Sebelum ini kerajaan mengumumkan moratorium, penangguhan pembayaran balik pinjaman bank secara automatik selama 6 bulan, termasuklah baki kad kredit boleh ditukar kepada pinjaman bertempoh tak melebihi 3 tahun, pada kadar faedah tidak melebihi 13% setahun.
Kemudian, kerajaan juga membenarkan pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan dari Akaun 2 KWSP, di bawah pengeluaran i-Lestari. Permohonan ini boleh dilakukan mulai 1 April 2020.
Ada 3 cara untuk buat permohonan pengeluaran i-Lestari:
- Dalam talian melalui i-Akaun (Ahli). www.kwsp.gov.my
- E-mail ke ilestarimohon@epf.gov.my
- Melalui pos (untuk ahli warganegara Malaysia sahaja).
Jadi, mari kami kongsikan step-by-step untuk buat permohonan pengeluaran i-Lestari secara online.
Cara Buat Pengeluaran i-Lestari Online dari Akaun 2 KWSP
Langkah demi langkah untuk memohon pengeluaran i-Lestari dari Akaun 2 KWSP.
(1) Login di laman KWSP i-Akaun (klik):
(2) Pilih “Withdrawal”. Di laman e-Pengeluaran, klik “New Application”.
(3) Step 1: Pilih Withdrawal Type “i-Lestari”
(4) Baca Notis penting tentang Permohonan e-Pengeluaran. Klik X selepas selesai membaca untuk ke laman seterusnya.
(5) Step 2, isi maklumat pengeluaran (Withdrawal Information). Boleh pilih minima RM50 sebulan, dan maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan.
Penting: Pilih bank dan isikan nombor akaun bank anda.
(6) Step 3: Rumusan Pengeluaran (Withdrawal Summary). Pastikan segala maklumat diri anda adalah tepat. Jika perlu ubah alamat, boleh tukar di sini.
Jangan lupa klik di butang “Declaration”.
(7) Kemudian, klik “Request TAC”. Pastikan nombor telefon yang anda daftarkan untuk i-Akaun adalah nombor yang betul. Kalau tidak, sampai bila-bila pun tak akan terima nombor TAC.
(8) Klik “Close. Tunggu nombor TAC sampai di SMS. Isi nombor TAC di dalam ruang TAC di atas (gambar sebelumnya). Kemudian, klik “Submit”.
(9) Step 4: Withdrawal Acknowledgement ini menunjukkan penghantaran berjaya.
Akhie sekali, klik butang “Close”. Anda akan di bawa ke laman di bawah ini, menandakan permohonan i-Lestari anda telah berjaya dihantar.
Jika anda ada buat permohonan pengeluaran jenis lain dari Akaun 2, status permohonan tersebut juga akan disenaraikan di e-Pengeluaran ini.
Dah selesai bab permohonan i-Lestari, salah satu inisiatif kerajaan untuk bantu meringankan beban kewangan ahli dalam tempoh menghadapi pandemik Covid-19. Kini, kita tunggu sahajalah wang yang dikeluarkan di masukkan terus ke dalam akaun bank kita pada bulan Mei 2020 nanti.
Permohonan i-Lestari Online 7 Minit Sahaja
Mudah aje nak mohon pengeluaran i-Lestari dari Akaun 2 KWSP ini. Yang penting kena tahu 2 info ini:
- ID dan password i-Akaun KWSP.
- Sediakan siap-siap Nombor Akaun Bank.
Yang lain-lain, kacang sahaja sampai ke sudah. Just follow the flow, ok? 7 minit dah siap!
RM500 je sebulan, cukup ke? Kawan-kawan, RM500 ini adalah untuk duit tambahan bagi perbelanjaan seharian kita. Bagi yang tidak dapat gaji, tiada punca pendapatan, atau terpaksa berhenti kerja ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini, tersangatlah besar nilai RM500 ini.
Bagi yang punya cukup segala, tiada masalah dengan gaji bulanan, duit RM500 ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan. Maklumlah, bukan sewenang-wenangnya boleh keluarkan duit dari Akaun 2 KWSP ini tau. Jadi, rebut sahaja peluang ini hatta hanya boleh keluarkan minima RM50 sekalipun.