Rindunya nak ke Jepun lagi. Negara Jepun nie ibarat macam rumah kedua kami.
Walau jauh di mata, sentiasa dekat di hati. Apa-apa yang berlaku di negara matahari terbit tue, mesti nak ambil tahu juga. Baik dari segi teknologi terkini, makanan sedap, tempat menarik, bencana alam, kisah artis sehinggalah ke bab politik pun kami tetap nak follow.
Tapi apakan daya, dengan Covid-19 sekarang ini, bukan setakat nak keluar negara, nak rentas negeri pun adakala tak dibenarkan. Sekali sekala bila rindu Jepun, selain dari tengok drama Jepun di Netflix, atau dine in di mana-mana restoran makanan Jepun, kami singgah ke Family Mart.
Konbini Popular di Negara Jepun
Kenapa Family Mart? Ya, walaupun ada banyak di negara Korea juga, Family Mart sebenarnya convenience store (orang Jepun panggil konbini) yang berasal dari negara Jepun. Bukan Korea tau.
Family Mart merupakan di antara konbini yang popular di Jepun, selain dari 7 Eleven, Lawson, Yamazaki Daily dan lain-lain lagi. Ia juga merupakan antara konbini yang paling banyak pilihan makanan halal.
Suatu ketika dulu ketika menetap di sana, 7 Eleven Jepun tak banyak pilihan makanan halal. Boleh kira berapa kali je kami masuk dalam 7 Eleven nie. Tiada apa sangat yang boleh dibeli selain dari air. Biasanya kami masuk Family Mart atau Lawson aje. Kini Alhamdulillah, dah makin banyak pilihan untuk Muslim
Makanan Halal di 7 Eleven Jepun, Produk 7 Eleven
Bagi membantu anda membeli makanan halal bila masuk ke 7 Eleven, di sini kami kongsikan beberapa pilihan makanan halal. Ini ialah keluaran eksklusif 7 Eleven, jadi hanya boleh didapati di 7 Eleven sahaja.
(1) 7 Eleven Shrimp Cutlet with Sauce Sandwich
Halal Japan call manufacturer pada 22/10/2020. Ia bebas dari bahan tidak halal.
Ini ialah produk bakery tempatan. Untuk pasaran 7 Eleven di sekitar Kanagawa-ken dan area Tokyo sahaja. Sila periksa ingredients & nama pengeluar jika anda jumpa sandwich yang sama di kawasan lain.
(2) 7 Eleven Boiled Egg with Tuna & Bonito Flakes
Halal Japan call manufacturer pada 22/10/2020. Ia bebas dari bahan tidak halal.
Ini ialah produk bakery tempatan. Untuk pasaran 7 Eleven di sekitar Shikoku (iaitu Kagawa-ken, Tokushima, Kochi & Ehime) sahaja. Sila periksa ingredients & nama pengeluar jika anda jumpa di kawasan lain.
(3) 7 Eleven Premium Grilled Shake
Halal Japan call manufacturer pada 22/10/2020. Ia bebas dari bahan tidak halal.
Tips: Ikan shake (di sebut “sha-kei”) premium di panggang. Beli ikan ini dan nasi putih. Panaskan dalam microwave di dalam 7 Eleven tue, dan boleh terus di makan. Sedap sangat ikan shake nie, recommended!
(4) 7 Eleven Grilled Saba Rice
Halal Japan call manufacturer pada 17/10/2020. Ia bebas dari bahan tidak halal.
Tips: Set ini datang bersama nasi, tak perlu berasingan. Siap ada sedikit sayur lagi (side dishes). Ikan saba (di sebut “sa-ba”) ini juga sangat popular di kalangan penggemar ikan di Jepun. Wajib cuba!
(5) 7 Eleven Apple Bread
Halal Japan call manufacturer pada 19/10/2020. Ia bebas dari bahan tidak halal.
(6) 7 Eleven Plain Yogurt
Halal Japan call manufacturer pada 21/10/2020. Ia bebas dari bahan tidak halal.
(7) 7 Eleven Butter Cookies
Halal Japan call manufacturer pada 14/10/2020. Shortening, majerin dan emulsifier adalah dari sumber tumbuhan. Ia bebas dari bahan tidak halal.
(8) 7 Eleven Chocolate Chip Cookies
Halal Japan call manufacturer pada 14/10/2020. Shortening, majerin dan emulsifier adalah dari sumber tumbuhan. Ia bebas dari bahan tidak halal.
(9) 7 Eleven Macadamia Nut Cookies
Halal Japan call manufacturer pada 19/10/2020. Ia bebas dari bahan tidak halal.
(10) 7 Eleven Almond Chocolate Ice Cream
Halal Japan call manufacturer pada 19/10/2020. Ia bebas dari bahan tidak halal.
Makanan Tidak Halal di 7 Eleven Jepun
“Roti kosong tabur gula je pun, takkan tak halal kot?”
Pasti anda terkejut, makanan yang nampak macam halal, tapi sebenarnya ada sumber syubhah dan haram, terutamanya berasaskan khinzir. Lebih mengejutkan kerana bahan ini tidak dinyatakan di label.
Contohnya, pada label dinyatakan marjerin sahaja. Bila check dengan pengeluar, rupa-rupanya marjerin yang digunakan dari sumber lemak khinzir. Jadi, kita hanya boleh tahu bila hubungi terus pengeluar makanan untuk pengesahan.
(1) 7 Eleven Sugar Twist Bun (Non Halal)
(2) 7 Eleven Mini Chocolate Croissants (Non Halal)
(3) 7 Eleven Cinnamon Rolls (Non Halal)
(4) 7 Eleven Baked Cheese Cakes (Non Halal)
(5) 7 Eleven Zaru Udon (Non Halal)
(6) 7 Eleven Pasta Salad Tuna (Non Halal)
Makanan & Minuman Halal Lain di 7 Eleven Jepun
Berikut pula ialah senarai makanan dan minuman halal bukan keluaran 7 Eleven, tetapi ada di jual di 7 Eleven. Boleh juga di dapati di konbini lain, vending machines dan pasaraya di seluruh Jepun.
Kiranya, kalau tak masuk ke 7 Eleven sekalipun, jika anda jumpa kat tempat lain, boleh lah beli.
Ada banyak lagi sebenarnya, tapi kami kongsikan makanan & minuman halal popular ajelah dulu. Boleh dikatakan, antara favourite pelajar dan rakyat Malaysia di sana, especially soba & udon tue.
Jika anda nak beli dan bawa balik sebagai souvenir pun ok sangat. Moga info ini bermanfaat!
Nota: Segala info makanan halal ini adalah sahih dari fanpage Halal Japan. Mereka telah menelefon terus pengeluar setiap produk untuk mengesahkan status halal bahan. Follow page mereka untuk info lanjut.