RockBund Fishing Chalet Lumut Untuk Pemancing Tegar | Jika suami anda seorang kaki pancing, tak kisahlah pemancing tegar atau tidak, dan anda nak ikut bercuti bersamanya, RockBund Fishing Chalet adalah pilihan yang terbaik.
RockBund Fishing Chalet merupakan sebuah chalet yang sesuai untuk percutian keluarga, beristirehat dengan aman damai, sekaligus menemani si suami untuk memancing non-stop 24 jam. Fasiliti nya tidaklah seperti kebanyakan hotel atau chalet peranginan, tapi jauh lebih baik berbanding terpaksa bermalam dalam khemah ala camping.
Kos Bermalam di Rockbund Fishing Chalet
Terletak di Lumut Perak, Rockbund Fishing Chale terletak di Marina Island, berhampiran dengan Jeti Marina Island. Jika anda bertolak dari Lembah Klang, tetapkan aje carian Waze ke Jeti Marina Island.
Sebelum terus memandu ke sini, penting untuk booking siap-siap bilik anda. Nasihat kami, janganlah berani nak terus walk-in. Takut frust tak dapat bilik nanti.
Pengalaman kami sendiri, ter-cancel kan bilik di Rockbund Fishing Chalet yang kami dah tempah. Bila nak booking semula untuk hari yang sama, sekejapan je bilik dah penuh. Terpaksa minta kawan yang akan pergi bercuti sekali, yang biliknya dah pun confirmed, tukar ke tarikh esoknya. Nasib baiklah kawan tak ‘bertukar jadi hijau’ sebab terpaksa susahkan dia. Hehe..
Tips: Booking bilik di Rockband harga termurah melalui AGODA
Harga penginapan 1 malam di Rockbund Fishing Chalet berbeza mengikut ejen carian yang kita guna. Harga bilik di Rockbund Fishing Chalet bermula dari RM220-RM350, mengikut pakej dan travel agency yang di pilih. Ada yang menawarkan breakfast percuma untuk 4 orang, ada tanpa breakfast.
Shhh… Nie rahsia anda yang membaca entri ini aje tau. Nak harga bilik di Rockbund yang termurah, wajib booking dari website Agoda. Kami dah survey, Agoda offer paling murah!
Kemudahan di Rockbund Fishing Chalet
Sejujurnya, suasana dan pemandangan di Rockbund Fishing Chalet sangat cantik dan mendamaikan. Angin sepoi-sepoi bahasa, feeling macam bercuti di Maldives tau…
Dalam setiap chalet ada 2 bilik tidur, yang dipisahkan dengan ruang tamu di tengahnya. Jadi, kalau kita datang 1 keluarga, bolehlah tidur di bilik berasingan. Anak-anak dapat bilik mereka sendiri.
Kami tak ambil gambar di dalam bilik. Gambar atas nie diambil dari laman Rockbund.
Ruang tamu turut bersambung dengan sebuah bilik mandi lengkap dengan hot shower serta tandas yang luas. Berbeza dengan hotel biasa, sabun diletakkan di dalam bekas isian semula, bukan dibungkus berasingan. Tapi, impak minima sangat. Yang penting selesa nak tunaikan hajat.
Di ruang tamu ada mini kabinet simple, yang dilengkapi dengan cerek elektrik, 4 biji mug lawa dengan logo Rockbund Fishing Chalet, dan beberapa peket minuman pracampur dan gula.
Jatuh hati sangat dengan mug lawa nie. Serius rasa macam nak beli bawa balik. Owh, suplemen tue bukan dari Rockbund tau. Anda bawalah apa-apa suplemen untuk kuatkan imun badan. Maklumlah nak berjaga sepanjang malam memancing, kan? Jadi, badan kena cergas cerdas, tak boleh lemau. Hehe…
Kalau nak vitamin untuk tenaga macam kat atas nie, tambah pula minuman isotonik sebagai penghilang dahaga di bawah panas terik, boleh contact kawan ahkak kat sini (klik). Servis tip top punya!
Aktiviti Selain Memancing di Rockbund Fishing Chalet
Dalam setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin. Boleh pengsan lah kalau bilik di tepi laut tanpa penghawa dingin, kan. Tapi, di ruang tamu ada kipas sahaja tau. Dan, agak banyak lalat juga di sini. Kena cepat-cepat tutup pintu, kalau tak mahu bersilat dengan lalat masa tidur di dalam bilik.
Yang tak seronok lagi ialah, tiada peti sejuk dan televisyen di sini, walaupun boleh nampak ada piring Astro di sesetengah bumbung kabin. Ada caj tambahan jika anda nak menonton TV.
Sama juga dengan Wi-Fi. Wi-Fi percuma katanya, tapi dari bilik kami tak dapat signal Wi-Fi pun.
