CCRIS ialah singkatan bagi Central Credit Reference Information System, atau dalam bahasa melayunya ialah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.
CCRIS merupakan sistem yang mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan, dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada semua institusi kewangan.
Jika hendak keluar negara, kita boleh periksa senarai blacklist di Jabatan Imigresen Malaysia. Bagi institusi kewangan, CCRIS merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan untuk bantu mereka periksa sejarah kredit peminjam sedia ada, atau bakal peminjam mereka.
Namun, CCRIS bukanlah sistem yang blacklist peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.
Langkah Demi Langkah Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online
(1) Pergi ke laman Credit Bureau Malaysia. Pilih “Get My Credit Report”.
(2) Kemudian, pilih “Individu”, untuk laporan perseorangan.
(3) Untuk akses kali pertma, perlu daftar dahulu di “Sign Up”. Jika anda dah pernah daftar, boleh terus login to akaun CBM dengan nombor IC dan password anda.
(4) Upload imej MyKad di sini, samaada versi scan, atau ambil sahaja gambar dari smartphone.
(5) Automatik data dari IC kita akan terpapar di sini. Betulkan info mana yang perlu.
(6) Kemudian perlu jawab beberapa soalan berkaitan kewangan kita. Haa di sinilah tricky sedikit, sebab hanya kita yang tahu jawapannya. Ada banyak soalan, jawablah sampai pengsan. Hehe..
Selepas berpeluh-peluh menjawab, akhirnya “passed” juga. Yeay!
(7) Dah lulus soalan exam, bolehlah beli laporan CCRIS online. Klik “Purchase”.
(8) Bayaran sebanyak RM10.60 sahaja termasuk GST. Selepas pembayaran berjaya, klik “Checkout”.
(9) Akhir sekali, tunggu sahajalah laporan kewangan CCRIS di hantar ke e-mail anda. Settle!
Laporan CCRIS Online Dalam Masa 10 Minit
Jika anda pantas, boleh dapatkan laporan kewangan CCRIS Online ini dalam masa 5 minit sahaja. Tapi, mengambil kira masa anda nak kena scan gambar IC depan belakang, dan kemungkinan lambat dapat nombor TAC dari bank ketika nak buat bayaran, kami bajet 10 minit.
Jujurnya, kami terima laporan CCRIS online dalam masa 3 minit sahaja lepas buat pembayaran online. Bayar jam 8:38 pagi, terima laporan CCRIS online jam 8:41 pagi. Cepat, kan?
Ok, sekarang anda dah tahu cara mudah nak dapat laporan CCRIS Online dalam masa tak sampai 10 minit nie, baik buat cepat-cepat. Terutama sekali bagi yang merancang nak beli rumah ke, aset pelaburan ke, pastikan akaun kewangan anda cantik sekurang-kurangnya 6 bulan. Selamat berjaya! 😀
maya says
thank you!!