Apabila tiba cuti sekolah, ibu bapa biasanya akan merancang apakah aktiviti yang bakal dilakukan oleh si anak sepanjang bercuti. Kalau boleh, mahu masa cuti mereka di manfaatkan sepenuhnya.
Kami pun sama, sebolehnya nak elakkan anak-anak dari asyik menghadap gajet.
Jadi, musim cuti sekolah baru ini, kami memilih untuk membawa anak-anak ke District 21, Adventure Park bertemakan Apocalypse di IOI Mall Putrajaya. Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia.
Tiket District 21 Adventure Park Putrajaya
District 21 ini terletak di Tingkat 1, IOI City Mall, Putrajaya. Tiket masuk ada dijual di pintu masuk “Checkpoint”. Sebelum membeli tiket, pengunjung boleh tinjau dahulu keadaan di dalam District 21.
Ada 2 laluan pintu masuk berbeza iaitu untuk pemegang tiket, dan untuk pemerhati sahaja.
Tiket masuk ke District 21 pula terbahagi kepada 2 jenis:
- Pas Aktif (Active Pass): untuk individu yang akan bermain di dalam.
- Pas Tidak-Aktif (Non-Active Pass): untuk individu yang masuk ke dalam, tapi tak bermain.
Macam kami pergi 6 orang. Yang main hanya ayah, abang dan kakak. Ibu perlu jaga si kecil 2 orang tue. Jadi, kami beli 3 pas aktif, dan 3 pas tak aktif. Pemegang pas aktif dapat glove dan stokin percuma…
Harga tiket District 21 boleh rujuk di sini. Kedua-dua jenis tiket pun akan dipakaikan terus oleh staf di kaunter. Tak dibenarkan pakai sendiri. Selain itu, kita juga diberikan sepasang grip glove dan stokin.
Tarikan Di Taman Tema Apocalypse District 21
Ada 10 tarikan utama di District 21. Launch Pad, The Maze, Power Station, Tubby Ride, Go Pedal, Pump Track, Low Ropes, Sky Trail, Free Fall, dan Roller Glider.
Masuk sahaja, anak-anak terus serbu Launch Pad, melompat sepuas-puasnya. Nampak macam mudah dan seronok, tapi kalau tak warming up sebelum melompat, boleh pancit juga tau. Yang ini semua orang pun boleh main, termasuklah kami pembawa pas tak aktif nie (ibu, dan 2 orang anak bawah umur).
Di sebelah Launch Pad ini ada mini playground. Jadi, walaupun tak dapat sertai abang kakak buat aktiviti yang lasak, sekurang-kurangnya mereka tidak bosan, kerana boleh buat aktiviti sendiri.
Selesai melompat, anak-anak terus ke The Maze. The Maze nie macam Apocalypse sangat..
Mereka perlu melalui satu terowong panjang yang berliku-liku dengan ketinggian mencecah 10 meter dari lantai, mini gua, serta beberapa halangan kecil. Mula-mula bergelak ketawa seronok, sampai satu ketika nampak si kakak menggigil dan hampir menangis untuk teruskan cabaran. Si abang relaks aje.
Pernah tengok filem Divergent tak? Haa lebih kurang begitulah adventure di The Maze nie. Di hujung perjalanan, mereka perlu gelongsor dari atas ke bawah melalui paip kuning tue, dan timbul di bawah bas.
Muka-muka bangga para survivors yang dah berjaya melalui cabaran The Maze. Hehe.. 😀
Kemudian, mereka sambung ke Power Station. Di sini ialah kawasan untuk memanjat dinding yang tinggi. Nampak macam panjat dinding biasa aje, tapi sebenarnya, memerlukan kemahiran problem solving untuk menyelesaikan cabaran hingga sampai ke puncak dinding.
Dah penat buat aktiviti mencabar, mereka sambung ke Tubby Ride. Kat sini boleh feeling macam di oversea. Konon-konon naik tube sambil menyusur turun ke tebing yang penuh dengan salji.
