Tokyo Disney Resort – Tokyo Disneyland dan Tokyo DisneySea merupakan 2 tempat wajib singgah di kalangan pelancong ke Jepun. Bukan sahaja kanak-kanak, malah dewasa juga turut sama excited nak masuk ke dua taman tema popular ini. Ada banyak attractions yang best!
Tokyo DisneySea terutamanya, merupakan satu-satunya DisneySea di seluruh dunia. Ya, hanya di Jepun. Di negara asal Disney pun tiada. Alang-alang sampai di bumi Jepun, jejakkanlah kaki ke sini.
Bagi pelancong Muslim, kegusaran utama pastinya ialah bagaimana nak cari makanan Halal?
Tak seronoknya seharian di taman tema tanpa makan makanan berat.
Makanan Halal Muslim Friendly di Tokyo Disney Resort
Alhamdulillah, berita gembira buat semua Muslim. Kini anda boleh menikmati makanan Halal di restoran Red Lobster, Tokyo Disney Resort. Sumber artikel asal dari fooddiversity.today.
Red Lobster cawangan Maihama Ikspiari ini menawarkan 3 juadah lazat mesra muslim yang berikut:
(1) Beef Bowl (Gyudon) – Semangkuk nasi berlaukkan daging & bawang yang lazat.
(2) Butter Chicken Curry – Semangkuk nasi dan kari ayam butter.
(3) Vegetable Penne
Info lanjut mengenai makanan Halal yang ditawarkan di Red Lobster:
Polisi Makanan Mesra Muslim:
- Kami tidak mempunyai sijil Halal daripada pihak ketiga.
- Dapur kami tidak eksklusif untuk makanan Halal.
- Kami menggunakan bahan-bahan yang disahkan Halal sahaja untuk menu mesra muslim.
- Peralatan dapur eksklusif untuk menu mesra muslim.
- Peralatan meja turut digunakan untuk menu lain, dan tidak eksklusif untuk menu mesra muslim sahaja. Walaubagaimanapun, kami akan menghidangkan peralatan pakai buang seperti cawan, garfu, pisau dan chopstick di atas permintaan.
Lokasi Restoren Red Lobster, Tokyo Disney Resort
Restoran Red Lobster ini terletak di dalam IKSPIARI (3F), berhadapan dengan Tokyo Disneyland.
Sekiranya anda datang dari arah train station, ia terletak lebih kurang 2 minit jalan kaki daripada Resort Gateway Station (Disney Resort Line), atau 7 minit jalan kaki daripada Stesen Maihama (JR Keiyo Line).
- Alamat: RED LOBSTER. 1-4 Ikspiari 3F, Maihama, Urayasu, Chiba Prefecture, 279-0031.
- Nombor telefon: +81-47-712-7650
- Waktu perniagaan: 11 pagi – 11 malam.
- Red Lobster turut tersenarai di dalam Halal Gourmet Japan.
Owh ya, sebelum ke Jepun, order pocket Wifi dulu tau. Senang nak berjalan di sana.
Baca lanjut >>> Pengalaman guna Pocket Wifi Samurai Wifi di Jepun
Sekiranya anda berada di Tokyo Disney Resort, jangan lupa singgah makan di Red Lobster!