Suka makan udang? Anda wajib datang dan cuba makan Mee Udang Banjir Tanjung Karang nie!
Terletak di Tanjung Karang, Selangor, lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Anda boleh ‘waze’ sahaja “Mee Udang Banjir Tanjung Karang” untuk ke kedai ini. Boleh spot dengan mudah kerana kedainya terletak di tepi jalan besar. Signboard pun jelas dan boleh nampak dari jauh.
Mee Udang Banjir Udang Saiz XXL
Seperti namanya, mee udang dengan kuah yang pekat ini sememangnya dibanjiri dengan udang. Bukan calang-calang saiznya, besar, fresh dan sedappp sangattt!
Paling tak tahan tue, walaupun saiz udangnya besar, udang yang dihidangkan bukan seekor tau.
Bukan dua, bukan 3, tetapi 4 ekor XXL! Memang puas makan. Harga pun amat berpatutan.
Haa mana nak jumpa mee udang yang betul-betul mewah udang macam nie?
Kalau di Shah Alam, Bangsar ataupun Kuala Lumpur, semangkuk mee nie mau jadi RM20+!
Bagi yang datang dari jauh, jangan risau. Di sebelah kedai mee udang banjir nie ada masjid. Jadi, anda boleh terus bersihkan diri dan solat di sini. Ada juga pengunjung yang parking di kawasan parkir masjid. Kiranya, tak perlu risau tentang parking juga.
Menu Lain di Mee Udang Banjir Tg Karang
Kali pertama kami datang ke sini sekitar hujung tahun lepas, menu yang ada hanyalah mee udang banjir sahaja. Tak pasti lah ketika itu memang kedai hanya ada menu mee udang sahaja atau kebetulan menu lain sudah habis dan tiada chef nak masak.
Minggu lepas, kebetulan balik dari Penang dan tak lalu Plus highway sebab dari Taiping ke Ipoh jammed teruk. Kami ikut jalan dalam dan lalu jalan ini. Of course lah ambil peluang untuk singgah lagi. Sebab kalau sesaje nak datang dari rumah ke sini, 1 jam lebih juga lah perjalanan.
Wahh kali ini sudah panjang senarai menunya. Dah ada menu mee sotong, nasi goreng dan lain-lain juga. Harga dah naik sikit berbanding last year, tapi still worth it laa dengan saiz udang yang dihidangkan & kesedapan mee udang nya. Boleh tengok menu & senarai harga mee udang banjir di sini…
So, selain dari Mee Udang Banjir, kali nie kami cuba Nasi Goreng Udang (4 ekor XXL). Basically, nasi goreng yang dihidangkan dengan 4 ekor udang goreng tepung bersaiz XXL. Pun sedap!
Tapi, kalau anda kali pertama datang ke sini, confirm lah kena try Mee Udang Banjir nya dulu!
Tiada kompromi, haha.. Jangan risau, confirm sedap! 😉