Next Gen One Utama, Taman Tema ‘Edutainment’ Tertutup yang pertama di Malaysia! Taman permainan ini mempunyai 4 tingkat dengan keluasan kawasan permainan 45,000 kaki persegi, serta 5 zon menarik – Entertainment, Enrichment, Experience, Engagement & Empowerment.
Baru sahaja di buka pada September 2022 lepas, taman tema ini adalah tempat terbaik untuk semua peringkat, baik kanak-kanak, remaja mahupun dewasa untuk bermain dan berhibur.
Maklumlah, negara kita Malaysia panas sepanjang tahun, jadi bila ada taman tema tertutup macam ini, just nice untuk anak-anak beraktiviti. Kalau tiba-tiba hujan lebat pun tiada masalah.
Harga Tiket Next Gen One Utama
“Alaa hujung tahun nie mesti mahal sebab cuti sekolah”, mesti anda fikir begitu kan?
Of course, mana-mana taman tema pun harga sedikit mahal pada waktu puncak macam cuti sekolah.
Namun, memandangkan Next Gen Theme Park ini baru dibuka, walau harganya di naikkan sedikit terutama harga Weekend/ Superday (berbanding harga opening), promosi Next Gen untuk bulan Disember 2022 ini boleh dikatakan masih berbaloi tau.
Harga dewasa RM55 (weekday RM38), harga kanak-kanak 3-12 tahun RM45 (weekday RM28), manakala Pas Keluarga (2 Dewasa + 1 Kanak-kanak) RM145 (weekday RM99).
*Percuma 12 Token Arked & 500ml Nextgen Hand Sanitizer
Memandangkan cuti sekolah bermula 10 Disember, untuk bulan 12 ini anda dapat menikmati harga murah (weekday) sehingga 9 Disember sahaja tau. Jom ke sana sementara harga tiket masih murah nie. Tiket boleh terus beli di kaunter berhampiran pintu masuk NextGen, masih belum ada sistem belian tiket online.
Kami dah confirm kan dengan NextGen, mulai 12 Disember-Isnin, harga tiket NextGen ialah harga Weekend/ Superday. Dah boleh lah kira bajet siap-siap.
Kebetulan 12 Disember hari cuti umum bagi Selangor (sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor pada 11/12/2022-Ahad), dan juga permulaan cuti sekolah hujung tahun 2022.
Best Ke Taman Tema NextGen One Utama?
Kami akan kongsikan pengalaman kami sekeluarga di NextGen Themepark di lain entri, Insya Allah.
Alamat: S603 – S610, 2nd Floor, 1 Utama E,1 Utama Shopping Centre
Next Gen Theme Park beroperasi dari jam 10 pagi – 10 malam, sama dengan waktu operasi One Utama.
Nak ke sana? Sampai One Utama, terus naik ke tingkat 2, cari kedai Lego. Dari situ dah boleh nampak entrance ke NextGen. Jangan lupa pakai stokin siap-siap. Enjoy! 😉