Gempar sekejap tahun lepas bila mana ubat batuk Prospan kehabisan stok di pasaran.
Kalau ada farmasi atau kedai online yang jual pun, harganya Subhanallah. Ada yang jual sebotol 100ml sehingga 3 angka. Mengarut betul!
Bagi kami sekeluarga, Prospan nie jenama ubat batuk yang tak asing lagi. Sebelum PKP dan pandemik Covid-19 pun, kami dah biasa guna Prospan. Sebabnya, klinik yang kami sekeluarga biasa pergi akan prescribe Prospan ini untuk batuk. Baik untuk dewasa, mahupun anak-anak. Cuma dose je berbeza.
Jadi, setiap kali batuk, instead of pergi klinik, kami terus ke farmasi aje cari Prospan nie.
Harga Ubat Batuk Prospan Luar Biasa
Untuk 100ml Prospan harganya belas-belas sahaja. Kalau tak silap, kurang dari RM15 sebotol. Nak jimat ambil size 200ml terus. Yang ini pun tak sampai RM25 sebotol. Biasa kami stock up 1-2 botol di rumah.
Namun, bila ubat batuk Propan nie tiba-tiba boom di Malaysia masa pandemik Covid-19, harganya terus melonjak naik. Tak sangka pula viral yang ubat batuk Prospan ini recommended untuk pesakit Covid-19 berbanding ubat batuk lain. Katanya, sangat membantu penyembuhan batuk akibat virus Covid-19.
Masa tue kami tak tau lagi yang ubat batuk Prospan nie tengah viral. Relaks je pergi farmasi nak re-stock, terkejut stok habis. Bila check online Shopee pun habis. Kalau ada pun harga mampu tengok, dan kecam dalam hati. Macam mana tak kecam kalau harga untuk 100ml sampai almost 3 angka?
Sampailah satu hari tue terjumpa di Watsons. Eh, tak sangka Watsons pun ada jual Prospan. Walaupun harga di Watsons sedikit mahal dari harga yang kami biasa beli, tapi kira okey lah dari 3 angka.
Boleh tengok di Watsons, harga ubat batuk Prospan F RM24.69 sebotol. Hari tue tersilap ambil Prospan 200ml di Watsons, bila scan di cashier jadi RM40++. Terkejut, haha!
Kalau beli di Shopee, paling murah kami pernah beli 100ml Prospan F berharga RM12 sebotol.
Namun, sejak susah nak cari Prospan di farmasi, dan kadang-kadang kat online pun habis, beli jugalah bila nampak Prospan di Watsons. Pejam mata lah walau harga mahal pun, sebab ubat batuk Prospan je yang serasi untuk kami sekeluarga, especially anak-anak. Batuk cepat baik, berbanding ubat batuk jenama lain.
Perbezaan Ubat Batuk Prospan vs Prospan F
Kenapa ubat batuk prospan ada yang versi Prospan F pula nie? Prospan tiruan ke nie?
Jangan risau, kami pun sama macam anda. Mula-mula risau juga ingatkan ada prospan tiruan di pasaran. Kita dah biasa beli ubat batuk ‘Prospan’, tiba-tiba ada ‘Prospan F’ pula. Apa cerita? Apa bezanya?
Dari web rasmi Prospan Malaysia, beza 2 ubat batuk ini ialah dari segi ingredients dan rasanya.
Prospan® F is a product that’s targeted for adolescents and adults. It comes with fresh menthol taste to aid throat irritation which patient is prone to have when coughing non-stop.
Prospan nie, bezanya dengan ubat batuk di pasaran yang lain ialah, rasanya tak macam ubat batuk sangat. Kalau makan rasa macam minum ubat herba, manis-manis buah gitu. Sebab Prospan guna natural ingredients. Anak-anak nak makan pun mudah. Takde rasa berangin macam tipikal ubat batuk lain.
Prospan F pula, guna natural ingredients juga, cuma ada rasa sedikit berangin – rasa segar menthol, macam kebanyakkan ubat batuk. Untuk dewasa memang ok sangat. Rasa berangin, nyaman dan melegakan tekak gitu. Namun bagi kanak-kanak mungkin akan rasa sedikit tak selesa.
It liquefies the sticky mucus trapped in the bronchi, and relieves coughing.
Dari keberkesanan antara Prospan vs Prospan F, syarikat Prospan kata sama je keduan-duanya. Hanya beza dari segi rasa – nak rasa syrup biasa, atau rasa dingin menthol.
Kami bukan duta Prospan. Ini juga bukan iklan berbayar. Kami tahu frustration nya nak cari ubat batuk yang sesuai dan serasi untuk anak-anak, bukan mudah. Jika anda dan anak-anak tiada alahan dengan ingredients Prospan, boleh cuba ubat batuk ini. Recommended.
Boleh cari di farmasi berhampiran anda. Nak mudah, beli di Shopee aje. Boleh terus bandingkan harga.
Beli ubat batuk Prospan 100ml atau 200 ml >>> https://shope.ee/5Kdpjw16uW
Disclaimer: Sila dapatkan konsultasi dari doktor yang merawat terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat batuk Prospan, serta dapatkan dose yang tepat terutamya untuk anak-anak.