Tempat pertama yang kami tujui sebaik sahaja tiba di train station Roma, ialah Rome Grand Mosque. Menurut tourist guide kami, Rome Grand Mosque merupakan masjid terbesar di Eropah, sekaligus merupakan masjid terbesar di dunia yang dibina di negara bukan Islam. Wow!
Memang ada beberapa tempat di sekitar Rome di mana umat Islam boleh berkumpul untuk menunaikan solat. Tapi ia bukan bangunan masjid. Biasanya cuma sebuah bilik, ataupun apartment yang dijadikan ruang solat. Rome Grand Mosque inilah satu-satunya bangunan masjid khas yang dibina di Rome.
Cara Untuk Ke Rome Grand Mosque
Jika anda sampai di Rome, dan ingin datang sendiri ke masjid besar Rome ini:
- Ambil laluan Anna Magnani (Villa Ada), jika drive sendiri, atau,
- Naik bas 360 dari Termini Station, turun di Salvini Stop. Kemudian, jalan kaki lebih kurang 800m.
Kami naik bas persiaran ini, yang disediakan oleh sponsor incentive trip kumpulan kami.
Sebagai masjid terbesar di dunia barat, masjid besar Rome juga merupakan Islamic Cultural Center di Italy (Centro Culturale Islamico d’Italia). Selain menjadi tempat beribadat, masjid besar Rome juga menyediakan pelbagai aktiviti dan servis untuk semua lapisan masyarakat seperti kelas keagamaan, majlis perkahwinan, pengkebumian, pameran, persidangan dan lain-lain.
Rome Grand Mosque, Masjid 40 Juta Euro
Dalam bahasa Itali, masjid besar Rome ini dipanggil Moschea di Roma. Bangunan masjid ini terletak di kawasan Acqua Acetosa, berhampiran Monti Parioli, di utara Rome.
Di bina di atas tanah berkeluasan 320,000 kaki, dan boleh menempatkan lebih daripada 12,000 orang dalam satu masa. Sangat besar, kami tak sempat nak pusing habis kawasan masjid pun.
Rome Grand Mosque pada asalnya dinaungi oleh Putera muhammad Hasan dari Afghanistan, dan isterinya Puteri Razia. Kos perbelanjaan sebanyak 40 juta Euro pula di taja oleh King Faisal dari Saudi Arabia.
Perancangan pembinaan masjid besar Rome mengambil masa lebih 10 tahun. Roman City Council mendermakan tanah pada tahun 1974, tetapi batu pertama mula di tanam pada tahun 1984 dengan kehadiran Sandro Pertini, Presiden Republik Itali.
Masjid besar Rome ini siap sepenuhnya pada tahun 1994, dan dirasmikan pada tahun 1995.
Keunikan Reka Bentuk dan Seni Bina Rome Grand Mosque
Masjid besar Rome ini mempunyai reka bentuk dan seni bina yang cantik, luaran dan dalaman. Sebenarnya, ia adalah hasil gabungan seni bina dan pertembungan dua arkitek yang hebat:
- Sami Mousawi, arkitek dari Iraq.
- Paolo Portoghesi, arkitek dari Italy.
Kerjasama ini menghasilkan senibina unik berlatarbelakang kan dua agama dan budaya yang berbeza.
Kami solat di sini. Ini bukan ruang utama masjid. Salah satu ruang solat di bahagian bawah masjid.
Masuk sahaja ke ruang solat, dah terpesona dengan interior design nya. Lantai di lapisi dengan karpet Parsi dengan corak geomatrik. Dinding pula di hiasai dengan mosaic yang cantik. Paten geomatrik unik, yang apabila terkena sinaran lampu, akan menghasilkan suasana meditatif yang sesuai untuk beribadah.
Pendek kata, syukur sangat berpeluang masuk di dalam masjid besar Rome ini. Terasa suasana ke-Itali-an ketika melangkah kaki masuk ke dalam masjid ini. Buat kita berfikir, Islam itu bukan sekadar di Malaysia. Islam itu satu gaya hidup yang syumul untuk semua, tak kira bangsa dan negara.
Satu pengalaman tak ternilai harganya. Alhamdulillah, Grand Rome Mosque, checked… 😀
Mommy Blogger,
Arnie Samsudin
best betul kalau dapat gi italy.
lagi-lagi kalau melawat segala jenis masjid nih.
ohcikgu recently posted…Padam Papan Hitam itu.
Alhamdulillah… 😀
arniesamsudin recently posted…Rome Grand Mosque Masjid Terbesar Di Italy dan Seluruh Eropah