“Ketupat rendang, sila nikmati kawan. Penat memasak, malam ke pagi…”
Berpuluh tahun dah berlalu, lagu dendangan Anuar Zain dan Elina ini tetap terngiang-ngiang setiap kali Syawal menjelang. Evergreen sangat. Terus teringin nak makan ketupat, dan terbayang suasana Raya.
Namun, kebelakangan ini agak susah nak jumpa ketupat sebenar yang dianyam dengan daun kelapa. Kebanyakan rumah menghidangkan ketupat segera (nasi impit) sahaja.
Sayang betul kalau warisan tradisi kita nan satu ini dilupai oleh generasi akan datang.
Jadi, mari kami kongsikan cara anyam ketupat bawang ini untuk panduan semua.
Cari Daun Ketupat Muda
Sebelum mula anyam ketupat bawang, sediakan daun ketupat muda secukupnya.
Daun ketupat muda ini ada di jual di pasar, ataupun di tepi jalan kawasan kampung. Tahun lepas kami pernah beli di tepi-tepi jalan kampung dengan harga sehelai dua puluh sen.
Raya tahun 2019 ini, kami beli seikat 100 helai dengan harga RM12. Tak jual sikit-sikit katanya. Di sebabkan susah betul nak jumpa orang jual daun ketupat muda ini, kami ambil jugalah seikat 100 helai tue.
Cara Mudah Anyam Ketupat Dalam 3 Minit Sahaja
Dah ada daun ketupat muda? Jom kita mula menganyam ketupat bawang…
(1) Ambil sehelai daun ketupat muda. Buang lidinya.
(2) Lilit daun ketupat muda di kedua-dua belah tangan seperti dalam gambar di bawah.
(3) Langkah demi langkah untuk anyam ketupat ada kami kongsikan di dalam video di bawah ini.
Tengok betul-betul video tutorial buat ketupat nie tau. Lagu Raya, Sesuci Lebaran.
Ulang sahajalah langkah 1 hingga 3 di atas sampai dah tak larat nak anyam. Hehe..
Haaa mudah aje kan anyam ketupat bawang nie?
Mula-mula mungkin terkial-kial. Standard lah. Alah bisa, tegal biasa. Lagipun setahun sekali aje kan anyam ketupat bawang nie. Lama-lama nanti, terror lah. Silap haribulan, dalam 30 saat je dah siap. Hihi…
2 Tips Penting Buat Ketupat Bawang
Ada 2 tips penting untuk buat ketupat bawang ini…
Pertama, susunan daun sebelum mula menganyam wajib betul. Susun arah berlawanan. Kalau awal-awal lagi susunan dah salah, sampai ke sudah lah takkan siap anyam ketupat. Rujuk gambar di nombor 2 di atas.
Kedua, selepas kedua-dua daun di tangan kanan dan kiri di gabungkan, jalankan hujung daun dan pangkal daun ketupat arah yang betul. Maju terus ke hadapan sahaja. Kalau tak, mungkin akan jadi ketupat sate.
Dah siap kelongsong ketupat nie, isi beras secukupnya, dan ready untuk direbus. Lepas tue buat pula masak lodeh dan ayam masak merah. Fuhhh, terangkat!
Kalau anda nak buat jual pun boleh tau. Pernah jumpa ada peniaga jual sebiji kelongsong ketupat bawang ini dalam range harga 50 sen – RM 1 ringgit. Boleh lah buat tambah-tambah duit poket, kan?
Tak apa, kami Halal kan ilmunya. Moga murah rezeki kita bersama.
Ok, itu sahaja guys. Selamat membawang… Ehh, selamat menganyam ketupat bawang… 😀
Arnie
Sayangi warisan tradisi kita.