Anda ada buka akaun SSPN-i ataupun SSPN-i Plus untuk anak-anak?
Tahu tak tentang peluang dapat insentif Geran Sepadan RM500 percuma?
Peluang dapat RM500 percuma akan berakhir pada 31 Disember 2018 ini. Mari kami kongsikan serba sedikit tentang Geran Sepadan RM500 (GS500). Sayang jika kita tak rebut peluang keemasan ini.
Peluang Dapat Geran Sepadan RM500 Percuma
Pelan simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus dijamin sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, dan sesuai untuk tujuan pendidikan dan penabungan. Pelbagai insentif tahunan diberikan kepada pelan simpanan SSPN-i.
Untuk tahun 2018, simpanan bulanan terkumpul berjumlah RM500 melayakkan penyimpan untuk mendapat simpanan tambahan percuma RM500 (GS500). Syarat-syaratnya ialah:
- Simpanan mana-mana bulan terkumpul RM500.
- Sah sehingga 31 Disember 2018 sahaja.
- Untuk anak-anak dari Darjah 1 hingga Darjah 6 sahaja (7 hingga 12 tahun).
- Hanya boleh dikeluarkan bila penerima manfaat berusia 18 tahun.
Walaubagaimanapun, menurut Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan, sehingga 21 Disember 2018 ini tidak sampai 180,000 orang yang telah membuka akaun SSPN-i untuk menikmati Geran Sepadan RM500, yang diperuntukkan kepada 500,000 orang.
Bagaimana Nak Dapatkan Insentif RM500 Percuma?
Ibu bapa dan penjaga tak perlu buat permohonan untuk dapatkan insentif ini.
Hanya perlu buka akaun atau buat penambahan simpanan SSPN, SSPN-i atau SSPN-i Plus minima RM500 sepanjang tahun 2018. Bila akaun simpanan dah cukup sekurang-kurangnya RM500, insentif Geran Sepadan RM500 akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun SSPN-i kita.
Ini contoh penyata akaun SSPN-i yang telah dikemaskini dengan Geran Sepadan Insentif RM500. Nama transaksi GERAN SEPADAN-GS500. Automatik masuk ke dalam akaun SSPN-i kita.
10 Sebab Mengapa Perlu Ada Akaun SSPN-i Plus
Kedua-dua akaun SSPN-i dan akaun SSPN-i Plus ini patuh syariah. Untuk mengetahui perbezaan kedua-dua akaun SSPN-i ini, boleh baca di sini >>> Beza akaun SSPN-i dan akaun SSPN-i Plus.
Ini pula 10 sebab mengapa anda perlu ada akaun SSPN-i Plus:
- Simpanan dijamin oleh kerajaan.
- 6 pilihan pakej simpanan bulanan mampu milik.
- Pelepasan cukai melebihi RM6,000.
- Dividen yang kompetitif. Pada tahun 2017, dividen SSPN1M ialah 4%.
- 2 manfaat dalam 1 matlamat. Simpanan dan Takaful.
- Perlindungan serta merta, tiada pemeriksaan kesihatan.
- Cabutan WOW! SSPN-i Plus setiap tahun, bernilai RM2 juta.
- Simpanan mudah melalui potongan gaji atau autodebit.
- Produk simpanan di hati masyarakat. Lagu 3 Kupang SSPN oleh Didi & Friends.
- Boleh dibuka untuk diri sendiri bagi rakyat Malaysia yang berumur dari 18 hingga 65 tahun.
Tak kisahlah akaun SSPN-i mana satu menjadi pilihan anda, yang penting kita konsisten menabung setiap bulan, dan tabungan ini beri manfaat maksimum kepada kita sekeluarga. Insya Allah…
Sempat lagi rebut insentif Geran Sepadan RM500 percuma sebelum 31 Disember 2018. Jom? 😀
Arnie
Mari menabung.