Jadi, bagi para isteri yang tak minat memancing sekadar nak teman suami aje,
- Bawa buku, majalah atau novel. Boleh tanam minat membaca.
- Bawa alat mengait, jika suka mengait. Confirm boleh siap sehelai baju.
- Pastikan mobile data masih banyak. Harapnya tak pengsan kebosanan.
Atau, jadilah isteri mithali dengan marinate ayam siap-siap dari rumah, dan buat BBQ. Perut kenyang, hati senang, dan boleh jimat ongkos. Agak jauh jugalah kalau nak keluar makan ke pekan berhampiran.
Ini cadangan aje. Kalau nak duduk diam-diam tenung kebiruan air laut, atau kehijauan Pulau Pangkor pun ok. Boleh muhasabah diri, gitew. Dah penat nanti, masuk dalam, luruskan kaki, dan tidurrr…
Memancing di Rockbund Untuk Si Kaki Pancing
Jujurnya, Rockbund Fishing Chalet nie memang heaven bagi semua kaki pancing, dan pemancing tegar. Bebas nak memancing jam berapa. Pagi, petang, siang, malam, tak mau tidur terus pun boleh.
Di setiap chalet ada disediakan 4 biji kerusi. Kebanyakan pengunjung keluarkan kerusi ini untuk lepak di luar bilik chalet. Jadi, waktu senja boleh layan sunset yang cantek, di sebalik Pulau Pangkor.
Kalau google gambar pemancing yang pernah memancing di Rockbund Fishing Chalet, ramai yang berjaya dapat ikan besar-besar seperti kerapu, anak jerung, sotong pun ada. Teruja kan bila baca review Rockbund Fishing Chalet daripada pemancing tegar tue semua?
Jap jap… Kaki pancing semua, jangan excited sangat. Tengok video kami nie dulu…
Haaa, rezeki tidak menyebelahi kami. Hanya dapat ikan yang kecil aje. Itupun boleh bilang dengan jari berapa ekor. Jadi, banyak yang dilepaskan semula ke laut. Inilah ikan pertama dengan saiz yang normal (tak terlalu kecil) yang berjaya dipancing selepas 12 jam menunggu. Redha ajelah.
Bak kata suami, “Itu maknanya, kena datang memancing ke sini lagi“. Aiyoooo, positif sangat! 😛
Sarapan Pagi di Tepi Pantai Ala Maldives
Sarapan pagi diberikan percuma, bergantung pakej penginapan yang dipilih.
Boleh bersarapan pagi di dalam, ataupun di luar cafe. Kami pilih di luar sebab seronok makan sambil menikmati tiupan angin pagi, dan bunyi deruan air laut. Serius rasa macam breakfast di Maldives…
Cuma, menu sarapan agak simple. Tak banyak pilihan. Kalau anda jenis memilih makan,
Grab your key, and drive your car, All the way to Damansara,
Come on this the night, Have some cookies & coffee…
Ehh ehh tak payahlah sampai ke Damansara. Jauh benar. Pergi aje sarapan di sekitar pekan Lumut.
Alhamdulillah, berakhirlah percutian sambil memancing kami selama 2 hari 1 malam di Rockbund Fishing Chalet. Sebelum berangkat pulang, sempat lagi suami sambung memancing sementara tunggu masa untuk check out. Sebagai seorang yang tak minat memancing, tapi gigih nak temankan suami memancing, percutian di Rockbund Fishing Chalet nie sangat berbaloi!
Tempah bilik Rockbund Fishing Chalet dengan harga termurah di Agoda
Dah pernah memancing di Rockbund Fishing Chalet? Bolehlah kongsikan pengalaman di sini, ya… 😀
Mommy Blogger,
Arnie Samsudin
titan says
dah lama jugak rasanya tak pi memancing nih.
rindu plakr asanya.
arniesamsudin says
Alamak, blogger popular komen kat blog kita lah, rasa nak lompat bintang, hihihi… 😀
Suria Amanda says
Mcm menarik je ni….boleh masuk wishlist
arniesamsudin says
Menarik sangat, terutama bagi si kaki pancing… Boleh mancing non-stop 24 jam, hehe…
arniesamsudin recently posted…Lexis Hibiscus Port Dickson Percutian Idaman Keluarga
Forberita says
Nampak menarik tempat ni, mmg sesuai sangat buat kaki pancing..
Forberita recently posted…Semakan Keputusan UPSR 2016 Online Dan SMS
arniesamsudin says
Yup, sesuai sangat. Boleh terus bawa kelengkapan BBQ, bakar dan enjoy ikan bakar on the spot… 😀
arniesamsudin recently posted…4 Dokumen Wajib Ada Untuk Mohon Visa Umrah Suami Isteri