Kami bertolak dari Queen Alia International Airport sekitar jam 6 pagi, selepas solat Subuh. Ada 2 bas yang disewa khas untuk tour group kami, terus ke Petra yang terletak di Ma’an, selatan Jordan. Kami berhenti sarapan pagi di New Jerusalem Rest House, dan tiba di Petra lebih kurang jam 10 pagi.
Ketika taklimat tentang lawatan ke Petra Jordan, kami diberitahu bahawa suhu di Petra agak sejuk kerana bulan Januari masih musim sejuk di Jordan. Oleh itu, kami turut dibekalkan dengan winter jacket, untuk sesuaikan diri dengan suhu di Petra nanti.
Petra, Dead Sea, Gua Ashabul Kahfi dan Makam Nabi Shuaib ialah antara destinasi menarik yang kami lawati di Jordan, sebelum bergerak ke Madinah dan Mekah untuk menunaikan Umrah.
Kembara Red Rose City Petra Jordan Di Musim Sejuk
Setibanya di Petra, sinaran matahari di luar agak terik. Kami fikir, mesti tak berapa sejuk.
Namun, sebaik sahaja jejakkan kaki di luar bas, Ya Allah sejuk sangat! Terus menggeletar satu badan.
Walaupun sinaran matahari panas terik, tapi angin yang bertiup kuat menyebabkan rasa sejuk luar biasa. Serius nak bercakap pun tak mampu, menggigil ok. Nak zip winter jacket pun terketar-ketar tangan.
Sinaran panas matahari menyebabkan mata silau. Angin kuat pula menyebabkan badan menggigil kesejukkan, dan debu tanah gurun berterbangan. Gabungan ini menyebabkan kami bungkus badan setebal mungkin bagi panas, dan perlu pakai sunglasses untuk menikmati perjalanan.
Harga Tiket Masuk Ke Petra Jordan
Tiket nak masuk ke Petra ini berharga JD 50 (Jordan Dollar), untuk 1 hari 1 malam.
Kami ke Petra pada 10 Januari 2017. Tukaran wang Ringgit Malaysia ke Jordan Dollar waktu ini agak mahal. 1 JD lebih kurang RM6.25. Lebih mahal dari duit Euro tau. Jadi, tiket untuk kami berdua suami isteri bernilai lebih kurang RM625. Pengsan! Alhamdulillah kami dapat trip percuma.
Tips penting. Duit JD tidak bernilai di Malaysia. Menurut tour guide kami, jika ada lebihan JD, dan nak tukar semula ke duit RM, nilainya akan merosot hampir 50%. Sesetengah money changer di Malaysia, tak terima pun duit JD. Jadi, lebih baik habiskan segala duit JD yang ada di Jordan.
Jika anda akan menunaikan Umrah selepas kembara di Jordan, boleh tukar siap-siap JD ke Saudi Arabia Riyal. Tukaran JD ke Riyal lebih berbaloi berbanding tukar matawang RM ke Riyal.
Apapun pilihan, tak perlu bawa pulang JD ke Malaysia tau. Kecuali, suka nak simpan JD buat kenangan.
Pilihan Naik Unta Atau Kereta Berkuda di Petra Jordan
Masuk sahaja ke dalam Petra, kita boleh terus berjalan kaki sehingga ke The Treasury tanpa perlukan tour guide pun. Jalan terus sahaja. Cumanya jarak perjalanan agak jauh, lebih kurang 7 km ulang alik, dan sedikit berbukit. Maka, perlukan stamina yang tinggi.
Bagi individu yang ada kekangan nak jalan sendiri, ada pilihan untuk naik unta atau kereta berkuda. Kalau tak silap, kos naik unta dalam JD10, dan kereta berkuda dalam JD20.
Tips penting. Anda wajib tanya betul-betul harga sewa unta dan kuda tue berapa JD?
Adakah dah masuk duit tips orang yang mengendali kuda atau unta tersebut?
Kisah benar yang terjadi pada sahabat kami yang naik kereta kuda. Sebelum naik, person in charge kuda kata harganya termasuk duit tips. Tapi bila dah turun dari kereta kuda, pengendali kereta kuda tue minta tips. Person in charge dan pengendali kereta kuda tue orang yang berlainan.
Kami pilih untuk jalan kaki sahaja. Lebih selesa nak dengar penerangan dari tourist guide, baca setiap signboard yang ada, dan lebih mudah untuk ambil gambar. Di sebelah kak Arnie yang pakai kasut light brown itulah tourist guide kami, Jordanian yang boleh berbahasa Inggeris dan Indonesia.
Sejarah Kaum Nabatean di Petra Jordan
Petra ialah sebuah kota bersejarah, dan diiktiraf sebagai tapak arkeologi dunia. Petra, atau Al-Batra di dalam bahasa Arab, berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud batu. Ia dibina dari seni pemotongan batu oleh kaum Nabatean, iaitu kaum yang bangkit selepas kaum Tsamud.
Kaum Tsamud merupakan umat Nabi Saleh, yang bermula dari Mada’in Saleh, di utara Madinah. Mengikut sirah, kaum Tsamud mengingkari ajaran Nabi Saleh dan dibalas dengan azab yang amat dahsyat, sehingga menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.
“Dan satu suara keras yang mengguntur menimpa orang yang zalim. Mereka mati bergelimpangan di rumahnya. Seolah-olah mereka belum pernah tinggal di tempat itu. Ingatlah, sesungguhnya kaum Tsamud mengingkari Tuhan mereka. Ingatlah kebinasaan bagi kaum Tsamud.” (QS. Huud: 67-68).
