Para peniaga online semua dah daftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tak?
Haa, jangan ingat sebab kita berniaga kecil-kecilan secara online, jadi tak perlu daftar perniagaan tau.
Perlu daftar dengan SSM, supaya kita dapat uruskan bisnes dengan lebih baik dan lancar.
Urusan SSM Lebih Mudah Dengan EzBiz Online
Sekarang nie dah mudah nak buat urusan SSM sebab dah boleh buat secara online.
Kita boleh daftar SSM online, renew SSM online, dan macam-macam lagi lah secara online sahaja.
Cara yang kami maksudkan ialah melalui web SSM EzBiz Online. Serius, mudah sangat!
Dengan kata mudahnya, lepas-lepas nie dah tak perlu lagilah bagi alasan, “takde masa nak pergi SSM!”, untuk buat semua urusan berkaitan dengan perniagaan. Klik, klik di hujung jari sahaja.
4 Langkah Mudah Nak Dapatkan ID EzBiz Online SSM
(1) Buka link ini https://ezbiz.ssm.com.my/. Daftar sebagai pengguna portal di butang “Sign Up”, dengan menggunakan e-mail yang sah.
(2) Pergi ke mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan diri (IC), dan notifikasi yang diterima melalui e-mail. Bawa smartphone je pun ok, tak perlu print e-mail.
(3) Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik), untuk tujuan keselamatan. Proses ini hanya sekali seumur hidup sahaja.
(4) Urusan selesai. Anda boleh akses dan gunakan portal ezbiz online di atas ini serta merta.
Penat sekali aje pergi SSM untuk buat thumprint verification. Lepas tue mudah selamanya, Insya Allah…
Tips Nak Aktifkan ID EzBiz Online SSM Dengan Cepat
Untuk penjimatan masa, kami sangat galakkan anda untuk isi dulu maklumat secara online. “Sign Up” di dalam link EzBiz di atas. Elakkan isi borang manual. Jimat masa banyak, tau.
Ala, zaman sekarang ramai yang ada smartphone, kan? Terutama peniaga online. Jadi, sambil-sambil beratur nak buat thumb print verification tue pun sempat je nak “Sign Up” online.
Jadi, bila tiba giliran anda di kaunter nanti, staf SSM akan masukkan IC. Data anda akan tertera di skrin komputer. Periksa maklumat anda, dan terus buat thumb print verification. Bila cap jari dah disahkan, anda boleh terus balik rumah. Mudah, kan? Tak sampai 1 minit dah siap. Tunggu giliran je lama.
Tapi, kalau anda tak “Sign Up” siap-siap secara online, tiba di kaunter nanti anda kena taip satu persatu info depan komputer. Makan masa lah, dan orang belakang pun sedikit ‘panas’ tunggu anda. Hehe..
Cara Daftar SSM Secara Online
Bila cap jari dah disahkan, anda dah boleh terus login ke EzBiz online.
Dah boleh mula buat macam-macam urusan berkaitan SSM, termasuklah daftar perniagaan baru.
Inilah di antara servis berkaitan SSM yang ditawarkan oleh ezbiz online ini.
Bila dah dapat sijil SSM perniagaan, dah bolehlah mula buka Akaun Semasa untuk perniagaan macam Maybank, CIMB, dan lain-lain. Jangan guna akaun personal saving untuk bisnes, tau.
Tips: Akaun semasa bisnes bantu anda untuk bina profil kewangan yang cantik ‘di mata bank’. 😉
Cara Renew SSM Secara Online
Dengan akses yang sama, anda juga boleh memperbaharui SSM perniagaan sedia ada.
- Personal Name: RM30
- Trade Name: RM60
Sekiranya SSM anda dah expired dan anda terlupa nak renew, anda masih boleh renew dalam tempoh 12 bulan dari tarikh tamat sijil SSM anda. Tapi, confirm kena penalti lah.
Denda lewat renew SSM tahun 2018:
- Bulan pertama tak renew: RM30
- Setiap bulan seterusnya: RM10
Penting: Lepas 12 bulan dari expiry dates, kalau anda tak renew juga, bye-bye lah bisnes anda itu.
Tak boleh nak renew dah. Automatik hilang dari sistem. Kalau ada orang lain nak grab nama bisnes anda pun boleh. Jadi, hati-hati tau. Sayangilah nama bisnes yang susah payah kita bina tue.
Arnie Samsudin
Suka tengok orang berniaga dengan jujur dan tersusun.
nikkhazami says
sangat sangat mudah. tapi kita ni mudah lupa untuk renew. tak pasal2 kena penalti
nikkhazami recently posted…Sinopsis Zahir Tak Terucap Tv3