Biasanya bila sebut pasal Duck, pasti akan teringat pelbagai koleksi shawl keluaran Duck yang cantik lagi eksklusif. Tak lupa juga pada pengasasnya, Datin Vivy Yusof, entepreneur yang sangat berjaya. Tak pernah tak ketawa melihat setiap post di laman Instagram nya. Serius comel.
Sebenarnya, ada banyak lagi produk selain shawl yang dikeluarkan oleh The Duck Group. Malahan, hampir setiap minggu mereka akan tampilkan produk baru serta koleksi shawl terbaru. Wow sangat!
Maka tak hairanlah tinggi-tinggi belaka Duck Tower kepunyaan peminat setia Duck.
Sebelum ini Duck dah pernah keluarkan Bucket Bag yang sangat bergaya.
Minggu ini, Duck tambah satu lagi produk baru kategori bag, iaitu Duck Laptop Sleeve. Yeay!
Sekali tengok pun dah jatuh cinta dengan Laptop Sleeve ini. Serius!
7 Keistimewaan Duck Laptop Sleeve
Kebiasaannya beg laptop agak membosankan, bukan. Samaada berwarna hitam berbentuk briefcase, ataupun beg sandang. Jarang nampak warna ceria, apatah lagi rekabentuk ala feminin.
Seolah memahami kehendak wanita moden masakini, Duck tampil dengan Duck Laptop Sleeve yang anggun lagi menawan. Perinciannya begitu teliti, setanding dengan jenama beg mewah antarabangsa.
Ada 7 keistimewaan Duck Laptop Sleeve yang pastinya bikin anda jatuh cinta.
- Rekabentuk yang anggun, bergaya dan sesuai untuk sebarang urusan kerja.
- Ada tali sling mudah cabut. Di pasang bila perlu, dan di simpan semula dalam poket.
- Tali sling ini juga boleh laras mengikut ketinggian anda.
- Ditutup kemas dengan zip yang mempunyai logo signature Duck.
- Ada cangkuk di kedua-dua belah bag, untuk sangkut tali sling dan apa-apa jua.
- Tekstur Saffiano, menjadikan beg ini tahan lasak tapi tetap kelihatan anggun.
- Poket di bahagian belakang beg dengan monogram-lined. Ada poket berzip tersorok juga.
Duck Laptop Sleeve ini datang dengan dustbag sendiri. Sesuai dijadikan sebagai hadiah jua.
Tapi maaf, untuk laptop bersaiz 13 inci sahaja. Pengguna laptop saiz lebih besar, bawa bersabar ya.
6 Pilihan Warna Duck Laptop Sleeve
Ada 6 pilihan warna kesemuanya, dan semua pun sangat cantik, sampai rasa nak grab semua warna sebab tak tau nak pilih mana satu. Bolehlah tukar-tukar warna setiap hari. Hehe…
Dusty Mink, Powder Blue, Berry, Saddle Brown, Black dan Lemon. Semua pun menggiurkan!
Anda suka yang mana satu? Saya dah duck-ed satu juga. Cuba teka warna apa? 😀
Cara Beli Duck Laptop Sleeve Pada Harga Jimat RM10
Harga jualan bagi setiap Duck Laptop Sleeve ini ialah RM160 sahaja.
Namun, mari kami kongsikan bagaimana anda boleh jimat RM10 untuk belian laptop sleeve ini.
- Pergi ke website FashionValet.com
- Sign up/ Register sebagai ahli.
- Automatik akan dapat 1,000 credit points = Bernilai RM10.
- Pilih Duck Laptop Sleeve kesukaan. Harga jualan RM160.
- Bila nak check out, jangan lupa redeem 1,000 points tersebut.
Ini contoh resit pembelian Duck Laptop Sleeve oleh pengguna baru FashionValet.com:
Jadi, anda dapat beli Duck Laptop Sleeve pada harga RM150 sahaja. Free shipping juga tau!
Tapi, diskaun RM10 ini untuk ahli yang baru mendaftar sahaja tau. Cepat-cepat register sekarang.
Jualan Murah di Fashion Valet Diskaun Sehingga 90%
Selain daripada Duck Laptop Sleeve ini, ada banyak lagi rangkaian produk kecantikan, fesyen muslimah dan keperluan harian wanita yang boleh anda dapati dari laman jualan FashionValet.com.
Lagi best sebab sekarang ini FashionValet tengah buat SALE sehingga 90%!
Dari 23 Julai hingga 29 Julai 2018 sahaja. Cepat-cepat serbu web FashionValet sekarang.
Jangan lupa terus sign up sebagai member FashionValet.com, dan anda akan automatik layak dapat 1,000 credit points di mana ia boleh ditebus sebagai voucher bernilai RM10.
Penghantaran percuma lagi. Berbaloi sungguh sign up keahlian dengan FashionValet.com. Jom? 😉
Arnie
Suka shopping dan window shopping. Ehh, hehe…
Bidadari.My says
Tengok pun nampak amcam nak bel;i.Haha