Nabatean merupakan kaum arab Badwi yang mengembara di gurun Arab. Pada abad ke-6 hingga ke-4 sebelum masehi, mereka dipercayai telah pindah ke Barat Daya Arab, yang kini dikenali sebagai Jordan.
Kerajaan Nabatean menjadikan Petra sebagai pusat pemerintahan mereka. Kaum Nabatean juga merupakan pedagang yang hebat, menjadikan Petra sebagai tapak laluan perdagangan mereka, dan menguasai dunia sebelum kebangkitan empayar Rom.
Sejarah dan Perjalanan Di Dalam Red Rose City Petra
Sepanjang perjalanan kami melalui lembah yang agak sempit, sedikit berbukit dan licin. Batu di kiri kanan juga berwarna oren kemerahan. Sebab itu jugalah Petra mendapat nama gelaran Red Rose City.
Terlalu banyak sejarah tentang kaum Nabatean yang diceritakan oleh torist guide, sampai ada yang tak sempat kami hadam infonya. Jadi, kami snap aje beberapa signboard yang menerangkan tempat ini.
Secara ringkasnya, kaum Nabatean mahir dalam senibina batu, dan merupakan jurutera air yang hebat hingga boleh membina laluan air dari Wadi Musa ke Petra. Di dalam Petra ini ada banyak tinggalan kuil dan makam untuk kaum Nabatean. Pokok ini pun ada kisahnya, tapi kak Arnie lupa lah… 😛
Kota Petra mula hilang dari peradaban manusia selama 500 tahun, sejak berakhirnya Perang Salib pada abad ke-12 Masihi. Dikatakan terdapat satu kejadian gempa bumi kuat yang merubah Petra, dan jadi punca Petra dilupakan. Menurut ahli arkeologi, masih ada 80% lagi tinggalan Petra yang belum digali.
Petra dijumpai semula oleh Johann Ludwig Burckhardt pada tahun 1812, dan kini menjadi salah satu tempat pelancongan utama di Jordan.
Petra telah dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007, dan menjadi Tapak Warisan UNESCO sejak tahun 1985. British Broadcasting Corporation (BBC) turut memilih Petra sebagai satu daripada “40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati”.
Pengalaman Berada Di The Treasury Petra
Di antara struktur yang popular di Petra ialah The Treasury (dalam bahasa arab, Al-Khazneh) dan The Monastery (dalam bahasa arab, Ad Deir). Di sebabkan kekangan masa, kami hanya berjalan sampai ke The Treasury sahaja. Inilah pemandangan kami selepas keluar melalui siq.
The Treasury semakin popular selepas menjadi lokasi filem Indiana Jones pada tahun 1989.
Melihat The Treasury Petra di depan mata, buat kami terpegun dengan kesan sejarah dan sirah Nabi. Tentang satu dunia lain yang belum di terokai. Struktur yang telah dibina berabad lamanya belum lagi jatuh ke bumi, masih utuh berdiri, supaya kita sebagai hamba-Nya berirfikir tentang kekuasaan Allah.
Di hadapan The Treasury ini ada kedai mini yang menjual cenderamata, makanan dan minuman ringan. Jangan risau kalau tak cukup duit Jordan, sebab mereka terima kredit kad tau. Sedap betul dapat minum secawan kopi panas di tengah lembah sejuk ini. Terima kasih kawan, belanja kami.
Masa kami pergi nie ada 1 tandas sahaja, warna hijau dalam gambar di atas. Jadi, kena beratur panjang jugalah kalau kebetulan ramai orang. Maklumlah angin sejuk betul. Asyik nak ke tandas aje.
Berada di sini buat diri rasa seperti berada di dunia lain. Sama macam masa berada di dalam Collosseum Rome tahun lepas. Meremang bulu roma. Sukar nak tafsirkan dengan kata-kata.
Menjejakkan kaki ke Petra, dan berdiri di hadapan The Treasury ini bagaikan mimpi buat kami. Banyak kisah dan pengajaran yang dipelajari dari kisah kaum Nabatean, sirah Nabi Salleh, sirah Nabi Musa dan sirah Nabi Yusya’ Bin Nun. Sungguh, Jordan adalah bumi para Anbiya’ yang penuh sejarah.
Petra merupakan antara tempat yang kami ingin lawati, dan pelajari sejarahnya. Masa kecil dulu dapat tengok di dalam rancangan Jejak Rasul sahaja. Memang masuk dalam bucket list dah.
Tak sangka, betul-betul dapat sampai ke sini. Alhamdulillah… 😀
Arnie Samsudin
Petra, Jordan @ 10 Jan 2017.
Ernie WII says
Bestnya… Jordan salah satu negara yang saya teringin nak pergi. Bila agaknya dapat ke sana ye.. Thank you for this sharing 🙂
Ernie WII recently posted…Tips Memohon Biasiswa MyBrain15
arniesamsudin says
Samalah kita, teringin sangat nak ziarah ke Jordan masa kecil dulu. Semoga impian tercapai, ya.. 🙂
arniesamsudin recently posted…Ziarah Gua Ashabul Kahfi Tempat 7 Pemuda Ditidurkan 309 Tahun
azimah mohd zainuddin says
Best tengok gambar percutian yang ditaja ni. Dan pertama kali komen blog yang ni….
azimah mohd zainuddin recently posted…Tips Seterika Baju Batik Crepe
arniesamsudin says
Insya Allah satu hari nanti Zimah akan rasai percutian sebegini juga, pasti boleh… 😉
arniesamsudin recently posted…Ziarah Gua Ashabul Kahfi Tempat 7 Pemuda Ditidurkan 309 Tahun