Dah siap packing beg baju nak ke Jepun? Haa mesti dah tak sabar nak melancong ke negara matahari terbit. Selain dari passport dan beberapa paket makanan segera (in case tak boleh telan makanan jepun), ada satu benda lagi yang anda patut sediakan sebelum ke Jepun.
Kalau takde benda nie boleh nanges, tau. Benda tersebut ialah… Pocket Wifi!
Ya, Jepun memang negara maju. Kebanyakan tempat popular dilengkapi dengan wifi percuma. Tapi, kebanyakkan wifi percuma ini di kawasan bandar sahaja. Alaa sama macam di Malaysia jugak lah.
Nak tanya orang, tak tau berbahasa Jepun. Macam ayam dan itik pula. Di sini lah pentingnya pocket wifi.
3 Lubuk Rahsia Beli Barang Branded Dari Jepun Online Je
Sewa Pocket Wifi Samurai Wifi Sebelum Ke Jepun
Baru-baru ini kami ke Jepun selama 8 hari 7 malam. Mula-mula rasa macam tak perlu je nak sewa pocket wifi sebab kami pergi berkumpulan, ada tourist guide, mesti tiada masalah nak cari jalan.
Tapi, kami ubah fikiran bila tengok itinerary. Ada 2 hotel berkonsepkan ryokan (Japanese Traditional Hotel), tiada wifi percuma di dalam bilik. Ada di lobi sahaja. Jenuh pula nak menapak ke lobi semata-mata nak dapat internet. Susah lah nak check mesej WhatsApp dan update Facebook, kan.
Lagipun, antara tempat yang kami bakal lawati nanti termasuklah kawasan pergunungan dan perkampungan tradisional. Banyak berjalan, dari duduk di hotel. Tak boleh jadi, penting kena ada wifi.
Hasil carian di google tentang pocket wifi di Jepun, kami jumpa dengan Samurai Wifi.
Jujurnya, ini di antara pelaburan terbaik yang kami buat untuk travel ke Jepun. Coverage superb sangat walaupun berada di kawasan pedalaman, pergunungan, termasuklah di kawasan tanah tinggi bersalji.
Kami bawa pocket wifi ke Tateyama Kurobe Alpine Route, the Roof of Japan (gambar di atas). Line laju sangat, ok! Balik kampung pun line tak laju macam nie. Asyik siput sedut aje.. 😛
Restoran Halal di Tokyo Disney Resort
Mana Lebih Jimat, Sewa Wifi di Malaysia atau di Jepun?
Kami dah bandingkan pakej pocket wifi yang ditawarkan di Jepun dan Malaysia. Kalau anda google pun boleh jumpa banyak pilihan pakej wifi di Jepun.
Ada 2 sebab utama, kami rasa tak berbaloi untuk sewa pocket wifi di Jepun:
- Kos sewa pocket wifi yang mahal.
- Susah nak ambil dan pulangkan device.
Inilah kandungan di dalam kit Samurai Wifi dari Visondata:
Kami bandingkan kos sewa selama 8 hari. Jika sewa Samurai Wifi, kosnya tak lebih RM200. Tapi, jika ambil pocket wifi di Jepun, kebanyakkannya lebih RM200. Ada yang beza harga sehingga RM100.
Boleh kongsi guna sehingga 5 device. Macam kami, suami isteri kongsi guna bersama. Jika anda pergi berkumpulan, kan ke dah jimat banyak kos sewa tue. Kongsi-kongsi bayar gitu.
Betul, memang boleh pulangkan device guna prepaid envelope, sebelum pulang ke Malaysia. Tapi, kalaulah ada apa-apa terjadi pada pocket wifi tue, rosak ke, atau hilang dalam perjalanan ke. Kita pula dah sampai di Malaysia. Satu hal pula nak kena bayar denda sehingga 20,000 JPY.
Cara terbaik dan paling jimat ialah, sewa sahaja Samurai Wifi sebelum travel ke Jepun.
Status Halal Coklat KitKat di Jepun Terkini 2018
Ada Pocket Wifi, Lebih Enjoy Terokai Jepun
Tak payah kat Jepun, kat Malaysia nie pun rasa macam tak lengkap kalau tiada data coverage, kan.
Teringat baru-baru ini masa berada di Ginza, tourist guide kami kata Uniqlo terbesar di dunia ada di Ginza. Dari hotel kami menginap, Tokyo Imperial Hotel, jalan kaki pun sampai.
Jadi, gigih lah kami jalan kaki dari hotel nak cari Uniqlo Ginza nie, tapi tak jumpa-jumpa.
Tiba-tiba datang idea nak guna Waze. Maklumlah, dah terbiasa guna Waze kalau drive di Malaysia. Jadi, terus set Uniqlo kat Waze. Mula-mula kena tunggu sekejap untuk Waze update dari lokasi Malaysia ke Jepun. Lepas tue, terus dapat exact location Uniqlo. Haa, nasib baiklah ada pocket wifi. Hehe..
Satu lagi, apabila terpisah dari partner, senang nak berhubung melalui WhatsApp. Katakan partner keluar seorang diri, dan kita di hotel. Kita boleh guna Wifi hotel. Jadi, partner boleh bawa pocket wifi.
Jadi, memang penting untuk kita ada line internet ketika melancong di luar negara, termasuklah negara Jepun. Senang nak explore tempat, cari tempat makan halal, booking tiket bas, train, taman tema, Family Mart dan lain-lain. Paling utama, nak bermesej dengan rakan-rakan lah.
Cara Nak Sewa Samurai Wifi
Mudah sangat. Tak perlu susah-payah beratur kat mana-mana. Boleh sewa dari rumah aje.
(1) Pergi ke laman Visondata. Belek dulu pakej wifi untuk Jepun, “Unlimited” dan “Promo”.
(2) Dah tau nak ambil pakej apa, cepat-cepat klik pada “Book Now”. Isi aje maklumat yang di minta. Pilih juga nak collect sendiri ke, atau kurier device tue. Macam kami, pilih untuk collect dan pulangkan di KLIA aje, senang. Dah siap semua, boleh “Submit” borang.
(3) Tunggu e-mail pengesahan dari Visondata. Dapat e-mail, barulah booking anda confirm.
Jika anda pilih untuk self-collect di KLIA, teruskan baca point no. 4 dan 5.
(4) Hari berlepas, di KLIA nanti, pergi ke tingkat Ketibaan (Arrival Hall) untuk collect pocket wifi yang ditempah. Bayar di situ. Tunai dan kad kredit, dua-dua pun boleh.
(5) Setibanya di KLIA dari Jepun, lepas ambil bagasi, jangan lupa singgah di kaunter Maxis untuk pulangkan device anda. Tak pasal-pasal kena denda pula, kalau terlewat atau terlupa langsung nak pulangkan.
Ok, pastikan anda dah sewa pocket wifi dari samurai wifi sebelum terbang ke Jepun tau! 😉
Sewa Pocket WIFI sebelum ke Jepun >>> Booking di sini (klik)
Arnie Samsudin
Travelog Jepun @ May 2017.
Salam…. Arnie…. Bestnya dapat prrgi ke negara matahari terbit, Jepun. Banyak berjalan luas pemandangan.
Betapa ye kos pergi ke sana dengan rombongan.?
sensasi2020 recently posted…Rahsia Resipi Istimewa Nasi Kerabu Mieeza Sedap