Biasanya bila balik kampung, awal-awal pagi lagi mak dah siapkan sarapan. Standard lah mak-mak kita, kan. Bila anak cucu balik, macam-macam juadah mereka hidangkan. Tak pernah kami beli sarapan pagi di luar, dan tak tahu pun kat mana sarapan pagi sedap di pekan Masjid Tanah.
Balik baru-baru ini, plan nak cuba beli sarapan pagi di satu kedai makan yang terjumpa secara tak sengaja di FaceBook. Ada menu untuk tenghari juga. Warung Kak Ida’s Kitchen namanya.
Jadi, bila mak cakap, “Pagi nie korang belikan sarapan ehh”. Apa lagi, berdesup start engine kereta…
Warung Kak Ida’s Kitchen Masjid Tanah
Kami tiba lebih kurang 7:50 pagi. Saje gerak awal sebab biasanya bila dah pukul 8 pagi nie orang lain pun sama nak keluar cari sarapan. Masa kami sampai, parking masih lengang. Bila kami selesai makan, parking dah penuh dan orang yang datang dah mula park kereta di bahu jalan.
Masuk je, terkesima dengan aneka pilihan kuih muih yang telah siap dibungkus dan tersusun rapi di atas meja. Terus rambang mata. Rasa nak makan semua. Harga setiap kuih ini berbeza.
Ada bubur, kuih Puteri Ayu, Karipap, Cara Berlauk, Seri Muka, Koci, Pulut Panggang, Tauhu Bergedil (rasanyalah, cuba tengok gambar di atas), dan lain-lain. Tahun depan aje lah kita diet! Hehe…
Kami turut di sapa mesra oleh staf di sana, “Nak makan apa? Nasi lemak ada, roti canai, lontong, mee rebus, laksa johor… Nasi lemak bungkus ada, kalau makan kat sini kita ambil baru yang panas-panas…”
Ya, orang Masjid Tanah memang ramah tamah, tauuuuu…
Review Sarapan Pagi di Kak Ida’s Kitchen Masjid Tanah
Mulanya kami nak tapau aje sarapan pagi untuk makan beramai-ramai di rumah. Bila dah tengok menu macam-macam ada nie, terus husband ajak makan di sini dulu. Tak tahan godaan, hehe…
Kami pilih Mee Rebus serta Laksa Johor, serta air Kopi panas & Nescaffe panas.
Mee rebus sedikit berminyak. Mungkin sebab antara pelanggan terawal, dan staff nya tak kacau betul-betul kuah mee rebus tue. Cedok bahagian atas sahaja. Selain dari minyak, rasa mee rebusnya ok, sedap. Walau rasanya sedikit berbeza dari mee rebus yang kami biasa makan, tetap sedap!
Bagi Laksa Johor pula, instead of mee spaghetti, mereka guna mee Laksa. Walaubagaimanapun, perbezaan mee ini langsung tak ganggu mood untuk nikmati Laksa Johor sebab kuahnya sedap, pekat, dan cukup rasa seperti original Laksa Johor. Orang Johor (husband) yang verify kesedapan ini, hehe..
Kami juga tapau Nasi Lemak bungkus, kuih seri muka, kuih koci dan kuih cara berlauk untuk keluarga di rumah. Kuih koci is a must try, sedap sangat! Kami dah pernah rasa kuih koci paling sedap di Malaysia (ikut standard kami lah yea), dan kuih koci di sini menepati standard itu.
Kak Ida, Chef Popular Media Sosial
Seperti yang kak Arnie nyatakan awal tadi, sebenarnya dapat tahu tentang Kak Ida’s Kitchen ini asbab terjumpa tanpa sengaja di FaceBook. Asalnya, nak cari resepi air soya. Terjumpalah video tutorial cara buat air soya dari kak Ida (owner kedai). Bila tengok FB nya, terjumpa pula kedai makannya.
Bukan itu sahaja, rupa-rupanya Kak Ida juga chef popular di media sosial. Lihat sahajalah keratan banner yang digantung di hadapan warungnya ini.
Alhamdulillah, berpeluang juga menjejakkan kaki ke Kak Ida’s Kitchen. Nak cari tempatnya pun senang. Lokasinya di tepi jalan besar, dari Masjid Tanah ke Alor Gajah. Alamat Warung Kak Ida’s Kitchen:
Kak Ida’s Kitchen
Jalan Masjid Tanah/ Alor Gajah,
Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka.
FaceBook: Kak Ida’s Kitchen
Trademark: Berhadapan dengan Kompleks Sukan Masjid Tanah, Melaka.
Jika anda dari pekan Masjid Tanah, ambil jalan ke arah Alor Gajah (ada satu laluan sahaja). Di sebelah kanan anda akan ada pasaraya Family Store dan deretan shoplot (Pizza Hut, Secret Recipe, 99 Speedmart dan lain-lain). Ke hadapan sedikit je dah boleh nampak warung Kak Ida’s Kitchen nie di sebelah kiri.
Kalau tak familiar juga, cari sahaja guna aplikasi Waze. Confirm sampai!
Review Percutian di Imperial Heritage Hotel Melaka
Jika anda ada cadangan tempat sarapan pagi Masjid Tanah yang sedap, jemput kongsikan dengan kami di ruangan komen, ya. Boleh kami review untuk panduan pembaca lain juga. Semoga bermanfaat… 😀