Jepun merupakan antara negara yang terkenal sebagai syurga makanan. Ada banyak makanan original tempatan, dari harga paling murah hingga harga paling eksklusif ada di sana.
Hampir setiap stesen keretapi ada kedai mee soba & udon (Eki Soba). Anda boleh singgah makan di sini macam touch & go. Ini kerana biasanya kedai makan ini kecil sahaja, meja dan kerusi terhad. Penduduk Jepun menikmati soba & udon ini sambil berdiri. Dalam 10-15 minit dah selesai makan.
Anytime rasa lapar, singgah sahaja mana-mana convenience store 24 jam. Macam-macam ada. Mee segera, nasi dan lauk pauk pun ada. Panaskan sahaja di dalam ketuhar, dan boleh terus makan di situ.
Kedai Makanan Halal di Jepun
Bila bercerita tentang melancong ke Jepun, 2 perkara yang menggunakan banyak duit ialah kos pengangkutan dan makanan. Jika anda travel seorang atau berdua, mungkin tiada masalah. Namun, bila anda travel ke Jepun dengan anak-anak atau keluarga yang besar, sila rancang sebaiknya.
Sebagai Muslim, pastinya kita risaukan di mana nak cari makanan halal di Jepun.
Sekarang dah ada banyak kedai makanan halal di Jepun. Contohnya, ada Restoren Red Lobster di Tokyo Disneyland, dan wagyu halal di Restoran Yakiniku Panga, Tokyo. Cuma, harganya boleh tahan. Secara purata, satu hidangan berharga 1,000+ yen. Kena pejam mata, dan jangan convert ke RM, ok?
Nak jimat, bawa sahaja pes segera dari Malaysia, beli barang basah di sana, dan masak sendiri di tempat penginapan anda. Jadi, penting untuk cari penginapan yang membenarkan anda untuk masak.
Bagi yang duduk di hotel, jangan pula anda masak dalam bilik hotel. Beli sahaja nasi dan lauk-pauk di konbini (convenience store), minta tolong staff konbini panaskan, dan anda nikmati sahaja lah.
Harga Barang Basah di Jepun, Mahal Tak?
Jika anda tak sempat nak cari kedai barang basah halal pun tak apa, pergi sahaja ke pasaraya biasa dan belilah seafood. Ini contoh beberapa harga barang basah di Jepun.
(1) Ikan Sardin sepeket 100 yen sahaja. Jika anda travel dengan keluarga besar, sepeket ikan sardin ini mencukupi untuk sekali makan seisi keluarga.
(2) Ikan Salmon sepeket 4 keping, 399 yen. Kiranya, 1 keping Salmon berharga lebih kurang 100 yen. Murah sangat. Goreng boleh, grill aje pun sedap.
(3) Sepeket kecil Sotong Kurita (Tako) serendah 260 yen sahaja. Tako inilah bahan utama di dalam Takoyaki, yang semakin popular di Malaysia sekarang. (*Tako = sotong kurita, Yaki = bakar).
(4) Sepeket udang kecil, 275 yen sahaja. Buat Tom Yam pun sedap nie. Udang besar ini pula biasanya digunakan untuk hidangan Ebi Tendon (Tempura Udang @ udang goreng bersalut tepung).
(5) Sayur-sayuran pun boleh tahan murah di sana. Anda boleh beli kobis di bawah harga 100 yen.
(6) Alang-alang di Jepun, cubalah rasa pelbagai cendawan yang segar-segar di sana. Favorite kak Arnie ialah Enokitake (cendawan Enoki), cendawan putih kecil dengan batang halus panjang-panjang tue.
Percaya tak, harga barang basah sekarang ini sama sahaja dengan harga barang basah masa kak Arnie menginap di Jepun sekitar awal tahun 2000 dahulu. Dah hampir 20 tahun, namun harga barang basah di sana masih tak berubah. Harga air tin/ botol di vending machine pun masih kekal sama.
Wajib Tengok Rancangan Makanan di TV Jepun
Inilah hasil belian barang basah di pasaraya, makanan laut dan kobis. Kita campur aje semua dengan pes Tom Yam. Shhh, rare sungguh tomyam ada kobis, hehe… Bila di luar negara nie, ape pun boleh.
Nasi tue beli yang dah siap masak di konbini. Panaskan dalam ketuhar, dan sedia untuk dimakan.
Jika anda melancong ke Jepun, cubalah tonton rancangan TV nya. Mereka rajin buat program seperti “Top 10 tempat makan ramen yang sedap”, “Top 5 kedai kek popular di Tokyo”, dan lain-lain.
Walaupun tak faham bahasa Jepun, kak Arnie yakin anda pasti terhibur tengok expression mereka menikmati sesuatu makanan, dan kegigihan mereka beratur panjang 2-3 jam tunggu giliran di luar kedai makan (terutama yang popular dan sedap). Rakyat mereka sangat supportive.
Owh, jangan lupa sewa pocket WiFi sebelum travel ke Jepun. Happy food hunting di Jepun! 😀