Cuti sekolah nanti, jom berhibur dengan anak-anak di Skyline Luge KL!
Skyline Luge Kuala Lumpur (Skyline Luge KL), merupakan Skyline Luge yang pertama di Malaysia. Berasal dari New Zealand pada tahun 1985, Skyline Luge ini juga popular di Korea Selatan & Singapura.
Baru dibuka pertengahan November 2023, tarikan terbaharu di Malaysia ini bukanlah terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Lokasi Skyline Luge KL ini ialah di Gamuda Luge Gardens Rawang, Selangor. Jika anda menghala ke utara, pasti boleh nampak Skyline Luge ini di belah kiri.
Dah tue kenapa panggil Skyluge KL? Macam KLIA lah. Walaupun namanya Kuala Lumpur International Airport, namun lokasinya di Sepang, bukan Kuala Lumpur. Eh, normal aje nie. Untuk jangkamasa panjang, nama yang memberi signifikasi & lebih popular akan dipilih sebagai trademark tempat tersebut.
Alaa, Tokyo Disneyland pun bukan terletak di Tokyo tau, tetapi Chiba prefecture. 30 minit dari Tokyo.
5 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Sebelum ke Skyline Luge KL
Kami pergi masa cuti sekolah Disember lepas. Walaupun hari bekerja, barisan agak panjang. Cuma, taklah sepanjang seperti video yang di viralkan netizen. Kalau panjang gitu, kami pun give up!
Ibu ayah yang merancang nak bawa anak-anak cuti sekolah nanti, ini tips untuk enjoy Skyline Luge KL:
(1) Beli tiket Skyline Luge KL online siap-siap. Penting, beli direct dari page official Skyline Luge KL. Kalau boleh, elakkan beli dari 3rd party web. Kenapa? Ada kami explain di bawah.
(2) Pilih tiket yang sesuai. Harga tiket bergantung kepada berapa kali anda nak naik Luge rides. Dan, takde beza dewasa atau kanak-kanak. Ada 4 routes sahaja – Legend, Ultra, Gravity & Express.
Personally, beli “Four Luge Rides + Skyride Combo” pun dah mencukupi untuk cover semua routes. Tapi, ada routes yang simple aje, special untuk kanak-kanak rasanya. The best, pilih routes yang paling panjang dan mencabar. Penat beratur panjang, kan?
Jika anda confirm, sanggup ulang beratur panjang banyak kali dengan anak-anak, pilih “Five” atau “Four Luge Rides + Skyride Combo”. Namun, jangan lupa, perlu fikir ‘masa kecemasan’ seperti anak nak pergi tandas, kena berhenti makan tengahari, dan of course solat Zuhur – Jadi, ambil “Three Luge Rides + Skyride Combo” pun dah ok sebenarnya. Ada surau sebelah tempat beratur Skyride tue.
(3) Datang awal pagi. Opening hours bermula 10 pagi. Bila datang awal, dapat parking dekat sedikit. Selain tue, untuk visit kali pertama, kat atas nanti perlu dengar penerangan (safety & how to) dari staf untuk Luge ride yang pertama. Ini yang buat kena beratur lama. Kalau datang awal, pendek sikit Q nya.
Lepas dengar penerangan, akan dapat stamp di tangan, dan boleh naik Luge ride. Untuk ride kedua dan seterusnya, boleh bypass dah. Lepas naik skyride ke atas, terus beratur untuk naik Luge rides je.
(4) Jika pergi waktu cuti sekolah, pilih hari bekerja. Elakkan hujung minggu. Jika hari bekerja, kemungkinan yang hadir ialah family lain yang bawa anak-anak cuti sekolah juga.
Jika pergi weekend, faham-faham lah yea. Mau sampai tepi highway beratur nya.
(5) Bawa topi, payung dan baju ekstra. Topi, sebab kena beratur bawah panas terik. Payung, persediaan kalau hujan turun masa tengah beratur. Baju ekstra, sebab memang berpeluh lencun habis lah. Sebelum pulang, boleh tukar baju yang kering dan bersih, untuk keselesaan dalam perjalanan.
Cara Beli & Harga Tiket Skyline Luge Kuala Lumpur
Sebaiknya beli siap-siap tiket Skyline Luge secara online, sebab anda boleh jimat 2 benda – duit & masa!
Boleh check harga tiket Skyline Luge KL di sini, atau beli online terus di Buy Tickets Skyline Luge KL.
Nampak macam sedikit nilainya, tapi bagi ibu ayah anak ramai, penjimatan RM3-RM4 per tiket ini sangat membantu. Boleh beli air dan makanan yang harganya faham-fahamlah, ‘standard taman tema’.
🏁 Purchase online to bypass the ticket counter and head straight to our Skyride check in once onsite!
Satu lagi, kelebihan bagi yang beli online dari official page, tak perlu beratur panjang di kaunter tiket untuk ‘redeem tiket’ – Kaunter tiket ini untuk pengunjung yang walk-in, ataupun beli dari third party web online. Seriously, yang beratur Q nie pun agak panjang. Maybe tak sempat baca review online.
Bagi yang beli tiket dari official page, jangan lupa download tiket siap-siap dalam smartphone. Lepas siap park kereta, boleh straight pergi beratur untuk naik SkyRide. Hanya tunjuk tiket online dalam smartphone. Staf akan scan barcode tiket online tue, sebelum kita boleh naik Skyride ke atas.
Aktiviti Cuti Sekolah di Skyline Luge Kuala Lumpur
Jujurnya, seronok sangat bawa anak-anak berhibur di Skyline Luge Kuala Lumpur ini. Walaupun penat berpeluh-peluh beratur panjang, namun bila dapat giliran Luge rides, terus hilang rasa penat.
Feeling habis lah masa ride turun dari atas ke bawah. Dengan view keliling yang superb kehijauan, boleh release stress. Bukan anak-anak je suka, ibu ayah pun automatik jadi macam kanak-kanak riang.
Bagi yang Muslim, jangan risau, anda boleh solat di sana. Ada surau, tandas, dan kedai makan juga. Masa kami pergi, tak banyak choice kedai lagi, ada 3 je. Kami pilih A&W. Harga ‘standard taman tema’ tau.
Ibu ayah follow aje 5 tips yang kami kongsikan di atas. Insya Allah, anak-anak happy, ibu ayah pun tak stress. Ingat tau, ambil routes yang paling jauh & mencabar, baru berbaloi beratur lama 😉