Bercakap tentang kewangan, sebagai seorang Muslim, sebolehnya semua akaun simpanan, pelaburan, perlindungan insurans, mahupun akaun pinjaman dan sewa beli, kita usaha untuk cari yang patuh syariah.
Sekarang ini sudah ada pelbagai pilihan akaun simpanan Islamik, pelaburan Islamik, pinjaman kereta dan rumah Islamik serta perlindungan Takaful. Simpan di Akaun Tabung Haji misalnya, kita tak perlu risau dah pasal zakat simpanan. Terpulang pada kita sahaja nak pilih yang patuh syariah atau sebaliknya.
Sebut tentang simpanan, tahukah anda bahawa KWSP juga ada pilihan KWSP patuh syariah?
Cara Daftar Simpanan KWSP Patuh Syariah Online
Dikenali sebagai KWSP Simpanan Shariah, kita boleh daftar secara online sahaja.
Mari kami kongsikan langkah demi langkah untuk daftar KWSP shariah.
(1) Login ke KWSP i-Akaun (Member): https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
(2) Klik tab ketiga, “Simpanan Shariah”. Kemudian, klik “Register Now”.
(3) Ada 4 langkah untuk pendaftaran Simpanan Shariah. Di langkah ke-2 ada e-Akad.
(4) Selesai pendaftaran di langkah ke-4, kita akan diberikan nombor rujukan.
(5) Setelah pendaftaran Simpanan Shariah diluluskan oleh pihak KWSP, notifikasi “Effective Date” akan dihantar melalui SMS. Macam kes kami, daftar petang 4 Julai, terima SMS pagi 5 Julai 2019.
Tarikh berkuatkuasa Simpanan Shariah kita ialah pada 1 Januari tahun hadapannya.
Contohnya, jika anda daftar KWSP Simpanan Shariah pada bulan Julai 2019, setelah diluluskan oleh pihak KWSP, akaun anda akan mula menjadi Simpanan Shariah pada 1 Januari 2020.
Bagaimana Nak Daftar Simpanan Shariah Tanpa i-Akaun?
Kadar dividen untuk pemegang akaun KWSP patuh syariah ini mungkin lebih rendah berbanding akaun biasa, tapi matlamat hakiki kita ialah mahukan pengurusan kewangan yang Halal dan diredhai oleh-Nya.
Jomlah kita tukar akaun KWSP biasa kita kepada akaun KWSP patuh syariah. Buat online je.
Ini summary step-by-step nak daftar KWSP Simpanan Shariah online. 5 minit dah siap!
Jika anda tak pernah buka i-Akaun untuk KWSP, jangan risau. Boleh pergi sahaja ke mana-mana cawangan KWSP terdekat dengan membawa kad pengenalan diri, dan beritahu nak daftar KWSP Simpanan Shariah.
Dah alang-alang ke pejabat KWSP nanti, daftar teruslah EPF i-Akaun. Lebih mudah nak monitor akaun KWSP secara online, siap ada apps untuk smartphone lagi.
Arnie,
Jom uruskan kewangan patuh syariah.