Bagi pengguna lebuhraya utara selatan dari Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru, selain daripada berhenti makan di R&R Seremban, mari kami kongsikan satu tempat makan masak lemak cili api yang sedap, cukup pedas dan semestinya masakan Negeri Sembilan yang authentic.
Kedai makan ini terletak berdekatan dengan Plaza Tol Pedas Linggi Rembau. Jadi, anda perlu keluar sebentar dari PLUS highway di plaza tol ini. Tiba di simpang tiga nanti belok ke kanan, dan jalan terus sampai jumpa signboard Sabak Salai. Alah, tak jauh pun dari tol. Serius berbaloi singgah.
Restoran Sabak Salai Rembau Negeri Sembilan
Kedai yang di maksudkan ialah Sabak Salai yang terletak di Kampung Kundur, Rembau, Negeri Sembilan.
Sebenarnya, kami pun tak tahu yang kedai makan ini boleh tahan popular rupanya.
Kebetulan, on the way balik dari kampung, waze tunjuk jalan dalam melalui jalan Rembau ini dan susur keluar ikut tol Pedas Rembau. Dah berbelas tahun ulang alik balik kampung, first time lalu jalan ini.
Bila nampak banyak kereta bersusun berhenti di tepi jalan, dan tak dinafikan signboard Sabak Salai ini pun nampak sangat menarik. Cepat-cepat kami cari tempat untuk park kereta. Dah terlajak ke depan pun sebenarnya, gigih U-turn semula. Tak sia-sia pusing balik, memang sedap!
Daging Salai Masak Lemak Cili Api di Sabak Salai
Target kami, semestinya nak makan daging salai masak lemak cili api lah. Buka aje pintu kereta, perghhh semerbak bau daging salai. Asapnya tak kelihatan, tapi baunya bikin hati tak keruan.
Di antara produk Sabak Salai ialah ikan sembilang, burung puyuh, itik dan daging yang disalai dengan kaedah sabak. Jadi, selain daging salai, ada banyak lagi pilihan lauk masak lemak cili api yang lain.
Ehh sebenarnya ada banyak lagi lauk lain selain daripada lauk masak lemak cili api nie tau.
Tapi, tak sempat nak snap semua gambar sebab tengah ramai orang masa nie. Lunch hour. Jadi, kami fokus kat lauk masak lemak cili api aje lah. Nak ambil gambar banyak-banyak, segan pulak.
Kami ambil 3 lauk ini aje. Daging salai masak lemak cili api untuk 3 orang makan (RM21), 2 ketul ayam goreng (RM7), nenas masak lemak cili api ikan masin (RM4), dan 5 pinggan nasi putih (RM7.50). Ayam goreng tue besar-besar tau, memang murah dan berbaloi sangat.
Ada free flow air sejuk dan air suam juga. Dah makan berlemak-lemak dari santan masak lemak cili api tadi kan, tak mahulah tambah kalori lagi dari air manis. Jadi, pilihan kami semestinya minum air kosong di sini sahaja. Tapi, kalau nak order pelbagai air manis dan jus buah pun ada je.
Selain ada buah potong, siap ada pelbagai perisa Aiskrim Malaysia dengan harga RM1.
Masak Lemak Cili Api Sedap di Sabak Salai
Rupa-rupanya, maksud “Sabak” itu ialah kaedah penyediaan daging salai itu sendiri, di mana daging di salai di dalam rumah asap yang dibina dengan batu-bata, seperti penyediaan pizza di luar negara.
Nak tahu lebih lanjut tentang sejarah penubuhan Sabak Salai ini, anda google aje, ok.
Overall, memang sedap sangat daging salai masak lemak cili api di Sabak Salai, termasuklah lauk-lauk yang lain. Walaupun Negeri Sembilan terkenal dengan ‘masak lomak cili api podeh’ nya, tapi jujur cakap, masak lemak cili api di Sabak Salai nie tak pedas sangat pun. Just nice. Confirm tak menangis punya!
Jika anda nak cuba masakan masak lemak cili padi di Sabak Salai ini, jangan lupa keluar sebentar di Plaza Tol Pedas Linggi Rembau tue. Di simpang tiga nanti belok ke kanan. Selamat ber-JJCM! 😉
Arnie Samsudin
Suka masak lomak cili padi meletop!
nikkhazami says
dah lama tak makan menu ni.. memang power la masakan n. sembilan!
nikkhazami recently posted…Jualan Gudang Karangkraf 2018
arniesamsudin says
daging salai masak lemak cili api pulak tue, memang letops laa!
arniesamsudin recently posted…Daging Salai Masak Lemak Cili Api Sedap di Sabak Salai Negeri Sembilan