Mulai Mac 2016, semua kad debit Maybank akan ditukar kepada kad debit Maybank baru dengan sistem PIN secara berperingkat. PIN (Personal Identification Number) ialah kata laluan 6 digit yang kita perlu gunakan dalam semua transaksi kad Maybank, dan ketika membeli-belah di terminal berciri PIN.
Sebelum ini tak ambil pusing. Ingatkan jika dah ada kad debit Maybank dengan gambar buah ceri tue, tak perlu tukar kad debit Maybank lagi. Ini kad debit Maybank yang sedang di gunapakai sekarang…
Rupanya silap. Pagi tadi dapat SMS dari Maybank, minta tukar kad debit Maybank sedia ada kepada kad baru berciri pin. Boleh tukar kad debit Maybank ini secara percuma di cawangan Maybank, ataupun secara online melalui laman Maybank2u.
Bila memikir panjangnya nak kena beratur tunggu giliran di bank, memang tak daya lah nak pergi ke mana-mana cawangan Maybank. Kita klik klik online sahaja lah. Hehe..
Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online Di Maybank2u
(1) Login ke akaun Maybank2u.
(2) Home -> Klik pada Card Management. Nak klik pada gambar kad ceri (di belah kiri) pun boleh.
(3) Klik pada ATM/Debit Card. Pilih kad debit yang betul, dan klik “Replace Card”.
(4) Isikan maklumat yang betul di borang “Card Replacement”. Pastikan alamat penghantaran betul, nanti kad debit baru sampai kat rumah orang lain pula.
- Jangan lupa klik setuju pada terma dan syarat.
- Perlukan nombor TAC di sini, jadi siap sedia smartphone di sebelah.
(5) Ikut sahajalah arahan di skrin sehingga siap. Simpan nombor rujukan. Apa-apa hal, senang.
Ok, siap! Mudah sahaja kan. Dalam 5 minit pun boleh siap proses tukar debit kad Maybank secara online nie. Tak perlu buang masa beratur panjang di bank. Kemudian, tunggu sahajalah kad debit Maybank baru bercirikan Pin & Pay, di hantar terus ke rumah kita dalam masa 14 hari bekerja.
Cara Daftar Akaun Tabung Haji ke Maybank2u (kad ATM Maybank)
Kad Bank Baru Berciri PIN Untuk Keselamatan
Sebenarnya, bukan Maybank sahaja. Kebanyakan bank lain juga sedang dalam proses menukarkan kad-kad bank sedia ada, kepada kad baru berciri PIN.
Penggunaan tandatangan untuk transaksi pembelian akan dihentikan setelah semua kad bank sedia ada bertukar kepada kad bank baru berciri PIN. Ini merupakan salah satu inisiatif dalam meningkatkan keselamatan kad bank kita. Ia juga bantu mengelakkan kad kita dari terlibat dengan urusniaga tanpa kebenaran, dan sebarang aktiviti penipuan.
Jom cepat-cepat tukar kad debit Maybank secara percuma sebelum 31 Disember 2016. Mulai tahun depan, ada caj yang dikenakan. Jadi, lebih baik buat segera semasa masih percuma… 😀
Mommy Blogger,
Arnie Samsudin