Sekiranya anda melancong ke Bangkok, shopping tue sudah tentulah. Namun, tak lengkap rasanya jika anda tidak melawat ke pelbagai tempat bersejarah di Kota Bangkok.
Dengan senibina yang sangat cantik dan unik, dan keluasan yang tak terlarat kaki nak jalan, The Grand Palace Bangkok ialah salah satu tempat wajib lawat sekiranya anda melancong ke Bangkok.
Yuran masuk hanya 500 baht untuk pengunjung dari luar. Percuma untuk rakyat Thailand.
A Trip to Grand Palace Bangkok
Kami ke sini menaiki bas. Ini pemandangan dari luar menuju ke pintu masuk Grand Palace.

Masuk je ke dalam, sementara belakang masih clear, kita ambil gambar dulu. Kami datang kira awal pagi juga, sebab kalau lewat sikit aje bertambah sesak lah kawasan dalam ini penuh dengan pengunjung.
Ini pun boleh nampak beberapa bendera group tourist guide di belakang kami.

Senibina bersejarah kerajaan Siam yang cantik.

Bangunan ini antara attraction place yang popular di sini, The Royal Pantheon.

Ini pula bangunan Chakri Maha Prasat Hall yang dibina pada tahun 1877.

Kita boleh lihat asas binaannya macam bangunan kolonial British, namun bumbungnya macam senibina Siam. Ini kerana, bangunan ini menggabungkan senibina Thailand dan British. Sangat unik!
Video 2 minit Trip ke The Grand Palace Bangkok
Jom tengok suasana live di dalam kawasan The Grand Palace Bangkok dalam video ini. Tak lama pun, 2 minit je. Nanti anda ada idea what’s happening inside…
Haa cantik kan? Jujurnya, kami tak habis pusing pun The Grand Palace ini sebab tempatnya sangat luas.
Boleh lihat pelan tapak ini. Atau, lihat peta lengkap di sini.

Kebetulan masa tue dah tengah hari, dengan panas teriknya, kami decide untuk pusing di sekitar attraction place utama sahaja – Temple of The Emerald Buddha dan The Royal Pantheon (Prasat Phra Thep Bidorn).
“Buddha is not for decoration. Respect is Common Sense”
Diingatkan, di larang sama sekali mengambil gambar ketika anda berada di dalam Temple of The Emerald Buddha. Kita hormat agama dan kepercayaan orang lain.
Jangan Lupa Booking Pocket WiFi ke Bangkok
Tak semua tempat ada WiFi percuma di Bangkok. Masa trip kami ke Bangkok nie, hanya hotel sahaja yang menyediakan WiFi percuma. Kat mana-mana negara pun sama je kan.

Jadi, lebih baiklah anda bersedia lebih awal dengan menyewa Pocket WiFi siap-siap dari Malaysia. Macam kami pilih untuk guna Samurai Pocket WiFi ketika travel ke Bangkok.
Pengalaman Guna Pocket Wifi ketika Travel ke Bangkok
Boleh booking online, dan ambil device pocket WiFi ini di kiosk Samurai Wifi yang ada di KLIA / KLIA2. Pulang sahaja ke Malaysia, terus singgah semula untuk pulangkan device yang di sewa. Mudah, kan?