Pesta jualan buku Big Bad Wolf mempunyai keunikan tersendiri.
Dari pengalaman sendiri pernah hadiri beberapa jualan gudang dan jualan murah buku termasuklah MPH Warehouse Sales, pada saya Big Bad Wolf sentiasa di hati. Bila ada peluang, wajib pergi.
Nak kata buku-bukunya murah sebab out-dated pun tak juga. Betul memang kebanyakannya ialah buku yang dah lama di pasaran, namun ada juga buku cetakan tahun 2018, terutamanya buku latihan sekolah. Ibu ayah yang ada anak nak exam UPSR, PT3 dan SPM, wajib rebut peluang nie.
Lagipun, jika pergi ke kedai buku biasa, harga buku-buku sebegini masih lagi harga Retail, paling murah pun diskaun 10%-20%. Tapi, di Big Bad Wolf kita boleh beli serendah RM10 untuk setiap novel.
Contohnya novel DORK diaries ini ada beberapa siri, kita boleh borong satu koleksi terus.
Apa Yang Best di Pesta Jualan Buku Big Bad Wolf
Ada banyak pilihan buku untuk setiap lapisan masyarakat. 4.5 juta buku baru, ok.
Board books dan gift boxes untuk si kecil, buku latihan sekolah untuk UPSR, PT3 dan SPM, buku Agama, pelbagai genre novel, komik, resepi, politik, sejarah, coloring for adults dan macam-macam lagi.
Terlalu banyak pilihan sampai rasanya macam ada lorong yang tak dilalui walaupun dah berkali-kali pusing kat dalam tue. Harga pula serendah RM1 bagi buku latihan sekolah, dan untuk novel dalam RM8-RM10.
Dah beberapa kali pergi Big Bad Wolf di MIECC Seri Kembangan. Parking tiada masalah sebab parking MIECC sangat banyak. Ada 2 tandas di bahagian dalam, satu berhampiran pintu masuk dan satu lagi berdekatan Wolf Cafe. Tak perlu risau kalau tiba-tiba perlu ke tandas.
Wolf Cafe ialah Cafe makan di dalam Big Bad Wolf. Ini paling best sebab walaupun seronok shopping buku, kalau dah berjam-jam kat dalam tue boleh bikin lapar tau. Jadi, berhenti rehat seketika, makan dan minum dengan tenang, recharge bateri tenaga sepenuhnya, dan boleh sambung borong buku dengan gembira. Trolley tak boleh bawa masuk ke dalam Wolf Cafe. Tapi jangan risau, tak hilang punyalah trolley kita.
Nasi Lemak Ayam di Cafe Wolf nie recommended. Walaupun harganya nampak mahal, yelah RM12.90 nie kalau di luar boleh dapat 2-3 set nasi lemak ayam kot, tapi portion nya agak banyak. Boleh kongsi makan dua orang. Ambil set Nasi Lemak Ayam + Teh Tarik, RM14.90 sahaja.
Kaunter bayaran pun banyak. Tak kira pula ada berapa jumlah semuanya sebab meja kaunternya berlapis-lapis. Cuma baru-baru ini masa nak bayar, kaunter kami nombor 30. Tak perlu beratur lama pun.
Big Bad Wolf berlangsung 24 jam sehari. Kalau tak dapat datang siang pun ok. Boleh datang tengah malam ataupun awal pagi. Kelebihan inilah yang paling ohsem, dan tiada di pesta buku lain.
Tips Cari Jalan Masuk Ke MIECC
Bagi orang yang jarang sekali ke The Mines, kalau pergi pun sebab nak ke MIECC je, ada satu je pengalaman tak best kalau nak ke Big Bad Wold di MIECC. Apa lagi, salah masuk jalan dan berpusing-pusing nak cari jalan masuk ke parking MIECC The Mines. Baru-baru ini pun tersilap jalan juga.
Jadi, untuk peringatan diri sendiri, dan juga kepada kawan-kawan lady driver, ini tips nya.
Jika anda dari arah Kuala Lumpur, bila sampai je ke selekoh yang sebelah kirinya ialah bangunan The Mines, jangan ambil lorong pertama yang akan terus naik ke fly over ke atas. Ambil lorong yang kedua di mana kita akan lalu jalan di bawah, dan di traffic light pertama tue je boleh belok kiri untuk terus ke parking MIECC.
Namun, jika anda terambil lorong pertama juga, bertabah aje lah lalu fly over tue sambil jeling mesra ke bahagian kiri, dan marah diri sendiri sebab dah buang masa, rugi minyak dan lambat sampai. Hehe..
Lepas tue, kat depan sedikit ada peluang ke kiri berdekatan stesen minyak, cepat-cepat belok ke kiri dan follow aje lah arahan Waze. Jammed banyak di sini, lalu lorong kecil juga, tapi bertabah lah.
Yang penting, sampai dengan selamat. Happy book hunting, wolfpack!
Arnie,
Pencinta buku.