FamilyMart ialah antara rangkaian kedai serbaneka (convenience store) 24 jam yang popular di Jepun, dan merupakan rangkaian kedai serbaneka 24 jam kedua terbesar di Jepun selepas 7-Eleven .
Di Jepun kita panggil kedai serbaneka macam FamilyMart (FamiMa) ini sebagai ‘konbini’ (Japanese コンビニ), dipinjam dan diubah suai dari perkataan asal bahasa Inggeris, ‘convenience’.
FamilyMart mudah dijumpai di mana-mana. Ini kenangan kami di FamilyMart Takayama.
Walaupun di Jepun ada banyak convenience store 24 jam seperti 7-Eleven, Lawson, Daily Yamazaki dan lain-lain, FamilyMart di antara convenience store 24 jam popular, terutama di kalangan pelajar Malaysia.
FamilyMart Kedai Serbaneka 24 Jam Popular di Jepun
Semasa tinggal di Jepun dahulu, lokasi FamilyMart di tempat kami berada di laluan untuk ke universiti. Boleh dikatakan hampir setiap hari jugalah singgah ke FamilyMart.
Singgah untuk fotostet bahan belajar, keluarkan duit dari mesin ATM, beli top up kredit telefon untuk buat panggilan ke Malaysia, dan adakala singgah suka-suka untuk cuci mata.
Ada macam-macam makanan dan minuman yang sedap (dan Halal) di FamilyMart.
Minuman dibahagikan kepada 2 bahagian, minuman sejuk (label biru) dan minuman panas (label merah). Dalam gambar ini contoh minuman panas (atatakai) – pelbagai teh dan kopi.
Makanan pun ada banyak, dari makanan berat hinggalah ke makanan ringan. Ini section makanan berat seperti bento nasi, udon, soba, onigiri, sandwich dan kek.
Makanan ringan seperti keropok, coklat, roti dan gula-gula ada di rak berasingan.
Coklat di Jepun sangat sangat sangat sedap. Haa sampai 3 kali sangat tue, punyalah sedap!
Syurga coklat! Tapi, hati-hati tau sebab ada juga coklat yang tak Halal (ada lemak haiwan).
Makanan paling popular di FamilyMart di kalangan masyarakat Jepun ialah Oden (gambar bawah).
Cara ambil Oden ini ialah ambil bekas cup di sebelah kiri, pilih makanan yang anda suka menggunakan senduk yang disediakan, dan kemudian masukkan sedikit sup rebusan.
Oden ini biasanya terletak di sebelah kaunter bayaran. Jadi, memang terpandang dan tergodalah tiap kali beli barang di konbini favourite nie. Makan panas-panas ketika musim sejuk, sedapnya lahai.
Tapi, kita telan air liur ajelah di sana. Hehe.. Sah-sah tak Halal.
FamilyMart di Jepun Ada Banyak Makanan Halal
Bukan semua makanan di dalam FamilyMart tue Halal tau. Jangan salah faham pula.
Namun, kalau nak dibandingkan dengan kedai serbaneka 24 jam lain di Jepun, FamilyMart paling banyak punyai makanan yang boleh dimakan oleh Muslim.
Contohnya, onigiri (nasi kepal dalam gambar). Walaupun sama onigiri ikan, di FamilyMart onigiri ikan nya tiada alkohol (Halal). Tapi, di kedai serbaneka lain, onigiri ikan nya ada alkohol (tidak Halal).
Hati-hati jika anda melancong ke Jepun, dan nak beli onigiri di sana. Pastikan anda baca betul-betul bahan asas onigiri tersebut. Download apa-apa apps tentang Halal Japan.
Di antara website tentang Halal Japan ialah Halal in Japan, Halal Media Japan dan Halal Gourmet.
Paling penting, jangan lupa sewa pocket Wi-Fi siap-siap juga, supaya sentiasa ada akses internet, dan mudahlah anda nak check apa makanan yang boleh dan tak boleh di makan ketika berada di Jepun.
Kalau dah mendarat di Jepun baru nak cari Wi-Fi, agak terlambat dah tue. Lebih-lebih lagi jika anda tak fasih berbahasa Jepun. Huru-hara nak baca signboard nanti. Sewa Wi-Fi di sana pun lebih mahal.
Apapun, seronok betul bila FamilyMart dah buka cawangannya di Malaysia. Jom serbu hari ini… 😉
3 Lubuk Rahsia Beli Barang Branded Dari Jepun Online Je