Ramai sangka gaji besar 5 angka, pinjaman mudah lulus. Tak benar sama sekali. Selain daripada jumlah gaji dan komitmen bulanan, bank ada formula tersendiri untuk periksa ‘taraf kesihatan kewangan’ kita, samada kita mampu atau tidak untuk menambah komitmen baru.
Jadi tidak hairan lah ada orang gaji bulanan 10 ribu, tapi nak buat pinjaman beli motor pun tak lulus. Sebaliknya ada orang gaji bulanan 2 ribu, tapi boleh lulus pinjaman beli kereta MyVi dengan mudahnya.
Inilah kepentingan laporan kredit. ‘Kesihatan kewangan’ amat penting jika kita ada rancangan nak buat pinjaman kenderaan mahupun beli aset.
Cara Dapat Laporan Kredit Tanpa Pergi Bank Negara Malaysia
Musim Covid-19 nie, sebolehnya nak elakkan pergi ke tempat awam, apatah lagi tempat yang sesak. Jadi, bila sebut kena pergi ke Bank Negara untuk dapatkan laporan kredit, ramai yang mengeluh. “Jauh nyaaa“, “Malas laa nak bersesak dalam LRT“, dan sebagainya.

Eh, zaman moden nie kawan-kawan. Semuanya di hujung jari sahaja. Laporan kredit nie pun sama. Tak perlu susah payah ke Bank Negara. Kita klik, klik sahaja pun dah settle lah!
Cara Dapat Laporan Kredit Tanpa Pergi Bank Negara Malaysia
Mari kami kongsikan cara mudah nak dapatkan laporan kredit. Tak perlu pergi ke Bank Negara pun. Sumber sahih ini dari laman fanpage rasmi BNM.
Pengguna eCCRIS yang berdaftar, boleh download laporan CCRIS online je di https://eccris.bnm.gov.my.

Jika anda tak pernah daftar akaun eCCRIS, jangan risau. Ikuti sahaja 3 langkah berikut:
(1) Imbas kod yang di lampirkan ini, atau, terus ke link https://www.bnm.gov.my/eccrisregister

(2) Kemudian, sediakan dokumen berikut untuk submit sekali bersama borang pendaftaran eCCRIS:
- Satu salinan MyKad (depan & belakang).
- Bil telefon terkini (dokumen wajib untuk pendaftaran eCCRIS). Perlu ada nama dan nombor telefon mudah alih pemohon.
- Dua dokumen sokongan lain – lesen memandu / bil utiliti / penyata akaun bank / penyata kad kredit / penyata KWSP.

(3) Dah lengkap semuanya, hantar terus borang dan dokumen melalui borang web bnm.my/LINK. Kemudian, tunggu sahaja lah laporan kredit anda.

Mudah dan selamat! Tak perlu keluar rumah. Tak perlu travel jauh-jauh!
Agensi Pelaporan Kredit di Malaysia
Selain daripada eCCRIS, boleh juga check laporan kredit daripada Agensi Pelaporan Kredit berikut:
- Credit Bureau Malaysia – https://www.creditbureau.com.my
- CTOS – https://ctoscredit.com.my
- Experian – https://www.mycreditinfo.com.my

Personally kami guna CTOS untuk keep track laporan kredit. Boleh install apps di smartphone juga, jadi senang nak monitor. Cumanya, kos untuk dapatkan laporan CTOS ini boleh tahan juga. RM25 per laporan kredit. Jadi, jika tak ada keperluan, tak perlulah nak purchase report MyCTOS setiap bulan.
Nak guna Credit Bureau Malaysia pun mudah juga. Di artikel sebelum ini, kami pernah kongsikan cara nak dapat laporan CCRIS dari CBM dalam 10 minit aje.
Anda pilihlah mana satu cara yang mudah dan serasi dengan anda. Yang penting, nak buat pinjaman kewangan ataupun tidak, marilah kita jaga ‘kesihatan laporan kredit’ kita…