Pernah beberapa kali bercuti di Johor Bahru. Dalam banyak-banyak hotel di JB, KSL Hotel & Resort merupakan hotel favourite kami sekeluarga, yang biasanya travel dengan anak kecil.
Keunikan KSL Hotel & Resort JB ini dari hotel yang lain ialah kerana diintegrasikan dengan KSL Shopping Complex dan juga Taman Tema Dinosaur. Sangat sesuai untuk percutian keluarga.
Tips Nak Cari Entrance Lobi KSL Hotel & Resort JB
Jika ini kali pertama anda nak ke KSL Hotel & Resorts JB, anda mungkin akan sedikit sesat untuk mencari lobi hotel. Biasanya hotel mempunyai bangunan sendiri sahaja. Jadi, straight away boleh tahu lokasi lobi hotel di mana. Sebaliknya, KSL Hotel & Resorts ini ada shopping complex di bawah nya.
Jadi, masa kali pertama sampai kami tak jumpa pintu masuk utama ke lobi. Terpaksa pusing bangunan sekali lagi, terus masuk ke parking di tingkat 5. Dari situ, kami turun lif untuk ke lobi, check in dan minta bantuan staf hotel untuk ambil bagasi kami di kawasan parking.
Ini tips nak cari main entrance lobi untuk first-timer KSL Hotel & Resort JB.
Sampai sahaja di hadapan entrance shopping mall, perhatikan di bahagian kiri anda. Ada Coffee Bean di sebelah entrance. Jalan terus. Entrance yang pertama ini ialah pintu masuk ke shopping mall.
Beberapa meter ke hadapan, akan nampak Starbucks dan satu lagi entrance. Di sinilah pintu masuk utama ke lobi hotel. Jadi, keyword nya ialah cari Starbucks. Confirm jumpa jalan ke lobi. Turunkan bagasi dan penumpang di sini untuk check in. Pusing semula bangunan untuk naik ke parking hotel pula.
Hotel Terbaik Untuk Percutian Keluarga di JB
Kami booking bilik Superior Triple di Agoda.com. Sesuai untuk 3 orang dewasa, ada 1 Queen Bed + 1 Single Bed. Bilik memang cantik lah, sama seperti gambar di bawah ini. Boleh klik gambar untuk info lanjut.
Kelebihan KSL Hotel & Resort JB ini untuk keluarga dengan anak kecil semestinya sebab ada taman tema sendiri, Dinosaur Water Park. Masuk percuma untuk yang menginap di hotel ini.
Waktu masuk ke Taman Tema Dinosaur ini sehingga ke jam 7 petang sahaja. Tepat jam 7 petang, semua attractions akan berhenti berfungsi. Tapi tak apa, anak-anak boleh sambung mandi di kolam renang hotel pula. Yang ini tiada had waktu. Tahan tak tahan ajelah dengan kesejukkan air.
Satu lagi kelebihan hotel ini, pastinya KSL Shopping Complex. Ada barang yang terlupa bawa ke hotel? Turun sahaja ke bawah, dan shopping macam biasa. Kedai makan pun banyak, tak perlu drive keluar hotel.
Di ground floor ada TESCO. Jadi bolehlah beli kudap-kudapan pada harga biasa. Bila duduk hotel nie kan selain dari berehat, mesti nak enjoy makan bersama keluarga. Di lobi hotel ada kedai kecil yang jual makanan ringan juga, tapi agak mahal. Standard harga hotel lah. Baik re-stock makanan di TESCO aje.
KSL Hotel & Resort Dekat Dengan LEGO Land
Asalnya kami rancang nak ke Legoland Malaysia. Tapi, taknak masuk ke Legoland Water Park sebab kesuntukkan masa. Tambahan pula ada anak kecil yang tak boleh nak enjoy semua attractions kat dalam Theme Park tue. Rugi tiket je nanti. Jadi, kami beli Annual Awesome Pass ke Legoland sahaja.
Dinosaur Water Park di KSL Hotel & Resort JB lah menjadi pengganti kepada Legoland Water Park. Tengok jarak dari Legoland ke KSL hotel pun tak sampai setengah jam. Terus kami booking 3D2N.
Jika tak ambil buffet breakfast hotel, on the way ke Legoland tue anda boleh singgah sarapan pagi di Restoran Mak Engku, Taman Bukit Indah. Sedap dan harga pun berpatutan. Kami tak ambil gambar pula, tapi anda boleh google atau Waze aje. Sebelah kedai makan ini ada 7-Eleven.
Alang-alang di Johor Bahru, kalau nak makan Kacang Pool, boleh ke Restoran Kacang Pool Haji Larkin yang famous tue. Kedai makan ini bukan on the way ke Legoland, tapi dalam 8-10 minit aje dari hotel. Sempat aje kalau nak singgah breakfast sekejap. Recommended Kacang Pool dan Lontong Basah.
Untuk makan malam, boleh cuba Restoran Sup Tulang ZZ Johor Bahru. Sedap, harga berbaloi, dan suasana santai nya sesuai untuk keluarga dan anak kecil. Selamat bercuti di JB!
Arnie
Travelling turns you into a storyteller.
Ealyie Jaslan says
Next time boleh try makan lauk-pauk pantai timur kt Warung Pokok Ceri, berdepan dengan Hotel Puteri Pan Pacific & Pesada Johor beb.. ☺️
– ealyie
arniesamsudin says
Tenkiu info nya, bebe! Next time ke JB boleh try situ pulak.. JB ada banyak tempat makan sesedap kan, cuma kami2 nie tak tahu je.. kena kawan2 recommend baru berpeluang nak try, hihi.. 😉
arniesamsudin recently posted…KSL Hotel & Resort Percutian Keluarga Terbaik di Johor Bahru