Sejak di bangku sekolah lagi, saya suka masuk ke Watsons. Walaupun ketika itu belum ada duit sendiri, sekadar duit poket belanja sekolah sahaja, Watsons menjadi tempat wajib masuk setiap kali ke pasaraya.
Suka tengok seleksi barangan yang ada, terutama di bahagian kecantikan dan penjagaan diri. Tak mampu beli pun tak apa, dapat cuci mata ajepun dah seronok. Masuk Watsons nie macam satu terapi tau.
Stress-therapy gitu. Orang perempuan je yang faham perasaan ini, hihi…
Zaman sekolah dulu saya suka beli perfume (ke cologne? lupa dah..) White Musk di Watsons. Harganya RM10 aje, tapi wanginya ala minyak wangi berjenama dan tahan lama.
Watsons Brand dan Sale
Watsons juga ada produk sendiri, Watsons brands. Selalu ada promosi pula tue.
Saya paling suka dengan cream hand soap nya. Setiap kali lepas basuh pinggan atau lepas makan, tak sabar nak bersihkan tangan dengan hand soap Watsons. Tangan kekal lembap, macam pakai losyen. Bau jangan cakap lah. Wangian lembut menusuk hidung, asyik rasa nak cium tangan!
Watsons juga selalu buat promosi ‘Buy 2 Free 1’ untuk cream hand soap nya. Jadi, bolehlah cuba semua ‘perisa’ yang ada. My favourite yang merah jambu ini – Strawberry & Yogurt Scented.
Harga sebotol RM5.50. Bila ada promosi begini, 3 botol cream hand soap jadi RM11 sahaja. Berbaloi!
Shopping Watsons Online & Kupon RM8
Sekarang lagi mudah nak shopping barangan di Watsons. Kita boleh shopping Watsons Online di watsons.com.my sahaja, tanpa perlu keluar rumah. Klik, klik di hujung jari sahaja.
Lagi best sebab belian di Watsons Online ada diskaun istimewa tersendiri, yang tiada di kedai fizikal. Jika ini kali pertama anda membeli di Watsons Online, boleh daftar keahlian dahulu di watsons.com.my.
Bagi yang dah mendaftar sebagai ahli Watsons Online, ada diskaun RM8 tau sehingga 30 Jun 2019 ini sahaja. Gunakan kupon WATSONSRM8. Kupon RM8 ini boleh digunakan untuk pembelian produk minima RM60, dan hanya valid untuk belian di Watsons Online sahaja. Cepat klik sekarang! 😀
Arnie,
Benda boleh jimat, buat apa bayar lebih.