Bezanya, tiada salji aje. Kihkih… Pastu bertabahlah menapak naik ke atas tarik tube semula.
Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang mencabar, tapi macam tak sesuai untuk anak-anak yang masih kecil nie. Baru sekolah rendah, badan pun kecil aje. Jadi, mereka sambung melompat di Launch Pad.
Ayah Pun Enjoy Bermain Di District 21
Bukan kanak-kanak aje, ayah pun enjoy sambung misi ketahanan fizikal dan mental di District 21. Hehe.. Mulanya, ayah ambil cabaran Sky Trail. Kita tengok dari bawah macam syok je tau…
Tapi sebenarnya, dia menggigil kat atas tue. Mana nak fokus tenaga untuk berjalan, mana nak hilangkan rasa gayat berada tempat tinggi. Bila kita menggigil dan hampir hilang fokus, automatik kita akan pegang benda keliling kita dengan kuat supaya nak elak dari jatuh ke bawah. Akibatnya, segala otot rasa sakit sangat lepas selesai aktiviti ini. Haaa cuba cari mana si ayah dalam gambar di bawah?
Saya cabar ayah mereka untuk naik Roller Glider, kerana dalam banyak-banyak attractions, ini kot yang nampak paling happening. Kita tengok dari bawah je pun dah rasa takut. Kalau naik sendiri, mau jerit non-stop! Tapi, ayah mereka akhirnya cuba Free Fall sahaja.
Yang ini pun dah cukup gayat katanya, maklumlah tak biasa buat. Roller Glider tue nanti-nantilah. Hihi… 😛
Aktiviti di Launch Pad, The Maze, Sky Walk dan Free Fall dalam video di bawah nie…
Secara keseluruhannya memang seronok sangat beraktiviti di sini. Taman tema District 21 nie bukan untuk kanak-kanak sahaja, orang dewasa pun boleh enjoy, terutama Sky Trail dan Roller Glider tue.
Sepanjang di sana, kita boleh keluar sekejap, contohnya untuk berhenti solat dan makan. Kemudian, masuk semula untuk sambung bermain. Jadi, lebih berbaloi duit yang dilaburkan kalau kita dapat alami sendiri kesemua attractions yang disediakan.
Akses Dari Luar ke District 21 Putrajaya
Bagi yang berada di luar Lembah Klang dan nak merasai keseronokkan di District 21 nie, ada 2 hotel yang dekat dengan IOI Mall Putrajaya. Hotel Marriott Putrajaya dan Palm Garden Putrajaya. Kedua-dua buah hotel nie memang betul-betul bersebelahan. Dari dalam IOI Mall pun boleh nampak.
Selain dari 2 hotel ini pun, ada pelbagai pilihan hotel lagi di sekitar Putrajaya dan Bandar Baru Bangi. Anda cari sahajalah di laman Agoda. Ada banyak tawaran bilik murah mengikut bajet kita.
Ini pula alamat penuh District 21. Kalau takut sesat, bolehlah tetapkan carian di aplikasi Waze.
District 21,
AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City,
62502 Putrajaya, Malaysia.
+603-8328 8888
Ok lah, jom ayah ibu, bawa anak-anak menguji ketahanan mental dan fizikal mereka di Taman Tema District 21. Kami yakin, seminggu berlalu pun anak-anak anda masih tak berhenti menceritakan keseronokkan mereka bermain di District 21 Putrajaya nie! Percayalah… 😉
Mommy Blogger,
Arnie Samsudin
Nampak best! Kalau bawa my boys mesti enjoy sakan
Mama Kembar 3 recently posted…Tips Memilih Kasut Sekolah
Memang best sangattt mama kembar 3. Confrim sampai dah nak habis cuti sekolah pun your boys non-stop bercerita tentang District 21 nie, hehe.. 😀
arniesamsudin recently posted…Jualan Gudang Kasut Bata Warehouse Sale Serendah RM5