Bila sebut tentang Kacang Pool, terus teringat the famous Restoran Kacang Pool Haji di Johor Bahru. Walaupun dah banyak kali bercuti di Johor Bahru, tapi tak pernah berkesempatan untuk sampai ke sana.
Alhamdulillah, baru-baru ini berjaya juga menjejak kaki ke restoran ini. Memang sengaja tak ambil breakfast hotel, dan plan nak breakfast di luar. Maklumlah, masakan Johor kan sedap-sedap.
Misi Jalan-jalan Cari Sarapan Pagi di JB
Hasil carian google, rupanya dekat aje Restoran Kacang Pool Haji dengan hotel kami menginap, KSL Hotel & Resorts JB. Lebih kurang 8 minit perjalanan. Kemudian baca pula sharing dari beberapa blog tentang restoran nie. Sangat membantu misi ‘jalan-jalan cari breakfast di JB’ kami.
Kini giliran kami pula untuk berkongsi pengalaman breakfast di sini.
Cawangan asal restoran nie terletak di Medan Selera Larkin Bomba. Ada satu lagi cawangan di Larkin juga iaitu di Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn.
Kami pilih untuk pergi ke cawangan Jalan Dato Jaafar kerana dengar khabarnya ia lebih besar dan selesa berbanding cawangan asal. Korang cari aje signboard di atas nie, kedai corner lot.
Betul-betul berhadapan dengan SJK (C) Foon Yew 3, JB. Boleh parking di tepi-tepi jalan.
Breakfast di Restoran Kacang Pool Haji
Saya awal-awal lagi dah decide nak makan Kacang Pool. Eh dah jauh-jauh datang ke JB, pastu datang ke Restoran Kacang Pool Haji pula tue, takkan lah tak cuba Kacang Pool nya.
Ada 2 pilihan Kacang Pool, daging atau kambing. Of course pilih daging, sebab tak makan kambing.
Sebelum makan Kacang Pool wajib perah limau. Baru ummph makan kuah kacang lengkap dengan rasa pedas dari potongan bawang dan cili, serta rasa masam limau. Tengoklah telur goyang tue…
Husband pula Johorean tegar, so dia pilih Lontong Basah. Tak lupa set telur separuh masak.
Biasanya kita makan lontong ada tambahan sambal. Tapi di sini special nya ialah, selain dari sambal, ada tambahan kuah kacang dan something macam serunding kelapa (sorry tak tahu istilahnya).
Teh Tarik dia sedap betul, memang the bomb. Wajib cuba uols!
Sebagai peminat teh tarik, saya memang sensitif sikit kalau dapat teh tarik yang tak sedap. Kat sini, it just perfect. Tapi, tak tahu lah kalau rasa teh tarik nie berbeza ikut tangan yang membuatnya.
Menu di Restoran Kacang Pool Haji
Ini senarai penuh menu makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
Lontong aje pun ada 3 jenis, ok. Lontong goreng, lontong kering dan lontong basah.
Sebelum balik kami tapau Nasi Lemak bungkus dan air untuk anak-anak. Total harga breakfast kami di JB pagi ini tak sampai RM30 pun. Jauh lebih jimat dari harga 1 kepala buffet breakfast di hotel.
Di KSL Hotel & Resorts contohnya, harga buffet breakfast (as of Nov 2018) ialah RM60 untuk dewasa, RM30 untuk kanak-kanak. Untuk yang anak ramai tue, sila darab sendiri lah.
Tapi, kalau korang memang dapat free breakfast di hotel, toksah lah membazir. Korang boleh je datang makan di sini selain dari waktu breakfast. Untuk lunch ke, dinner ke, sebab restoran nie buka dari jam 7 pagi sampai 11 malam.
Oh ya, luar kedai nampak macam kedai biasa aje. Tapi, suasana di dalamnya cantik okey, ala kopitiam.
Jika korang pun dalam misi ‘jalan-jalan cari breakfast di JB’, bolehlah ke sini:
Restoran Kacang Pool Haji
No. 12, Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn,
80350 Larkin, Johor Bahru.
Ala, korang takyah risau. Guna waze aje, confirm sampai. Selamat menjamu selera! 😀
Makan Malam di Restoran Sup Tulang ZZ Johor Bahru
Airah Syahirah says
masa first2 pindah johor ada jugak makan dekat sini tapi airah tak berapa suka sangat mungkin tak kena dengan tekak sendiri hihi
arniesamsudin says
Mungkin sebab tak biasa dengan masakan Johor. Kami memang faveret! 🙂
arniesamsudin recently posted…Buat Brownies Lebih Mudah Dengan Buku Brownies Paling Agung
Rahasimah says
Dah singgah dan memang sedap.lontong kering sampai 2 pinggan makan dan semua menu kami rasa.hehehhehe
arniesamsudin says
Ooo lontong kering pun sedap yea kak Shima.. Next time kita try yang itu pulak, hehe.. 😀
arniesamsudin recently posted…KSL Hotel & Resort Percutian Keluarga Terbaik di Johor Bahru