KL Sentral (Kuala Lumpur Sentral) – pusat pengangkutan rel bersepadu di Kuala Lumpur, merupakan hub transit yang terbesar di Malaysia. Di sini terhimpunnya semua pengangkutan rel utama seperti KTM, ETS, LRT, MRT, Monorail dan juga ERL (KLIA Ekspres & KLIA Transit).
Dalam KL Sentral juga ada kedai makan, termasuklah restoran makanan segera seperti Burger King, McDonald, KFC dan lain-lain. Kalau anda rushing, sempat je take away makanan dari kedai-kedai nie.
Menariknya KL Sentral nie, ia bersambung dengan pusat membeli belah NU Sentral. Jadi, sementara anda tunggu train ETS ke utara, atau ERL ke airport, ada banyak tempat best untuk lepak tau.
Apa Tempat Makan Best KL Sentral-NU Sentral?
Sebenarnya ada banyak je kedai makan murah-murah di luar bangunan KL Sentral dan NU Sentral. Tapi, bagi anda traveller yang singgah KL Sentral dalam masa yang singkat sekadar untuk transit sebentar, agak kurang praktikal untuk jalan kaki berpanas terik. Lebih baik kekal dalam bangunan berhawa dingin.
Sampai di KL Sentral, boleh nampak signboard “Welcome To NU Sentral” yang besar nie.
Naik je eskalator nie, terus boleh nampak Big Apple, Yamazaki, Auntie Anne, Costa Coffee, Boost, Famous Amos, Secret Recipe, TeaLive, Llao Llao, Zus Coffee dan lain-lain. Nak terus tapau kat sini pun ok.
Kalau ada banyak masa, terus je masuk ke Shopping Mall. Ada banyak kedai makan best dan cozy untuk lepak lama-lama. Pilih aje mengikut saiz poket anda. Kedai coklat mewah Godiva pun ada di NU Sentral.
Ada Ke Tempat Makan Murah KL Sentral-NU Sentral?
Ada! Tak ramai yang tahu, tapi sebenarnya NU Sentral ada foodcourt juga. Quizinn by Rasa, NU Sentral.
Dari eskalator yang menghubungkan KL Sentral-NU Sentral tadi, masuk je dalam shopping mall terus belok kiri, dan jalan terus sampai hujung. Naik pula eskalator di sana hingga tingkat 3.
Quizinn Foodcourt nie betul-betul kat atas MPH. Ada macam-macam pilihan makanan, dari tempatan hinggalah antarabangsa. Ada nasi ayam penyet, nasi arab, masakan thailand, makanan jepun, korean, western food dan lain-lain. Nasi berlauk campur pun ada!
Harga pun kira ok-ok lah. Untuk bajet bawah RM15, anda boleh set Nasi Paprik Ayam (RM11) ini, beserta Teh Tarik dan karipap ayam inti telur panas-panas (RM4) sebagai dessert. Ok sangat, kan?
Foodcourt nie boleh tahan besar juga. Walaupun ramai pengunjung, tetap boleh cari meja kosong. Biasanya lunch hour je yang peak. Jadi, kalau bawa luggage besar dan nak lepak rehat sini lama-lama pun ok je.
Makan Murah di NU Sentral, Kombo Karipap + Teh Tarik RM4 Je!
Buat anda yang ada kekangan bajet, tapi nak duduk berehat di foodcourt NU Sentral sambil makan minum yang ringan-ringan aje, nak tak kami kongsikan menu bajet bawah RM5? Ala menu rahmah juga nie.
Promosi “Tea Tarik + Curry Puff or Chicken Samosa” ini berharga RM4 sahaja. Naik je eskalator ke foodcourt tue, anda dah boleh nampak kedai Beverages nie, betul-betul sebelah Yong Tau Fu.
Menariknya kombo ini, selain dari harga nya yang murah RM4 sahaja, anda boleh pilih samaada nak karipap ayam ataupun samosa ayam. Karipap ayam nie boleh tahan besar ala karipap ikea, dan ada inti telur.
Teh tarik nya memang kawww (but of course, bergantung pada siapa yang bancuh jugalah). Kalau nak minta kurang manis pun boleh je. Haa tak Malaysian laa kalau tak pekena teh tarik kaw, kan?
Tambah pulak karipap besar ada inti telur dalam tue, makan panas-panas, fuhhh! Merecik!
Nak beli ala carte pun boleh. Karipap RM2.50. Teh tarik RM3.20. Kalau ambil kombo nie, bayar RM4 je.
Kita duduk berehat dan guna fasiliti di situ kan, tak molek pula rasanya duduk kosong-kosong aje. At least, beli something lah. Boleh badan rest & recharge tanpa rasa bersalah. Perut pun kenyang.
Happy food hunting di NU Sentral! Lepas nie, dah tahu lah nak lepak mana bila datang KL Sentral kann.. 😀