Sebelum ini kalau nak pergi bercuti menaiki kapal terbang lebih dari 3 hari, antara perkara yang dirisaukan ialah nak naik apa pergi ke KLIA atau KLIA2?
Bukan apa, kami mempunyai ‘pengalaman ngeri’ kena charge mahal oleh pemandu teksi di tengah malam. Kisah tersebut nanti kita cerita kemudian.
Sebelum itu, nak kongsikan pengalaman naik GrabCar pergi balik KLIA yang sangat berbaloi baru-baru ini.
Pengalaman Naik GrabCar Pergi Balik KLIA Yang Berbaloi
2 minggu lepas, Alhamdulillah kami dijemput menjadi tetamu Allah, untuk menunaikan Umrah. Pakej umrah kami dilengkapi dengan ziarah ke Jordan terlebih dahulu. Kami naik Royal Jordanian Air.
Penerbangan hari pertama ke Amman Jordan ialah pada hari Isnin, jam 11:55 malam. Kerana kami travel dalam kumpulan, jadi perlu berada di KLIA seawal jam 8 malam. Hari bekerja, peak hours orang balik kerja pula, memang tak boleh nak minta tolong sesiapa hantarkan. Jarak rumah kami ke KLIA pula lebih kurang 45 minit. Boleh pengsan nak bayar harga teksi.
Antara Uber dan GrabCar, kami pilih naik GrabCar. Ambil GrabCar Premium, risau luggage kami tak muat bonet. Ada 4 beg besar + 2 backpack semuanya. Dapat naik Starex. Luas, dan selesa.
Rasa macam naik kereta sendiri (tapi kami tiada Starex tau, hehe) aje. Bezanya kita boleh berehat, orang lain yang drive kan. Layanan pemandu GrabCar pun mesra. Memang puas hati lah.
Lebih kurang jam 8:30 malam kami tiba di KLIA. Paling best naik GrabCar pergi balik KLIA ini ialah, tambang GrabCar (Economy) untuk Lembah Klang flat-rate iaitu RM65 sahaja. Tak kisahlah dari arah mana. Cuma perlu tambah bayar duit tol sahaja. Alhamdulillah, smooth sangat perjalanan.
Tambahan lagi, tak perlu pening nak fikir berapa RM charge parking kereta. Hehe.. 😀
Daftar akaun grab kali pertama – – – > Register Grab, diskaun hingga RM3
Naik GrabCar Dari KLIA Penyelamat Kami Di Awal Pagi
Cerita naik GrabCar pergi KLIA tue biasa-biasa aje. Nothing special.
Namun, apa pilihan yang ada sekiranya kita tiba di KLIA pada waktu yang tak diketahui? Bagaimana nak pulang ke rumah dengan cara paling mesra poket?
Inilah yang kami lalui pada hari nak berangkat pulang ke Malaysia.
Mulanya, penerbangan dari Jeddah ke Amman on time seperti yang dijadualkan. Namun, setibanya di Queen Alia International Airport, Amman, penerbangan ke KLIA yang sepatutnya bertolak jam 2:25 pagi, terpaksa ditunda kerana kabus sangat tebal. Airport closed sementara.
Tiada waktu yang pasti, bila kapal terbang boleh berlepas. Semuanya bergantung kepada cuaca. Selagi kabus masih tebal, selagi itulah kami tersadai di Airport. Maka, kami pun tidur bergelimpangan di lantai airport. Inilah view kami jam 8 pagi, bertemankan breakfast free dari airport. Tebal kan kabus?
Kawan-kawan yang mulanya minta kaum keluarga jemput di KLIA, terpaksa cancel. Ada yang terlepas connecting flight, terpaksa beli tiket baru.
Jadual asal, patutnya tiba di KLIA jam 7:30 malam hari Jumaat. Selepas hampir 10 jam sangkut di Amman Airport, akhirnya kami selamat tiba di KLIA jam 4 pagi hari Sabtu.
Haaa, siapalah yang sanggup nak tunggu ketibaan kita di tengah-tengah pagi itu kan?
Tunggu luggage keluar, setengah jam. Tunggu air zam zam lagi 15 minit. Akhirnya, hampir jam 5 pagi baru kami keluar dari balai ketibaan tue. Di sinilah servis GrabCar amat diperlukan.
Buka sahaja apps GrabCar. Pilih destinasi, tekan “Book”. Tak sampai 2 minit pemandu GrabCar dah tiba di depan kami. Kali ini kami pilih GrabCar (Economy), dan dapat naik Toyota Vios. RM65 sahaja + tol.
Alhamdulillah, ketika azan Subuh berkumandang, kami selamat tiba di rumah.. 😀
Pengalaman Tak Best Sampai Airport Selepas Tengah Malam
Ini ‘pengalaman ngeri’ yang kami ingat sampai sekarang. Kejadian pada tahun 2009. Flight dari Langkawi ke LCCT delay lebih kurang 2 jam. Jadi kami tiba di LCCT lebih kurang jam 1 pagi.
Tahun 2009, belum ada lagi GrabCar atau Uber. Nak naik kereta sendiri pun tak muat sebab ada 4 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Masa pergi ke LCCT, kami minta tolong kawan hantarkan. Dan memang dah rancang nak ambil teksi bila balik nanti.
Masa tue kami stay di Bandar Baru Nilai. Jarak ke LCCT dalam 15-20 minit sahaja.
Tahu tak berapa kami kena charge? RM200 tau. Nangis tak berlagu tau…
Kalau pergi berdua, mungkin kami akan lepak minum kopi sampai Subuh. Memandangkan bawa kedua-dua ibu dan ada 2 orang anak kecil, bertabah lah bayar walaupun mahal (sangat!).
Dapat sedikit diskaun, tak ingat berapa. Tapi, tetap mahal tau. Sampai sekarang pun tak lupa.
Promosi Kadar Rata RM65 Naik GrabCar KLIA dan KLIA2
Sejak dari ‘peritiwa ngeri’ itu, kami bawa kereta sendiri dan letak kereta di LCCT atau di KLIA jika nak terbang ke mana-mana. Pernah parking di LCCT selama 4 hari 3 malam, dan juga parking di KLIA selama 3 hari 2 malam. Kedua-duanya tak sampai RM200 pun.
Paling mahal kami pernah bayar untuk sewa letak kereta ialah masa trip ke Italy November 2015. Masa tue tak kenal GrabCar dan Uber lagi. Ke memang belum wujud?
Jumlah perjalanan selama 9 hari. Ini kalau parking kat KLIA boleh pengsan, hehe. Jadi, hasil survey, kami parking di Hotel Sama-Sama KLIA. Tak ingat jumlah sebenar, tapi, tak sampai RM250 pun untuk 9 hari. Lagipun, puas hati sebab luggage kami banyak, dan boleh drive balik bila-bila masa.
Kenangan betul lah. Punyalah seriau kena charge mahal di tengah malam, terus decide nak drive dan parking sendiri aje ke airport, setiap kali travel dengan kapal terbang. Maklumlah tempat tinggal kami nie tiada kemudahan train. Nak taknak kena naik kereta, atau teksi, atau minta ihsan kawan-kawan. Hihi..
Sekarang tak perlu risau lagi. Naik GrabCar aje ke KLIA. Flat-rate RM65 uols, murah sangat!
Belum ada akaun GrabCar?
Jom daftar di sini, dan dapat diskaun sehingga RM3 juga tau… 😉
Arnie,
Harap dapat travel keliling dunia, menikmati keindahan dunia ciptaan Allah.