Lexis Hibiscus Port Dickson Percutian Idaman Keluarga | Kali pertama tahu tentang Lexis Hibiscus Port Dickson ini daripada seorang teman, hati terus terpaut melihat keindahan bilik dan landskap nya. Semua bilik resort dibina di atas laut. Paling jatuh hati sebab ada private pool.
Rupa-rupanya, masa itu Lexis Hibiscus Port Dickson masih lagi dalam peringkat pembinaan. Ada tawaran pakej ‘Opening Soft Deal’ bagi customer terawal. Tanpa membuang masa, sepantas kilat kami buat tempahan bilik Lexis Hibiscus Premium Pool Villa untuk 3 hari 2 malam.
Bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson
Kami ke Lexis Hibiscus Port Dickson pada awal bulan Mei 2015. Ketika itu, hanya bilik di bahagian daun (leaf) dan 2 kelopak (petal) bunga raya sahaja yang baru di buka. Lain-lain bilik di kelopak bunga raya, termasuklah bilik di Tower masih lagi under construction.
Executive Pool Villa di bahagian daun. Manakala Premium Pool Villa di bahagian kelopak bunga raya. Nombor bilik kami 185, di kelopak bunga Raya pertama (warna biru laut dalam Master Plan).
Haaa adventure kan perjalanan kami, walau sekadar dari Main Tower ke bilik hotel aje, hehe…
Walaupun nampak agak lengang dan kosong, kerana banyak construction in progress di sana sini, namun boleh tahan ramai juga pengunjung pada hari tersebut. Sedikit pun tak ganggu mood bercuti.
Lexis Hibiscus Port Dickson Percutian Idaman Keluarga?
Kami berani katakan bahawa Lexis Hibiscus Port Dickson merupakan percutian idaman setiap keluarga kerana 7 sebab berikut:
(1) Biliknya sangat luas. Ada 2 King Bed yang selesa. Sesuai untuk keluarga yang besar. Tak perlu susah payah tempah katil tambahan untuk anak. Kalau anak ramai, dan katil sedia ada tidak mencukupi, bawa aje comforter sendiri dari rumah.
(2) WIFI percuma di setiap bilik. Ada juga TV dengan pelbagai pilihan rancangan berbayar. Sesuai bagi yang tak suka mandi pool, dan hanya mahu berehat di dalam bilik.
Tengoklah TV tue, ‘dipancarkan’ dari dalam dinding, luar biasa sungguh. Masa mula-mula masuk tercengang-cengang juga sebab cari TV tak jumpa. Hehehe…
(3) Private pool di setiap bilik. Ini poin paling utama, hehe… Jadi, anak-anak boleh mandi keriangan pagi, petang, siang, malam, tanpa perlu berebut ruang dengan orang lain.
Bagi wanita dewasa, aurat lebih terpelihara kerana kita mandi bersama ahli keluarga sendiri sahaja.
(4) Mudah untuk monitor anak-anak, kerana mereka di depan mata sahaja. Kita boleh dengar jerit sorak mereka dari dalam. Tak perlu susah payah tukar baju setiap kali mereka nak mandi pool.
(5) 2 bilik air lengkap dengan 1 shower dan 1 tandas. Jadi, tak perlu berebut giliran.
(6) 2 buah kerusi dan meja disediakan di luar, untuk si ibu atau nenek duduk beristirehat sambil mengait atau membaca novel.
Nak update blog pun boleh, WIFI percuma kan ada. Amboi ahkak, cuti-cuti pun nak blogging ke…
(7) Ada bilik sauna di sebelah swimming pool. Sesuai untuk si ayah atau datuk bersantai.
Kesimpulannya, semua ahli keluarga dari kecil, sampailah ke besar, ada ruang sendiri untuk melakukan aktiviti kegemaran masing-masing. Yang pastinya, boleh buat macam rumah sendiri.
Haa betul kan kami cakap, Lexis Hibiscus Port Dickson ini sesuai untuk seisi keluarga? 😀
Tips Booking Lexis Hibiscus Port Dickson Dengan Harga Jimat
Harga bilik di Lexis Hibiscus Port Dickson nie nampak macam mahal, kan.
Hakikatnya, ada banyak travel web yang buat offer murah-murah untuk 1 malam di Lexis Hibiscus tau. Kena pandai cari je. Cuma, kalau nak buka satu-satu laman web tue memang jenuh.
Tips paling mudah untuk cari harga bilik Lexis Hibiscus yang jimat ialah, gunalah AGODA!
Dah banyak kali kami cuba compare harga dari laman travel yang lain, tapi pusing-pusing nanti mesti pilih harga di Agoda juga. Mudah, murah dan jimat masa. Cubalah!
Jom Bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson
Akhir sekali kami belanja anda gambar matahari terbit pagi hari dari balkoni bilik kami. Cantik sangat! Terpegun tengok ‘lukisan’ secantik ini, sampai tak sedar 30 minit berlalu pergi…
Tips cepat cari harga bilik Lexis Hibiscus Port Dickson yang murah di Agoda
Ok, jom bercuti dengan anak-anak tersayang di Lexis Hibiscus Port Dickson cuti sekolah nanti. Anda pasti tersenyum lebar melihat wajah riang anak-anak mandi pool sepuas-puasnya… 😉
Mommy Blogger,
Arnie Samsudin
ada juga merancang percutian bersama keluarga ke sini. tapi bila tengok harga bilik 1 malam, berfikir juga 2-3 kali. hehehe
ceritaejoy.com
Mujur kami sempat grab pakej Openig Soft Deal dulu tue.. Kalau sekarang kena tunggu tabung ayam penuh dulu, hehehe…
arniesamsudin recently posted…Lexis Hibiscus Port Dickson Percutian Idaman Keluarga
itulah..ada juga baca cerita blogger yang dapat tawaran harga murah waktu itu..takpelah..tunggu tabung besi penuh, baru boleh bercuti ke sana..hehehe
haffizuliskandar recently posted…Apakah perancangan cuti hari Malaysia anda?
Wahhh, syoklah ada tabung besi, masyukkk tue, hehe… 😀
arniesamsudin recently posted…District 21 Taman Tema Apocalypse IOI Mall Putrajaya