi:
Sebelum ini hanya ada 2 cara sahaja, di mana kedua-dua cara pun memerlukan kita hadir secara fizikal ke tempat-tempat tersebut. Ini antara sebab mengapa ramai yang bertangguh nak tukar pusat mengundi kerana kekangan masa nak ke pejabat yang dinyatakan. Rujuk nombor (1) dan (2) di bawah.
(1) Di Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Ibu Pejabat Pilihan Raya SPR, bersama MyKad.
(2) Di mana-mana Pejabat Pos Malaysia, bersama MyKad.
Mulai tahun 2022, kita diberi pilhan untuk tukar tempat mengundi secara atas talian.
(3) Buat secara online di laman myspr. Perlu upload MyKad dan selfie bersama MyKad.

Log in masuk ke akaun MySPR anda (daftar akaun dahulu jika belum ada akaun MySPR). Kemudian, klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dan isi segala maklumat yang diperlukan.
Setelah isi nombor TAC yang akan di hantar melalui SMS dan e-mail, anda akan menerima notifikasi “Borang A telah diterima dan sedang disemak untuk kelulusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia” melalui e-mail. Siap! Cara ini paling mudah, pantas dan jimat masa!
Tukar Pusat Mengundi Cara Mudah Tak Perlu Ambil Cuti
Bagi yang kurang mahir nak mohon tukar pusat mengundi secara online di MySPR, tetapi tak mahu ambil cuti semata-mata untuk tukar pusat mengundi, mari kami kongsikan cara mudah.
Pergi sahaja ke mana-mana Pejabat Pos yang beroperasi 7 hari seminggu.
Biasanya pejabat pos yang beroperasi di pasaraya, di mana waktu urusan pejabat pos juga sama dengan waktu operasi pasaraya tersebut. Contohnya, pejabat pos di dalam Aeon ataupun Lotus. Sambil bawa keluarga pergi berjalan-jalan di shopping mall, anda boleh singgah sekejap ke pejabat pos tersebut.
Tak perlu isi apa-apa borang:
(1) Masuk pejabat pos. Ambil nombor dan tunggu giliran.
(2) Berikan MyKad. Maklumkan kepada staf bertugas yang anda ingin tukar pusat mengundi.
(3) Staf akan print out salinan borang penukaran pusat mengundi dengan alamat MyKad terkini.
(4) Pastikan semua maklumat anda betul (nama, nombor IC, alamat terkini), kemudian tandatangan.
Siap! Haa mudah kan? Tak perlu ambil cuti pun. Buat hari Sabtu Ahad pun boleh. 😀

Proses tukar pusat mengundi ini akan ambil sedikit masa, mungkin juga berbulan-bulan, bukan terus berubah tau. Jadi, better tukar pusat mengundi cepat-cepat at least setahun sebelum next PRU/ PRN.
Anda boleh check status pertukaran dari semasa ke semasa di website SPR: MySPR Semak
Adik-adik 18 tahun ke atas, jom tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi!