Menunaikan ibadah Haji di Mekah (jika mampu) merupakan Rukun Islam kelima, dan menjadi impian utama semua muslimin muslimat di seluruh dunia. Selain dari memasang niat, di antara langkah pertama untuk menunaikan Haji ialah dengan menabung secukupnya.
Di Malaysia, umumnya kita akan mula menyimpan di Tabung Haji. Untuk daftar Haji, Tabung Haji menetapkan syarat minima simpanan perlu ada RM1,300.
Jadi, bila dah cukup sahaja RM1,300 di dalam simpanan Tabung Haji, kena cepat-cepat daftar Haji kerana tahun menunggu giliran agak panjang. Berpuluh-puluh tahun, tau.
Menyimpan di Tabung Haji Dengan CIMB Clicks
Jika dahulu kena beratur panjang untuk menyimpan duit di dalam akaun Tabung Haji, kini tidak lagi.
Ada banyak perbankan online yang menyediakan servis simpanan Tabung Haji. Jadi, tiada alasanlah tak sempat nak menyimpan di Tabung Haji setiap bulan.
Favourite kami ialah Maybank2u. Lengkap, semua ada. Caj servis pula hanya RM1.06 untuk setiap transaksi. Cuma bahayanya, cenderung untuk korek simpanan Tabung Haji sampai licin, terutama bagi yang tak berdisiplin. Maklumlah, boleh keluarkan simpanan TH semudah klik klik aje.
Untuk entri ini kami nak share cara nak transfer duit dari CIMB Clicks ke Tabung Haji. Kelebihan CIMB Clicks ini ialah caj servisnya murah, hanya RM0.53 sahaja termasuk GST. Lebih jimat.. 😀
Cara Nak Transfer Duit Dari CIMB Clicks Ke Tabung Haji
Tutorial bergambar tentang cara nak transfer duit dari akaun CIMB Clicks ke Tabung Haji.
(1) Login ke CIMB Clicks. Pilih “Pay”, seterusnya klik “Bills”.
(2) Pilih “From” dari akaun mana yang kita nak transfer.
(3) Di bahagian “To”, pilih CIMB Clicks dan taip “Lembaga Tabung Haji”.
(4) Isi info bank Tabung Haji & Kad pengenalan diri.
(5) Klik check di “Add this biller to ‘My favourites'”, supaya data automatik tersimpan. Kemudian isi “Biller Nickname”, dan seterusnya klik “Proceed to Payment”.
(6) Pastikan semua info betul, kemudian request TAC number. Caj bank 53 sen, termasuk GST.
Tahniah, dah “Successful”. Dan, akaun kita tadi pun dah automatik tersimpan dalam “Favourite”.
(7) Untuk double check dah masuk dalam “My Favourite” ke tak, boleh tengok di sini.
Jadi, next time bila nak simpan duit ke Tabung Haji, ulang balik langkah nombor 1. Tapi, kali nie di langkah nombor 3 dah boleh terus pilih akaun TH kita di dalam “My Favourites”.
Cara Nak Save Akaun Tabung Haji Dalam Favourite Bills
Satu lagi kelebihan CIMB Clicks ialah, kita boleh menyimpan di dalam mana-mana akaun TH, walaupun akaun TH tue tak link dengan akaun kita. Contohnya macam akaun anak-anak. Di Maybank2u, kita hanya boleh link kan M2U kita dengan akaun anak-anak yang daftar bawah nama kita sahaja.
(1) Login ke CIMB Clicks. Pilih “My Accounts”, seterusnya klik “My Favourites”.
(2) Klik “Add New Bills”.
(3) Pilih “Lembaga Tabung Haji”.
(4) Isi info akaun Tabung Haji, pastikan info betul. Kemudian, isi nombor TAC.
(5) Ulang langkah 2 hingga 4 sampai selesai isi maklumat semua akaun Tabung Haji yang ada.
Akhir sekali, check dalam “Favourite Billers” dah ada tak akaun Tabung Haji seisi keluarga. Mudah lah lepas nie nak transfer duit ke akaun Tabung Haji seisi keluarga. Insya Allah..
Menabunglah Dalam Tabung Haji Setiap Bulan
Simpanlah di dalam Tabung Haji walau hanya RM10 setiap bulan. Lebih banyak, lebih bagus.
Sebagai panduan, anggaran bayaran Haji bagi musim haji 1438H, Muassasah, bagi warganegara yang belum tunai Haji ialah RM19,550. Tanggungan kos Haji dari TH ialah RM9,570.
Jadi, kita hanya perlu ada sekurang-kurangnya RM9,980 di dalam akaun Tabung Haji.
Contohnya, jika anda menabung RM100 ke dalam akaun TH setiap bulan selama 9 tahun, anda sudahpun mempunyai RM10,800 di dalam akaun.
- Andaikan anda sudah pun daftar Haji ketika akaun anda mencecah RM1,300, maka pada tahun ke-9 anda sudah boleh buat rayuan Haji (Kena bayar RM9,980).
- Andaikan juga anda langsung tak pernah keluarkan duit dividen setiap tahun, pada tahun ke-9 pastinya duit simpanan melebihi RM12,000. Jadi, bolehlah duit tersebut kita digunakan sebagai perbelanjaan untuk persiapan Haji, sedekah & infaq, dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai simpanan sebanyak RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji, anda tetap boleh daftar Haji dengan Skim Pendaftaran Haji KWSP.
Cara Daftar Haji Tanpa Deposit Tunai RM1,300 Dengan Akaun KWSP
Moga semua tetamu Allah mendapat ibadah Umrah & Haji yang mambrur.