Di sebabkan sedikit frust promosi kasut sekolah Yonex tak sampai-sampai lagi di Aeon Mall Shah Alam dan Aeon Mall Bukit Tinggi, jadi semalam kami terus menghala ke jualan gudang kasut Bata di Kapar, Klang.
Kebetulan kami memang berada di Aeon Bukit Tinggi, sebab ada urusan di Celcom Blue Cube.
Bila tengok di area jualan baju sekolah di Jusco tue, tiada bayang promosi murah kasut sekolah Yonex, terus angkat kaki dan laju-laju bergerak ke Bata Warehouse Clearance nie.
Jualan Gudang Kasut Bata Warehouse Sale 2016
Masuk-masuk je ke kat dalam gudang kasut Bata tue, Ya Allah speechless. Bukan kasut sekolah anak je yang ada, tapi kasut dan beg untuk ibu ayah pun ada. Di pintu masuk gudang lagi mata dah dihidangkan dengan lambakan kasut Primavera. Kak Arnie istighfar panjang okey, hehe… 😆😆😆
Harga kasut bermula dari harga RM5. Kalau tak kuat iman memang rasa nak borong semua.
Tapi, cepat-cepat kembali berpijak di bumi yang nyata, dan terus menuju ke area kasut sekolah. Jauh di belakang pula tue tempat kasut sekolah, menguji keimanan sangat. Buat-buat tak nampak aje kasut yang ohsem kiri kanan. Marketing strategy sungguh tau, kilang Bata nie.
Ok, fokus-fokus. Harga kasut sekolah secara purata RM20. Kualiti pun mantap lagi.
Jenama kasut sekolah pula ada Bata, B.First, Elsa, Upin Ipin, North Star dan lain-lain. Paling kak Arnie tak sangka sebab jumpa kasut Upin Ipin dan Elsa tue. Bertuah sangat kalau dapat jumpa harga RM20 sepasang di luar. Rezeki si kakak, ada saiz untuk kasut Bata Elsa sepasang.
Berkenan sangat dengan kasut hitam nie, berkilat. Takda kanvas langsung. Tapi anak-anak kami pakai kasut sekolah warna putih. At last, beli juga sepasang untuk kegunaan si kecil nak masuk kindergarden tahun depan. Kalau anak anda pakai kasut sekolah hitam, berbaloi sangat grab kasut nie. Cantik!
Primavera, Power, Nike dan New Balance Pun Ada Sale
Untuk mak-mak ada kasut dan handbag Primavera. Kasut Primavera dari harga RM29.
Untuk bapak-bapak pula ada kasut sukan jenama Power, dari harga RM40. Nak yang mantap lagi, ada juga New Balance dan Nike pada harga RM100. Kasut kasual dan kasut untuk ke pejabat pun ada.
Ehh korang datang dan tengok sendiri aje lah nanti. Hihi.. 😆😆😆
Jualan gudang kasut Bata nie sampai 2 Jan 2017. Tapi, faham sendiri lah, bila dah lewat-lewat nanti, mungkin sukar sedikit nak jumpa saiz kasut idaman. Cepat-cepat serbu ya, ibu ayah.
Masjid Jamiul Hasaniah 150 Meter dari Gudang Kasut Bata
Dari arah Bukit Tinggi Klang, lebih kurang 150m sebelum sampai ke gudang kasut Bata tue, ada masjid. Jadi, kalau anda datang dari jauh, atau luar Selangor, tak perlu risau. Boleh solat di sini dahulu.
Kami berhenti solat Zuhur dahulu di sini, sebab dah boleh agak, confirm lama punya lah kat dalam jualan gudang kasut Bata tue nanti. Sambil doa banyak-banyak, supaya fokus untuk cari dan beli kasut sekolah anak aje. Janganlah hati goyah nak beli barang-barang yang tak perlu pula. Ouch!
Alhamdulillah, kami keluar gudang kasut Bata dengan belian 5 pasang kasut sekolah untuk anak-anak sahaja. Kejayaan besar sungguh rasanya, sebab berjaya kawal hati dari lari fokus. Hihi..
Okey lah, nanti kalau nak datang ke sini, cari aje di Waze, “Kilang Bata Kapar, Klang”.
Silakan share artikel ini kepada kawan-kawan yang memerlukan. Semoga kita dapat bantu ibu ayah lain berjimat, walaupun sedikit. Yeay! 😀 😀 😀
Mommy Blogger,
Follow Arnie Samsudin di FaceBook untuk pelbagai tips ohsem dan updates terkini.