Laksa dan Cendol Sedap Seksyen 7 Shah Alam Belakang Unisel | Di Shah Alam ada banyak tempat makan cendol sedap. Selalu je nampak ramai yang share di FaceBook. Tapi biasalah, mesti lupa nak simpan lokasinya. Bila teringin nak makan cendol sedap, barulah gigih google.
Seronoknya kalau dapat makan cendol yang sedap, terutama ketika cuaca panas, kan.
Laksa dan Cendol Sedap Seksyen 7 Shah Alam
Dah lama nampak gerai cendol nie, setiap kali kami datang makan Mee Bandung Johor sedap di Medan Selera Anjung 7 Shah Alam, belakang Unisel. Geram jer tengok ramai orang makan cendol, siap bersila atas rumput lagi. Cabarannya, kami tak tahu nak masuk dari jalan mana nak ke situ.
Jadi, dah bertahun-tahun pun dok pandang aje gerai nie dari kejauhan. Hehe..
Sehinggalah baru-baru nie, macam biasa teringin nak makan cendol sedap lagi. Teruslah teringat dengan gerai cendol yang dah lama dok usha tue. Jadi, kami usaha jugalah untuk cari jalan supaya kereta boleh sampai ke situ. Alhamdulillah, senang je jumpa jalan.
Haa lawa kan food truck cendol nie? Kami ingatkan gerai biasa aje tau. Sebab kalau tengok dari bawah, dari arah Medan Selera Anjung 7 belakang Unisel tue, tak nampak jelas food truck hijau nie.
Bayar Parking MBSA di Shah Alam dengan Smart Selangor Parking
Cendol Pulut, Cendol Tapai & Cendol Durian
Dari kejauhan dah boleh nampak ramai yang beratur panjang. Tapi, tak tunggu lama sangat pun sebab servis pantas dan superb. Ada cendol biasa, cendol pulut, cendol tapai dan cendol durian.
Kami order 2 mangkuk cendol biasa + 1 mangkuk cendol durian.
Cendol nya sedap! Tak terlalu manis, dan tak terkurang manis. Rasa cendol, just nice. Isi dalamnya, selain cendol hanya ada kacang merah. Walau tiada jagung dan aksesori lain, cendolnya tetap sedap.
Laksa Utara Jitra Mai
Sebelum ini, ingatkan ada cendol aje tau. Bila tiba di destinasi, baru tahu ada jual laksa utara juga. Apa lagi, gembiralah kami seisi keluarga yang sememangnya ‘hantu laksa’ nie… 😛
Kami order 5 mangkuk laksa. 2 mangkuk laksa biasa (lengkap semua bahan), 2 mangkuk laksa tanpa sayuran (ada mee, telur dan kuah sahaja), dan 1 mangkuk laksa kosong tanpa sayuran dan kuah (ada mee dan telur sahaja). Suka hati je kan. Beginilah bila ada anak ramai, dengan bermacam selera.
Laksa nya pun sedap! Mi laksa banyak, kuah laksa pun pekat ikannya. Owner tak kedekut langsung.
Nak kata terlalu sedap tue taklah, sebab kami pernah makan laksa utara yang lebih sedap dari ini. Tapi, boleh makan dengan gembira lah. Sekejapan je licin semangkuk laksa, tak toleh kiri kanan dah. Serius!
Makan Laksa dan Cendol di bawah Pokok
Dah namanya pun beli laksa dan cendol dari food truck kan, jadi tempat makan pun sempoi aje.
Owner food truck ada sediakan banyak bangku merah. Jadi, terpulang kita cari tempat nak makan di bawah pokok. Kalau bangku dah habis, pandai-pandailah bersila di atas rumput, dan hirup cendol, sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Lepak beramai-ramai dengan kawan-kawan pun syok.
Selain dari rasa laksa dan cendol yang sedap, harga pun sangat berpatutan. Jumlah 5 mangkuk laksa, 2 mangkuk cendol biasa & 1 mangkuk cendol durian ialah RM26 sahaja.
Ehh, murah sangat nie… Terkejut sangat sebab biasanya harga semangkuk laksa lebih kurang RM5. Kalau minta laksa kosong pun tetap dikira sama harga macam laksa biasa. Iya lah, air kosong pun dikenakan bayaran, kan. Inikan pula semangkuk mi laksa dan telur rebus.
Rupa-rupanya, owner tak kira harga ‘laksa kosong’ tue. Percuma aje. Alhamdulillah, rezeki anak-anak…
Inilah dia budak yang suka makan ‘laksa kosong’ tue. Muka happy sungguh, dapat ‘laksa kosong’.
Terima kasih uncle, belanja saya. Semoga di murahkan rezeki selalu, Aamiinnn…
Doa dari si peminat cilik ‘laksa kosong’, ikhlas buat Uncle ‘Jitra Mai’ berdua… 😀
Arnie Samsudin
Ikhlas. Bukan paid review.
nilam himawari says
fuyoooooooo pekat gila laksa tuuuuu
Apa pun terjah Nil ye ada something Join la jommmmm
SEGMEN BLOGWALKING EXCHANGE LINK NH
JOM JOINNNNN…. ada hadiah ada followers.. ada komen.
http://nilamhimawari.blogspot.my/2016/09/segmen-blogwalking-blog-exchange-link-nh.html
arniesamsudin says
Ok Nil, kami terjah sekaranggg… 😀
sabree hussin says
Sepanjang saya duduk Shah Alam sebelum ni, tak pernah pulak jumpa food truck macam ni. Setiap hari ada niaga ke ni ho ho
arniesamsudin says
Mungkin mereka baru beli food truck nie, sebab truck nya pun berkilat lagi, hehe… Kalau tak silap sebelum nie mereka guna motor aje, cubalah sekali, sedap tauuu…