Hari pertama tiba di Amman Jordan, destinasi pertama kami ialah Red Rose City Petra. Petra ini merupakan salah satu dari 7 keajaiban dunia, dan merupakan salah satu dari bucket list kami juga.
Memandangkan jarak perjalanan dari Amman Airport ke Petra yang agak jauh, kami berhenti untuk sarapan pagi di New Jerusalem Rest House.
Perjalanan Ke Restoran New Jerusalem Rest House
Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke restoran ini, nampak padang pasir sahaja. Boleh kira berapa biji bangunan yang ada di kiri kanan jalan. Tak banyak kereta pun yang kami selisih di sepanjang jalan.
Menurut tourist guide, bumi Jordan ialah semi-gurun. Bukan gurun sepenuhnya macam negara Arab lain.
New Jerusalem Rest House inipun terletak di tengah padang pasir. Tiada bangunan pun di sekelilingnya. Mungkin ianya macam konsep R&R di Malaysia, hanya untuk pengguna lebuhraya sahaja. Tak pasti.
Apapun, excited sangat nak cuba sarapan pagi Jordan style kali pertama seumur hidup nie.
Sarapan Pagi Jordan Style
Sejujurnya, agak terkejut dengan hidangan sarapan pagi yang ada. Maklumlah, kali pertama sampai ke Jordan, dan tak pernah langsung makan makanan Jordan masa di Malaysia.
Di satu bahagian ada roti Arab, kepingan sosej, keju, butter, dan beberapa pilihan jordanian dressing. Di satu bahagian lagi ada nasi berwarna kuning, timun jepun, telur rebus dengan 2 jenis lauk.
Minuman panas haruslah ada. Nyaman sungguh dapat hirup air panas di musim sejuk begini.
Masa kami ke sini, bulan Januari 2017. Masih musim sejuk di Jordan. Walaupun di dalam bangunan, masih terasa sejuknya. Paling terkejut bila pergi ke tandas. Air sejuk sangat, menggigil badan nak cuci apa yang patut. Yang nampak separuh pintu itulah pintu masuk tandas wanita.
Lagi terkejut bila masuk tandas wanita, relaks sahaja pak arab yang bertugas sebagai cleaner turut berada di dalam tandas wanita sambil meneruskan tugasannya. Tiada pekerja wanita pun di sini, semua lelaki. Cepat-cepat basuh tangan dan jalan keluar. Seram, ok.
Kali kedua masuk tandas pun beliau masih di situ. Aduh, kejutan budaya sungguh.. 😛
Restoran Yang Cantik Lengkap Tempat Shopping
Cukup tentang sarapan pagi Jordan. Sebenarnya nak kongsikan, bila masuk je ke dalam restoran nie, mulut semua orang terlopong tau, sebab cantik sangat suasana di dalam nya.
Suku bahagian sahaja ruang untuk makan. Selebihnya adalah tempat jualan souvenir.
Dari barang mampu milik macam fridge magnet, produk kecantikan Dead Sea, hasil seni kraftangan Jordan, sehinggalah ke barang-barang antik yang bernilai ribuan ringgit.
Terpegun sangat tengok semua barang-barang yang ada di dalam rest house nie. Cantik sangat hasil seni rakyat Jordan. Nak beli agak mahal, ambil gambar sebagai kenangan ajelah.
Anda pernah mengembara ke Jordan? Kalau pernah makan makanan macam dalam gambar di atas nie, boleh lah kongsikan namanya di ruangan komen, ya. Syukran! 😀
Arnie Samsudin
New Jerusalem Rest House, Jordan @ 10 Januari 2017
Bahrain says
tak pernah lagi sampai ke jordan.. wow sejuk ek kat sana ingatkan cuaca panas je kat sana
azimah mohd zainuddin says
Sarapan pagi makan nasi, eloklah,,,nanti nak berjalan gunakan tenaga yang banyak
azimah mohd zainuddin recently posted…7 Jenis Vitamin Untuk Cantik