Anda tahu tak, sekarang McDonald tengah buat promosi, Iced Kopi Susu McCafe percuma tau. Kadang-kadang, McD buat road-tour dengan van, distribute free Iced Kopi Susu McCafe nie kepada orang ramai.
Tapi, jika McD tak buat road-tour kat lokasi anda pun ok je, jangan risau. Anda boleh redeem Iced Kopi percuma melalui McD apps. Tak payah bayar pun Iced Kopi Susu tue, order, redeem & collect sahaja.
Serius, kami yang jarang-jarang beli McDonald pun dah 2 kali redeem kopi susu McCafe nie.
Cara Redeem Iced Kopi Susu McCafe Percuma
Biasanya kami redeem untuk sarapan pagi. Sambil layan anak-anak request nak makan McD untuk breakfast hujung minggu, kita redeem teruslah Iced Kopi Susu McCafe percuma nie.
- Buka McD apps. Klik, Order.
- Pilih “At Restaurant”. Sebab promo ini untuk self-collect aje, bukan delivery.
- Pilih lokasi McD pilihan anda. Biasanya apps akan auto-select branch terdekat.
- Pilih makanan & minuman macam biasa. Add to cart.
- Pergi ke Reward, pilih “FREE McCafe BELANJA Kopi”. Add to cart.
- Pilih “Checkout now”. Confirm order. Pilih “Takeaway”. Lastly, klik “Place order and pay now”.
- Tunggu nombor dipanggil. Collect order, termasuk Iced Kopi Susu McCafe percuma.
Untuk menu sarapan pagi di McDonald’s, selain dari set yang ditawarkan, anda boleh juga pilih Mix & Match, yang berharga dari rm6.50 ~ rm7. Boleh gabung Burger + Hashbrown, atau Burger + air seperti Americano, Teh O dan Teh Tarik. Menu Rahmah pun ada. Chicken Burger + Iced Lemon Tea @ RM5 sahaja.
Best nya guna apps McD nie, kita boleh kumpul points setiap kali pembelian. Points nie kita boleh guna untuk redeem promotions, deals, termasuklah burger, air, fries & McFlurry percuma.
Sumbangan McDonald Malaysia Kepada Palestine
Baru-baru ini McD Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi tentang sumbangan mereka untuk Palestine.
McDonald’s Malaysia sahkan Sumbangan ke Dana Kemanusiaan Palestin
McDonald’s Malaysia mengesahkan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin yang baru dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Langkah ini adalah selaras dengan hasrat murni kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.
Baca lanjut kenyataan McD dalam artikel di atas. Masih nak boikot McD? Terpulanglah.
Namun, perlu ingat bahawa ada ramai anak tempatan yang mencari rezeki dengan bekerja di semua cawangan McD di Malaysia. Ini termasuklah mereka yang kelainan upaya. McD merupakan antara rangkaian restoran yang aktif beri peluang pekerjaan kepada orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia.