Advanced betul anak-anak sekarang. Darjah 3 pun dah belajar tentang konsep ketumpatan, terapung dan tenggelam. Siap boleh aplikasikan dengan kapal selam lagi. Ohsem!
Kalau tak silap, sejak di tadika lagi mereka dah mula di dedahkan tentang konsep ketumpatan.

Maklumlah, apa yang kita belajar dalam subjek sains ini sebenarnya perkara yang berlaku di sekeliling kita 24 jam sehari. Kita boleh apply konsep yang sama dalam kehidupan seharian. Jadi, agak mudah untuk perkenalkan konsep asas walaupun kepada anak-anak seawal umur 5-6 tahun.
Projek Kapal Selam Tahun 3 Konsep Ketumpatan
Ini projek kapal selam untuk subjek sains Tahun 3 dari Hafiy. Daripada projek ini, anak-anak boleh belajar tentang konsep ketumpatan, bagaimana objek terapung dan tenggelam.
Menarik, kan? Mudah untuk anak-anak faham mengapa objek boleh terapung mahupun tenggelam.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Besen, isi air di dalamnya.
- Botol air mineral kosong.
- Tanah liat.
- Duit syiling sebagai pemberat.
- Pelekat (adhesive tape).
- Tube.
- Bahan untuk tebuk lubang (*Perhatian: perlukan guidance ibu ayah)
Walaupun ini projek sains untuk anak-anak tahun 3, tapi ibu ayah pun seronok buat bersama-sama. Boleh dijadikan aktiviti indoor bersama anak-anak. Bahan-bahannya pun mudah aje, semua ada dalam rumah. Kecuali tube, kot? Tapi no problem. Boleh je ibu ayah cari di kedai hardware.
Ok, selamat mencuba dengan anak-anak tersayang. Science is awesome! 😉