Ramai ibu bapa kini bawa baby mereka bersama ketika melancong ke luar negara. Sebelum tue, kena tahu cara buat passport untuk baby dulu tau.
Ada macam-macam alat sokongan yang memudahkan ibu bapa untuk travel bersama baby contohnya stroller yang boleh dilipat menjadi kecil, baby carrier yang selesa, seat belt booster dan lain-lain.
Baby selesa, ibu ayah pun gembira sepanjang tempoh percutian. Sebelum nak bawa baby terbang di awan biru ke luar negara tue, jangan lupa 2 perkara utama – sewa pocket Wi-Fi & sediakan passport baby!
Penting Ke Buat Passport Untuk Baby
Passport Malaysia ialah satu dokumen perjalanan sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malayia yang ingin berjalan ke luar negara. Bayi yang baru lahir pun tak terkecuali, kena buat passport juga.
Yang seronoknya bila bawa baby untuk buat apa-apa urusan di Jabatan Imigresen ialah, kita akan dapat ‘priority lane’. Katalah masa nak buat passport baby tue kita pun nak renew passport ataupun nak buat passport baru untuk anak-anak yang lebih besar ke kan, dengan seisi keluarga sekali boleh tumpang nombor ekspres baby tue.
Peting ke tidak tue, bergantung pada ibu ayah lah. Kalau ibu ayah jenis kaki melancong, dan suka ambil peluang beli tiket kapal murah bila ada travel fair, baik buat passport baby secepat mungkin.
Cabaran Ambil Gambar Passport Untuk Baby
Pengalaman kami masa buat passport baby pada tahun 2012, kami ambil gambar baby siap-siap di kedai gambar. Baby baring relax je, jurugambar ambil gambarnya dari atas. Masa tue buat di Jabatan Imigresen Putrajaya. Lepas isi borang, terus dapat angka giliran untuk ‘priority lane’.
Kali kedua buat passport baby lagi pada tahun 2015. Kali ini kami buat passport di Jabatan Imigresen Shah Alam pula. Gambar baby pun ambil on the spot dengan kamera di situ.
Jujurnya, ikut pengalaman sendiri, lebih baik ambil gambar baby siap-siap di kedai gambar, sebab agak mencabar jugalah nak ambil gambar on the spot di Jabatan Imigresen. Stress, okeh. 😛
Kebetulan masa tue baby cranky, dia menangis taknak ambil gambar. Bila dah reda dari menangis, dia takmau pandang kamera pulak. Puas agah. Dia pandang kita, bukan pandang kamera. Adeh!
Nasib baiklah staf kaunter pun penyabar. Buang banyak masa untuk ambil gambar baby aje. Lagi satu, kesian jugalah pada nombor giliran seterusnya, sebab kena tunggu lama.
*Catatan: Kanak-kanak di bawah 4 tahun digalakkan untuk membawa 2 keping gambar mengikut spesifikasi yang di tetapkan, iaitu:
- Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang.
- Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm (50% – 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO).
Pesanan ini (catatan) ada di laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. Jadi, baik lah anda follow.
Dokumen Mohon Passport Malaysia Untuk Baby
Tempat nak buat Passport Malaysia ialah di semua Pejabat Imigresen dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Malaysia, serta di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara.
Sebelum gerak ke Pejabat Imigresen terdekat, pastikan anda dah bawa:
- Sijil Lahir (Surat Beranak) baby.
- MyKid baby.
- MyKad bapa/ ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama).
- Gambar baby.
kesemua 4 dokumen penting di atas untuk permohonan buat passport untuk baby.
Bayaran buat passport untuk baby ialah RM100 untuk tempoh 5 tahun. Setahun RM20, gitu.
Lepas segala maklumat baby di isi di dalam sistem, Passport Malaysia Antarabangsa baby akan siap hari yang sama, dalam masa lebih kurang sejam. Kadang-kadang tak sampai 1 jam pun.
Kalau lebih dari sejam, staf Imigresen akan beritahu. Kot lah hari anda pergi tue ramai juga nak buat passport. Jadi, ikut sahajalah masa yang ditetapkan. Pergi aje lepak makan minum di mana-mana.
Mudah aje, kan? Selamat buat passport untuk baby, dan selamat melancong!
3 Lubuk Rahsia Beli Barang Branded Dari Jepun Online Je