Sebelum ini bila travel kami hanya bergantung dengan kemudahan WiFi percuma yang ada di airport, restoran, bilik hotel dan juga di dalam bas. Takut nak roaming data sebab risaukan hidden charges, ataupun over charges sebab sendiri terlebih pakai tanpa sedar.
Namun, ada ketikanya kita perlu gunakan data tapi tak berada di lokasi WiFi percuma. Haa masa tue, mulalah menyesal teramat sebab tak ada data sendiri.
Gambar ini dalam Platinum Shopping Mall di Bangkok, ketika tunggu suami solat di surau tingkat 5.
Sejak tue, setiap kali melancong ke luar negara, data bagaikan satu perkara yang wajib bagi kami kerana dengan adanya data smartphone, ia sangat memudah dan melancarkan perjalanan ketika travel.
Pengalaman Guna Pocket Wifi di Luar Negara
Kali pertama sewa pocket wifi ini ketika travel ke Jepun, selama 8 hari 7 malam. Kami google pakej sewa pocket wifi terbaik yang ada di pasaran, dan bertemu dengan Samurai WiFi.
Puas hati sangat masa tue kerana 3 hari yang pertama kami berada di kawasan perkampungan, siap pergi ke Tateyama Kurobe Alpine Route yang dikenali sebagai Roof of Japan.
Data coverage tip top, walaupun berada di puncak pergunungan yang tinggi. Tak lagging langsung.
Jadi, untuk trip ke Bangkok, kami decide untuk sewa pocket wifi dengan Samurai Wifi juga.
Untuk pocket wifi Thailand, kadar sewa pocket wifi sehari ialah RM25, Unlimited Internet setiap hari. Kami pergi selama 4 hari, jadi total hanyalah RM100 sahaja.
Kelebihan pocket wifi ini ialah boleh digunakan sehingga 4 devices. Jadi, kami suami isteri berkongsi 1 pocket wifi yang sama. Mudah, dan paling utama menjimatkan!
Ada jugalah tanya Celcom untuk Pakej Roaming 7 Hari RM138. Tapi, macam kurang sesuai untuk kami yang travel ke Bangkok berdua, dan selama 4 hari sahaja. Untuk 2 orang dah jadi RM276.
Lebih baik sewa pocket wifi dengan Samurai WiFi, baru RM100 untuk 2 orang.
Pengalaman Guna Pocket WiFi di Bangkok
Alhamdulillah, sepanjang di Bangkok pocket wifi kami berfungsi dengan baik. Tak pernah lah tak dapat connection, sejak kami touch down di Don Mueang Airport.
Kami stay di Hotel Amari Watergate Bangkok. Kebetulan pula masa di hotel smartphone kami langsung tak boleh connect dengan wifi percuma hotel. Tak pasti kenapa. Pocket wifi inilah penyelamat bumi! Hehe..
Malah, masa berada di tempat tertentu, kami boleh buat FB Live beberapa kali dengan lancar. Nak update gambar ke FaceBook, nak WhatsApp call keluarga di Malaysia pun ok. Jangan lupa bawa travel adaptor untuk re-charge bateri. Kalau tak bawa, charge aje guna Power Bank.
Berbaloi sangat lah sewa pocket wifi Samurai WiFi bila travel ke Bangkok nie.
Kami sangat recommend anda yang nak travel ke Bangkok berdua suami isteri, mahupun dalam kumpulan kecil untuk sewa pocket wifi Samurai WiFi ini. Jimat dan lebih berbaloi jika berkongsi.
Untuk menempah pocket wifi Samurai yang best ini, klik sahaja di sini (klik). Recommended!
Have fun in Bangkok! 😉
Arnie
Bangkok Traveller, Nov 2018