Bila bercuti di mana-mana, selain daripada berehat dan menikmati percutian dengan tenang, satu lagi perkara penting yang wajib dititikberatkan ialah bab makanan.
Jika bercuti solo, atau berdua dengan teman, tak jadi masalah. Kita boleh aje makan apa sahaja yang mengenyangkan, tanpa mengira harga. Namun, jika bercuti bersama keluarga besar, terutama dengan anak kecil, penting untuk cari tempat makan yang sedap, selesa, dan harga mampu milik.
Restoran Sup Tulang ZZ Johor Bahru
Ada satu kedai makan ini yang kami wajib kongsikan kepada anda. Suasana santai, makanan super sedap dan harga berbaloi. Sangat sesuai makan beramai-ramai, keluarga besar dan anak kecil.
Kedai makan yang dimaksudkan ialah Restoran Sup Tulang ZZ Johor Bahru.
Kami datang ke sini untuk makan malam. Dari KSL Hotel & Resort JBperjalanan dalam 15-20 minit. Guna aje aplikasi Waze, pasti sampai. Restoran Sup Tulang ZZ ini betul-betul di tepi jalan, mudah nak jumpa. Ada kawasan parking berhadapan restoran.
Tak Johor lah kalau tiada otak-otak, kan. Sementara tunggu hidangan makan malam sampai, otak-otak yang sedap ini sebagai pembuka selera. Licin terus satu bekas nie.
Ramai yang recommend Mee RebusTulang. Namun, kerana kami kepenatan sepanjang hari di Legoland, anak-anak pun macam dah tak larat nak angkat kelopak mata, jadi kami order nasi putih dengan lauk pauk aje. Mood anak-anak nie tak boleh nak duga. Baik order makanan yang semua boleh makan.
Nasi putih untuk 6 orang makan, sup tulang ZZ, sup daging, ayam paprik, ayam goreng kunyit dan telur dadar. Air bandung soda, teh tarik, milo ais, sirap ais dan air apetah lagi. Jumlah semuanya tak sampai RM50. Sedap, berbaloi & puas hati. Anak-anak paling suka dengan kuah sup dagingnya.
Suasana restoran ini sangat cantik, berkonsepkan pondok kecil. Tapi sebab dah lapar dan kepenatan, lupa ambil gambar. Insya Allah, next visit, kami akan cuba the famous Mee Rebus Tulang pula.
Jalan-jalan Cari Makan di Johor Bahru
Sebelum ini kami ada satu tempat makan favourite di JB. Rasanya sedap, environment pun wow sangat. Tapi baru-baru ini bila kami makan di sana, terkejut dengan senarai harga menu. Kebanyakkannya RM10 ke atas. Telur dadar saiz kecil pun berharga RM7 (ada 3 saiz semuanya), dan ada 6% service tax.
Sarapan Pagi di Restoran Kacang Pool Haji Larkin JB
Aduh, begitu lama ke kami tak datang bercuti di JB sampai begitu mendadak kenaikan harganya?
Wahal sebelum ini memang restoran inilah menjadi tempat makan malam di JB, siap tapau teh ais berbungkus-bungkus. Lepas check out hotel pun akan singgah sini untuk lunch sebelum teruskan perjalanan. Nampaknya, kenalah kami delete restoran tersebut dari tempat makan favourite.
Tak mahu tersilap tempat lagi, kami abadikan tempat makan yang sedap, berbaloi, serta harga mampu milik untuk panduan pembaca blog ini. Juga sebagai rujukan kami bila-bila berkunjung ke Johor Bahru lagi.
Jangan lupa singgah ke Restoran Sup Tulang ZZ jika bercuti di Johor Bahru. Confirm jatuh hati!
Restoran Sup Tulang ZZ
20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Arnie,
Kongsi tips percutian keluarga dengan anak kecil.