Ada banyak hotel menarik di sekitar Bandar Hilir, Melaka. Dah pernah menginap di Equatorial Hotel Melaka sebelum ini, maka untuk percutian kali ini, kami pilih Imperial Heritage Hotel Melaka.
Faktor utama kami pilih Imperial Heritage Hotel ialah kerana kami mahu lokasi hotel yang berdekatan dengan Dataran Pahlawan, serta tak perlu guna kereta untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Hilir.
What To Expect di Imperial Heritage Melaka
Tiba sahaja berdekatan Imperial Heritage Hotel, kami agak ragu-ragu juga dengan jalan yang ditunjukkan oleh aplikasi Waze sebab perlu melalui lorong yang sempit. Rupa-rupanya, tempat letak kereta hotel ini terletak di bangunan berlainan, disambungkan dengan jejantas kecil.
Kebetulan kami datang di awal permulaan cuti sekolah, parking agak penuh. Dapat parkir di tingkat atas sekali, kawasan tidak berbumbung. Entrance ke parkir, betul-betul berhadapan dengan entrance belakang ke lobi utama. Jadi nak drop off luggage untuk check in, dan collect luggage untuk check out pun di sini.
Manakala entrance utama lobi hotel betul-betul berhadapan dengan Dataran Pahlawan MegaMall.
Lobi hotel comel sahaja. Tak luas seperti yang kita nampak dalam gambar website hotel. Jadi, jangan terkejut bila nak check in nanti. Namun, ianya teratur dan exquisite look. Nak selfie pun cantik.
Review Percutian di Imperial Heritage Hotel Melaka
Kami pilih Bilik Eksekutif kerana perlukan bilik yang sedikit besar kerana travel dengan anak kecil. Lagipun, kebanyakkan bilik dah sold out sebab kami booking last minute, cuti sekolah akhir tahun dah bermula.
Sebenarnya harga bilik di Imperial Heritage Hotel Melaka ini boleh tahan murah, kurang dari RM200 pun dah boleh dapat Family Room yang selesa. Tapi, kena book awal dan bukan booking waktu kemuncak.
Macam kami, pasrah ajelah bayar harga mahal sedikit untuk Bilik Eksekutif nie. Tapi oklah sebab lebih besar dari Deluxe Room. Ada ruang untuk anak berlari. Nak buat kerja pun senang, ada ruang kerja berasingan.
Bilik ada Wi-Fi percuma. Tapi, tiada saluran TV berbayar. Kiranya tiadalah Fox Movies, National Geographic, Sports dan seangkatan. Ada beberapa rancangan TV percuma aje – TV1, TV2, TV3, TV9 dan apetah lagi.
Hidangan breakfast tak banyak variasi, dan ruang makan juga agak sempit terutama bila ramai orang yang makan pada masa serentak. Restoran untuk breakfast juga betul-betul bersebelahan dengan swimming pool. Jadi, entrance ke tempat makan ini sedikit lecak jika ada yang berenang pada pagi tersebut.
Pemandangan ini sedikit menggangu first impression kami. Orang yang nak mandi swimming pool pagi hari pun mungkin tak selesa sebab dekat sangat kolam renang dengan meja makan di kawasan luar.
Swimming pool nya kecil sahaja. Jika anda bercadang nak bercuti sebab nak anak bersuka ria mandi swimming pool hotel, Imperial Heritage bukan pilihan terbaik. Hampa anak-anak nanti. Kami tak ambil gambar pool sebab memang tak plan nak benarkan anak mandi di pool nya. Anda boleh google.
Pemandangan dari dalam bilik kami di Tingkat 10. Hotel Equatorial Melaka di sebelah.
Bilik di hotel ini koridor nya open concept. Jadi kalau hujan lebat, mungkin akan kena tempias untuk sampai ke bilik hotel. Kebetulan bilik kami paling hujung sekali.
Satu lagi, disebabkan open concept ini, di waktu siang sedikit panas bila tunggu giliran nak naik lift. Terutama sekali di waktu puncak orang nak check out. Dengan lift yang ada 2 sahaja (ke 3?), agak ‘panas’ juga lama tunggu lift nak turun ke bawah. ‘Double panas’ dengan bahang matahari.
Berpeluh-peluh, ok. Sudahnya kami naik aje lift ke atas, kemudian baru turun ke bawah.
Kelebihan Imperial Heritage Hotel Melaka
Semestinya sebab lokasinya. Turun aje di lobi hotel, dah boleh nampak Dataran Pahlawan Mall di seberang sana. Nak cari makanan di restoran, atau beli apa-apa barang pun senang. Terbaik!
Kemudian, boleh jalan kaki aje untuk ke tempat bersejarah seperti Kota A-Famosa (tinggalan Portugis), The Stadthuys (bangunan merah Belanda), Muzium Istana Kesultanan Melaka dan Menara Taming Sari.
Staff yang layan kami di kaunter, uruskan luggage dan lain-lain pun sangat friendly.
Kesimpulannya, jika anda cari bilik hotel di Bandar Hilir untuk bermalam, merehatkan badan selepas penat seharian, lokasi yang dekat dengan shopping mall, boleh consider Imperial Heritage Hotel Melaka.
Namun, jika anda rasa nak spend lebih banyak masa berehat di dalam hotel sambil menonton televisyen dengan bilik ber-karpet, nak hidangan breakfast yang lebih sedap, serta perlukan swimming pool untuk hiburan anak-anak, better cari hotel lain. Imperial Heritage Hotel Melaka kurang sesuai untuk anda.
Sarapan Pagi Sedap di Kak Ida’s Kitchen Masjid Tanah, Melaka